Foto: IG Projektor Band Official
Anugerah Juara Lagu (AJL) kali ke-31 sudah pun melabuhkan tirai dan pemenang tempat ketiganya iaitu Projector Band mendedahkan sesuatu tentang lagu mereka.
Lagu hit Sudah Ku Tahu sebenarnya telah dicipta di sebelah bilik mayat dan menurut penciptanya, Razif Zainuddin, 25, yang juga merupakan gitaris Projector Band, dia mendapat ilham ketika berkhidmat di Hospital Kuala Kubu Bharu.
Foto: IG Projektor Band Official
“Saya berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di hospital tersebut bermula pada tahun 2011 sehingga tahun 2013. Lagu tersebut saya cipta di sebelah bilik mayat, ketika saya masih bertugas di sana," katanya kepada Astro Gempak.
Menurutnya lagu tersebut adalah berdasarkan kisah cinta monyetnya yang bertahan selama lima tahun namun hubungan bersama bekas kekasihnya itu masih baik sehingga kini.
Foto: IG Projektor Band Official
“Alhamdulillah, lagu tersebut ternyata mempunyai tuah tersendiri dan berjaya mendapat tempat di AJL 31. Saya bersama ahli kumpulan Projector Band yang lain bersyukur dengan pencapaian ini.”
Walaupun sebelum ini pernah dipandang rendah, kumpulan ini bertekad untuk terus menghasilkan lagu yang berkualiti agar tidak terpalit dengan gelaran 'one hit wonder'.
“Single kedua kami, Pasti Ada Kamu sudah diputarkan di corong radio. Alhamdulillah, lagu tersebut juga kini semakin mendapat perhatian.”
Foto: IG Projektor Band Official
Apa-apa pun semoga Projector Band terus maju dan berjaya dalam bidang yang diceburi. Mesti ramai peminat ternanti-nati lagu mereka, kan? -CARI |