Usianya baru mencecah lima tahun, namun gadis perempuan cilik ini dikatakan dapat mengeratkan hubungan diplomatik di antara Amerika Syarikat dan China.
Empunya diri yang disebut-sebut adalah Arabella Kushner, cucu kepada Presiden Amerika Syarikat yang baru, Donald Trump.
Boleh dilihat dalam video yang dimuat naik oleh ibunya dalam Instagram, Arabella kelihatan sangat fasih dan lancar berbahasa Mandarin.
Sumber Foto: IG Ivanka Trump
Video tersebut merakamkan Arabella sedang membaca puisi dalam bahasa Mandarin dengan memakai gaun merah di dalam sebuah rumah yang dihiasi tema Tahun Baru Cina.
Walaupun video tersebut sudah dimuat naik Februari lalu, namun kemenangan Trump baru-baru ini menyebabkan rakaman tersebut menjadi viral dan dikongsi oleh ramai orang di China.
Pelbagai komen dan reaksi netizen mengenai perkara ini, positif dan negatif.
Sumber Foto: Facebook
Puteri yang petah berbicara ini adalah anak sulung Ivanka Trump dan Jared Kushner. Memetik dari tulisan dari South China Post, Ivanka menyatakan yang anaknya itu belajar berbahasa Mandarin dari pengasuhnya yang berketurunan Cina.
Sebelum ini melalui kempennya, Donald Trump pernah beberapa kali 'menyerang' China dan menggelar negara tersebut pandai memanipulasi kewangan.
Sumber Foto: Ivanka Trump
Namun, apa yang pasti kemahiran yang dimiliki kanak-kanak ini sebanarnya tiada kaitan dengan datuknya itu.
Seronok bila lihat kanak-kanak dapat bercakap dalam banyak bahasa. Ibu bapa di luar sana patut hantar anak ke banyak kelas bahasa. Pendapat anda pula bagaimana? -CARI
|