"Kejadian penderaan kanak-kanak yang dilaporkan di media sedikit sebanyak membuatkan saya takut untuk beri orang lain yang jaga."
Itu kata penyanyi, Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 38, yang lebih selesa mengurus anaknya, Jonah Joshiah, 15 bulan, tanpa bantuan pengasuh.
Menurut Jaclyn, pelbagai kes penderaan kanak-kanak membuatkan dia bimbang untuk menyerahkan anak lelakinya dijaga orang lain.
"Sejak Joshiah dilahirkan sehingga sekarang saya dan suami menguruskan dan menjaganya tanpa bantuan orang lain kerana lebih selesa berbuat demikian.
"Jika saya dan suami terikat dengan komitmen kerja baharulah saya minta ibu bantu menjaga anak dan kebetulan kami tinggal berjiran," katanya kepada mStar Online.
Walaupun sudah bergelar seorang ibu, Jaclyn akan meneruskan karier muziknya seperti biasa kerana dia yakin dapat mengurus masa tanpa mengabaikan keluarganya.
"Karier muzik saya masih berjalan seperti biasa dan tidak pernah menjadikan status sebagai seorang ibu sebagai halangan.
"Apa yang paling penting adalah pengurusan masa yang baik untuk mengimbangi kedua-duanya," katanya.
Sumber foto: IG Jaclyn Victor
Pastinya sibuk apabila bergelar seorang artis terutama mereka yang berkeluarga. Semoga Jaclyn terus komited dalam industri muzik tanpa mengabaikan keluarga dan anak. - CARI |