CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2543|Reply: 10

Busuknya Ketuhar Gelombang Mikro Di Pantri Pejabat, Cepat Cuba Cara Ini

[Copy link]
Post time 14-2-2017 03:59 PM | Show all posts |Read mode


Pening kepala dengan bau kurang enak daripada ketuhar gelombang mikro anda? Lebih-lebih lagi bagi anda yang berada di pejabat.


Ketika rakan sekerja menggunakan ketuhar itu di pantri pejabat, bagai ditusuk-tusuk hidung dan baunya pula merebak ke seluruh pejabat.


Sudah pastinya ia mengundang rasa 'tak best' apatah lagi jika ia mampu mempengaruhi mood kerja anda. Jom cuba cara paling mudah dan berkesan untuk membersihkan dan menghilangkan bau busuk daripada ketuhar gelombang mikro.





Cara 1


Ini paling senang, cuma sediakan semangkuk air. Hiris limau atau lemon dan masukkan ke dalam air itu. Kemudian, panaskan selama 2 hingga 3 minit mangkuk berisi lemon itu dalam ketuhar gelombang mikro.


Aromanya sangat menyegarkan ruang dan juga ketuhar itu sendiri. Selepas itu, lap ruang dalam ketuhar dengan tisu.


Foto: Carian Internet


Cara 2


Lebih kurang cara pertama. Sediakan mangkuk berisi air. Kemudian masukkan serbuk rempah pilihan anda seperti kulit kayu manis atau pun beberapa titis esen vanilla.


Panaskan dalam ketuhar gelombang mikro selama 2-3 minit dan biarkan ia di dalam selama 15 minit sebelum anda lap dengan tisu bahagian dalam ketuhar. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus kene try ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 04:27 PM | Show all posts
dah cuci bersih cam mana pun, datang si malaun ni reheat food merecik bersepah tak reti lap, tak guna juga.. dasar pemalas pengotor.. nyampah nengoknya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 04:41 PM | Show all posts
Kalo mai jenih yg reheat makanan pastu x reti nak tutup bekas makanan tu ttp bersepah dgn merecik kat dlm microwave pastu x lap blk. Letak la sebotol esen pun mmg tetap berbau dlm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 04:51 PM | Show all posts
Kalau dah namanya letak dekat office mmg kena bersiap sedialah dgn perangai yang bermacam ragam. Ada yang pengotor tak reti nak lap balik bila makanan terpercik, ada yang jenis tinggalkan je makanan dlm microwave konon-konon microwave tu mcm peti ais kedua, ada yang biar je pintu microwave terbuka tak reti nak tutup lepas guna dan sebagainya. Dah ditegur masih buat lagi perangai PPRT itu. So, face it jela.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 05:35 PM | Show all posts
Petua yang dah biasa gunakan utk microwave kat rumah, tapi kalau yang opis malas nak guna sebab masih doubt akan factor kebersihannya.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2017 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah member ofis panaskan pau till rentung. Then selamba badak biar camtu.
Muka dah ala2 Neelofa menjadi pujaan ramai
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 07:06 PM | Show all posts
oven dh x bau oven kat opis nih...kembang kempis je hidung ni tahan bau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2017 09:07 PM | Show all posts
utk yg kat atas neh kalo bau tak boleh dihapuskan sama sekali

ada satu lagi cara yg paling berkesan!!

HUMBANKAN saja microwave ofis anda ke dlm sungai berdekatan

CASE CLOSED
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:03 PM | Show all posts
kat opis i olls plak ada dua micro. satu utk panas babi, satu agi yang bebas babi
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 01:56 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.811726 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list