Hafidzul Hilmi Mohd Noor
[email protected]
Kuala Lumpur: Bayi lelaki baru dilahirkan yang diletakkan di dalam kotak ditemui di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini, kira-kira 7 malam tadi.
Difahamkan, bayi yang ditemui berselimut di dalam kotak itu ditinggalkan bersama sekeping nota dipercayai daripada ibunya.
Selain itu, satu anak patung turut ditinggalkan bersama bayi itu.
Menurut nota yang ditinggalkan, si ibu berkata, tindakannya itu bukanlah disebabkan tidak mahu bayi berkenaan namun dia tidak mampu untuk menjaganya.
"Assalamualaikum, jika anda membaca nota ini, bayi ini dilahirkan pada 21 November 2016. Tindakan saya terhadap bayi ini adalah bukan saya tidak mahu tetapi saya tidak mampu. Jadi saya ingin memberi rezeki saya kepada mereka yang lebih layak dan mampu. InsyaAllah jika punya jodoh kita akan berjumpa. I love you," katanya dalam nota tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan penemuan berkenaan.
Penemuan bayi terbabit tersebar meluas di laman sosial sejak beberapa jam lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2016 @ 1:01 AM
harian metro
rase2 anak indon kot........