CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 6251|Reply: 5

Badan Banyak Angin, Perut Sebu? 4 Kaedah Ini Dapat Melegakannya

[Copy link]
Post time 27-10-2016 04:18 PM | Show all posts |Read mode
Tak selesa. Serba tak kena je badan ini apabila badan banyak angin. Kembung perut lah, sakit-sakit badan, tidak selesa dan berasa lesu. Masalah angin terlalu banyak dalam badan juga boleh membuat seseorang berasa tertekan.


Masalah angin dalam badan ini selalunya berpunca daripada udara yang ditelan tanpa disedari. Ia juga boleh berlaku apabila proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar tidak berlaku seperti sepatutnya.


Jangan risau! Masalah ini dapat diatasi jika anda mengamalkan kaedah-kaedah berikut.




1.  Jaga Pemakanan
Makanan menghasilkan kandungan gas berbeza bergantung kepada individu itu. Elakkan dari mengambil makanan yang menghasilkan angin seperti:

- Raffinose yang terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks

- Fruktosa yang terkandung dalam bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli, dan kubis.

- Laktosa atau gula semula jadi pula terdapat dalam susu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.










2.  Pengambilan Ubatan
Ubatan seperti antasid, simethicone dan arang diaktifkan dapat membantu meredakan ketidakselesaan dan masalah angin. Manakala, enzim  penghadaman seperti laktase  membantu penghadaman karbohidrat. Ubatan ini boleh didapati di farmasi terdekat. Tetapi JANGAN lupa untuk  dapatkan khidmat nasihat doktor!






3.  Kurangkan Menelan Udara
Kurangkan mengambil gula-gula serta gulu-gula getah terutama mereka yang mengalami masalah sendawa kronik. Ambil masa anda untuk mengunyah  makanan  dan KURANGKAN  bercakap semasa makan.


4.  Berurut
Teknik urutan yang betul dapat membantu mengeluarkan angin dalam badan seseorang. Tambahan pula, anda akan berasa lebih lega selain berasa syok  dan terbuai-buai apabila  diurut. Salah satu cara, urut tapak kaki (refleksologi), nanti keluarlah angin dengan cara sendawa.


Sumber foto: Carian Google




Penulis pula lebih selesa mengambil segelas air suam yang dicampur dengan hirisan halia atau halia yang ditumbuk. Sekejap sahaja dah boleh rasa efek dia. Ada juga orang yang lebih selesa mengambil Eno yang dijual dalam paket-paket kecil itu.  Bagaimana pula dengan anda? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2016 06:31 PM | Show all posts
selalu je kembung pas makan. so, makan xbtol la ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 06:45 PM | Show all posts
sis sebu sebab banyak sangat telan makanan sampi meboyot
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 09:31 PM | Show all posts
aku urut  bukan aku yg sendawa tapi org yg mengurut pulak yg beriya sendawa keluar angin
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya selalu kena angin ni..mmg x selesa....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2016 02:35 PM | Show all posts
sy klu angin minum susu panas campur halai...insyallah menjadi
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.045390 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list