View: 4945|Reply: 20
|
Lawatan Mengejut, Kakitangan Hospital Kantoi Tidur Beramai-ramai Sewaktu Bertuga
[Copy link]
|
|
TIDUR dan curi tulang sewaktu bekerja bukanlah sesuatu perkara yang baru. Ia berlaku dimana-mana sahaja sama ada disedari atau pun tidak oleh pihak majikan.
Beberapa hari lalu, sebuah video yang memaparkan beberapa orang kakitangan sebuah hospital tidur sewaktu bertugas tular di media tempatan Indonesia.
Apa yang mengejutkan, bukan seorang dua yang ditangkap sewaktu tidur nyenyak pada "shift malam" itu tetapi semua kakitangan di kaunter pertanyaan hospital terbabit.
Akibatnya, ramai pesakit tidak dapat berurusan untuk mendaftar masuk dan mendapatkan rawatan pada malam itu.
Selepas mendapat aduan, seorang pegawai kesihatan (kacak persis pelakon filem sinetron) ditemani beberapa kakitangan lain turun melakukan pemeriksaan mengejut bagi mengetahui apakah punca sebenar yang menyebabkan kaunter pertanyaan kosong tanpa kakitangan apabila menjelang tengah malam.
Akhirnya semua kakitangan yang tidur sewaktu bertugas itu dimarahi oleh pegawai tersebut dan dibuang kerja serta-merta.
Lihat video dibawah :
Difahamkan, kemungkinan besar kakitangan yang terlibat itu bekerja di tempat lain pada siang hari dan mengambil peluang untuk tidur sewaktu bekerja shift malam di hospital terbabit.
Sikap kakitangan yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah itu turut mendapat kritikan dari netizen.
Adakah anda juga pernah tergolong dalam golongan curi tulang sewaktu bekerja? Jika ada, bertaubatlah sebelum terlambat. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Thread pasal ni dah ada sis. Ummah masing2 melting dek kesadoan MA itu. |
|
|
|
|
|
|
|
ni membunuh ni. xpasal dari staff tidur beramai-ramai patient pulak mati brjemaah |
|
|
|
|
|
|
|
igtkn kt malaysia,
indon ke,
k fine |
|
|
|
|
|
|
|
thread dah lama ada,
wartawan makan gaji buta |
|
|
|
|
|
|
|
ak x setuju sgt part shift malam siang kene tdo.. dah tu anak depa x skolah ke kene join tido jugak waktu siang.. xyah makan sume.. tdo sejam dua waktu siang xkn sama ng tdo 8 jam waktu malam.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ingatkan kat malaysia. luls.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu bukan MA. Tu gabenor Jambi. Bekas pelakon. Nama dia Zumi Zola. |
|
|
|
|
|
|
|
dah basi psl ni. baru nk ulang tayang? |
|
|
|
|
|
|
|
eh bukan kakitangan hospital selalu meroyan kat fb kerja banyak sampai tak cukop tidor ke? |
|
|
|
|
|
|
|
syasyafina replied at 1-2-2017 09:46 PM
ak x setuju sgt part shift malam siang kene tdo.. dah tu anak depa x skolah ke kene join tido jugak ...
sila la berhenti kerja atau cari kerja yg xda syif malam biar tidur 8jam ckup..masa keja bkn utk tdo..org sakit nak mampus xda nye nam tggu mereka bgun tdur baru nak start sakit.. |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan kat msia tadi, rupenye negara jiran |
|
|
|
|
|
|
|
Klu kat emergency x ada la mcm ni. Exaggerate je |
|
|
|
|
|
|
|
loh.. ingatkan kat mesia. nak tido, tido la. kesian pulak khen. keje spital rest tak menentu. tp takyah kot tido smpai masuk bilik |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha tapi even kalau kat malaysia pun i rasa kalau take a nap sekejap takde masalah, nurse mesti penat. Tapi kalau tidur berjemaah memang liar biasa pelik dia |
|
|
|
|
|
|
|
Yang penting Pak Gabenor sangat lah hensem..kalah KJ |
|
|
|
|
|
|
| |
|