|
|
sumber foto: mstar
Hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi menyebabkan laluan di Jalan Ujung Batu, dekat Teluk Bahang ditutup berikutan kejadian pokok tumbang dan tanah runtuh.
Memetik laporan Bernama, kejadian kira-kira jam 4 pagi itu turut menyebabkan kawasan di sekitar Jalan P Ramlee, Jalan Pattani serta Teluk Bahang, dekat sini, dinaiki air mencecah 0.8 meter.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Bahang, Wan Abdul Malik Wan Hussin, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 4.22 pagi.
Beberapa agensi membabitkan polis, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) turut berada di lokasi kejadian.
Sementara itu, difahamkan setakat jam 6 pagi tadi, satu keluarga terjejas apabila kediaman mereka ditenggelami air. Keluarga berkenaan sudah ditempatkan di pusat pemindahan di dewan MBPP Teluk Bahang.- CARI
sumber foto: mstar |
|