View: 25802|Reply: 158
|
[Edisi Keluarga Datin Eina Azman]: Percutian ke EROPAH Eratkan Hubungan Keluarga
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Pelakon, Datin Eina Azman, 22, mengakui percutian ke luar negara bersama anak kembar adalah pengalaman yang agak sukar, apatah lagi tanpa pengasuh. Begitupun katanya, ia membuatkan beliau lebih matang dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.
Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, berkata pemergian selama sebulan ke Eropah itu juga mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan seumpama kerja berpasukan dengan suaminya sepanjang menjaga kembar mereka.
"Pada mulanya saya berdebar-debar juga untuk bercuti kali pertama tanpa pengasuh, memandangkan kedua-dua anak kami masih kecil. Maklumlah, ada masanya mereka meragam serentak.
"Selain memastikan si kecil selesa, saya juga perlu melakukan urusan lain termasuk memasak. Begitupun pada hakikatnya, ia tidak sesukar mana kerana suami sama-sama membantu menjaga mereka, termasuk menyuapkan anak dan bergilir menggantikan lampin.
"Alhamdulillah, buat masa ini semuanya masih terkawal. Terima kasih juga kepada adik dan kakak saya yang turut menolong menjaga Aubrey serta Karl," katanya yang kini berada di Switzerland.
Katanya lagi, perubahan cuaca tampak memberi kesan terhadap si kecil selain mengganggu selera makan mereka.
"Selepas London dan Paris, kini kami singgah pula di Switzerland. Cuaca sekarang sangat sejuk. Aubrey dan Karl kurang berselera dan hanya bergantung kepada susu," katanya. Sementara itu, Eina meminta maaf kepada pihak yang gagal menghubunginya sepanjang percutian berkenaan berikutan jarang berada di sisi telefonnya.
"Saya minta maaf tidak dapat membalas mesej dengan kadar segera. Sebenarnya, percutian ini adalah antara cara kami meluangkan masa berkualiti sekeluarga. Nyata, setiap saat yang kami lalui sangat bermakna," ujarnya. Pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 37, pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan sepasang kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef, 11 bulan.
Sumber: Berita Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
couple ni nampak cute jah bagi meols...tak serabut sgt mcm yg lagi satu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baru tau mak dia janda eh, so tkde title datin la kan. Sbb kt ig mak die tulis single mum. Mak dia janda sbb bercerai ke/cerai mati?. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang lagi satu makteh? RSO kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan...rabeccah al islam @kerani_jer
|
|
|
|
|
|
|
|
anak2 dia mmg comel, mata bulat |
|
|
|
|
|
|
|
Owhhhhh. Becca fake norrr islammmm. Ingatkan siapa tadi.
Yela, selalunya keluarga RSO yang rajin cuti overseas ni. Tak teringat langsung dekat becca.
|
|
|
|
|
|
|
|
Comel sgt twin sheols ni, tp aubrey lah yg kiut sikit dr karl..
Adik beradik dtin eina senduk ikut jgk khenn, so x rasa lah beban jaga twin sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Kekadang penat jugak nengok dia ni tapi dia ni much much better dari rso. Kegedikkan yang comel |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi
Lepas london dan paris pastu singgah switzerland
Datin seri paduka che RSO che wan xnk buat benda sama ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Anak dia...geram nak cium2 gomol2 n gigit2....heheh |
|
|
|
|
|
|
|
Kaya nya.boleh p sana sini..sejak kawin nampak matang..wlaupun muda belia lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kuat jugak fene apaknya kat anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
nasib whiski yang bukak topic. kalau dapat dekat haturs nurraka si eina ni, habis la jahanam benang
tertarik pulak baca dia cakap dia bercuti tak bawak nanny. kembar tu, dah lah toddler. tahniah sebab mampu handle. kalau i, dah terbalik beg baju dekat salji sinun |
|
|
|
|
|
|
|
Bapak si eina ni dato ker?I suka ig mak dia. Rajin masak. Seronok tengok lauk pauk. Walau lauk pauk melayu, tetap makan dengan cheese
|
|
|
|
|
|
|
|
Mudanyaaaaa senduk ni..sedap jln cuaca sejuk2 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana eina ni rampas dato paduka ni ehh? |
|
|
|
|
|
|
| |
|