CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7139|Reply: 65

Hantaran RM500 Tapi Mahu Bakal Isteri Pemegang Sarjana, PM Tepi Jika Berminat

[Copy link]
Post time 18-1-2017 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Wah, jangan main-main tau! Pensyarah di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam kini juga 'terdesak' mencari jodoh di laman media sosial.


Tindakannya itu mendapat perhatian netizen kerana dia mengakui awal-awal tidak berkemampuan untuk memberi hantaran lebih daripada RM2,000.


"Saya mungkin tak boleh bagi hantaran lebih dari RM2,000. Boleh kan, kalau hantaran cuma RM500 sahaja?" tulisnya.


Pensyarah berkenaan bagaimanapun menyatakan dia sudah mempersiapkan segala keperluan dan kelengkapan diperlukan kelak, sekiranya ada gadis berminat dengan 'tawarannya' itu.


"Saya dah sediakan rumah, kenderaan, steam iron, kelengkapan rumah, bilik tamu untuk bakal ibu bapa mertua serta simpanan untuk pendidikan anak-anak," jelasnya.




Sumber foto: Facebook




Boleh tahan juga pensyarah ni. Bagi gadis di luar sana yang berminat, pensyarah ini hanya mahukan seorang pemegang sarjana dan berhajat menyambung pengajian ke peringkat PhD.


Perkara ini mencetus pelbagai reaksi daripada netizen.


"Ingat banyak sangat ke gaji pensyarah dengan segala hutang piutang," tulis seorang netizen.






Sumber foto: FB My Media Hub




Gadis di luar sana jangan terlalu cepat 'berghairah' pula. Anda perlu mempertimbangkan juga kemungkinan pensyarah ini hanya 'bergurau'. Apa pula pandangan pembaca terhadap pensyarah ini? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2017 11:12 AM | Show all posts
hantaran 500 je? mkn kt kedai mamakpun tak lepas 2 family
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Fb beliau dah selamat deactivated dah katanyerr
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak sendiri x sampai hati nak beri kurang dr 5K masa pergi bincang dgn bakal besan tahun lepas.. Anak akak pun kata beri 7-10K kpd bakal isterinya masa tu. Duit tu kan utk bakal isteri beli apa yg dia rasa perlu dan selebihnya utk dia sendiri.. Jongos la mamat ni. Sedihnya la dgn pensyarah sorang ni.. Harap budak2 UTHM jgn tergoda dgn kereta, rumah dll yg kononnya dia dah sediakan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 11:38 AM | Show all posts
humblebrag tak menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak K ambing pun 900 sekor...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2017 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut tawarksn lah pada ibu tunggal yg sampai menumpang tadika la sejid bagai.
Alang2 nk bg hantaran rm500 kan.. lgpun dah ade umah siap sesuai sgt tuk dorang berteduh bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 11:52 AM | Show all posts
hantaran nak murah tp demand lulusan master nak sambung phd..
kah kah kah kah..
delusional.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2017 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
minah hendon pon tak teringin.. eh silap.. hendon asal berkote aje kan.. so, apelagi.. cari kat hendon sana.. kot kot derang leh bagi diskon lagik ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 11:59 AM | Show all posts
Logik juga komen kat fb tu. Nak isteri yang ada master dan on going phd, sebab nak isteri tu tolong sama-sama bayarkan hutang kereta dan rumah yang kononnya dah disediakan tu.
Nak cuba berfikiran positif tapi maaflah encik pensyarah ye, fishy sangat kriteria yang diperlukan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 12:01 PM | Show all posts
hahahha...
hantaran rm500 tu aku xkisah sgt la...
tapi criteria nak master and above...
xyah memilih sgt bang oii...
pompuan skrg..yg xde master pun ramai da berjaya.. da ade umah sndr...kete sndr...xyah tunjuk sgt ko ade harta..sebb pompuan yg xde master pun mampu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 12:03 PM | Show all posts
Duit hantaran bukannya meant for the bride kan? Kan ke duit tu untuk majlis?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 12:04 PM | Show all posts
hantaran tu dah ok...tapi ko tu pualk memilih nak yg master phd...kejadah?

ko nak main2 kan org ke bro? esok2 ni ko jadi antertua baru ko tawwww
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 12:05 PM | Show all posts
sebab ko dah ada rumah ngan steam iron terus nak bayar anak dara orang rm500 je? awal2 dah tunjuk perangai kedek.. siapa pm dia bongok.haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 12:12 PM | Show all posts
Suchi replied at 18-1-2017 11:51 AM
Patut tawarksn lah pada ibu tunggal yg sampai menumpang tadika la sejid bagai.
Alang2 nk bg hantara ...

yg ni i setuju....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 12:14 PM | Show all posts
muka pun x berapa segak, nk bakal bini phd, podah

mcm spesis forever alone pun ada budak nih.. sian...

kalu aku maseh bujang pun aku x akan pm tepi...

sapa yg pm tu elok lah msti sekufu ngan mamat nih, show off punya orang, muka pecah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2017 12:34 PM | Show all posts
apa nama FB mamat lecturer ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ok je..sebab duit hantaran tu untuk bakal isteri dia..bukannya untuk bakal mak bapak mertua buat majlis guna duit menantu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 12:57 PM | Show all posts
Aku rasa maybe dia menghanjeng kt pompuan2 luar sana yg demand lebih2 wpun rupa & pendidikan sekadar di angin lalu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 01:24 PM | Show all posts
abang lecturer cuba cari minah morocco, indon, thai, ke mana tau ada yang setuju dengan hantaran murah ni kan..opss kalau nak cari yg phd n master tu susah skit la kot kat sana yang nak hantaran cuma rm 500 tu bang ooi..

zaman sekarang ni mana ade yg murah abang oi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.405336 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list