|
Negeri Kelantan memang sinonim dan terkenal dengan adat budaya dan bahasanya yang unik.
Tempat ini sering menjadi pilihan orang ramai untuk datang membeli belah dan mendapatkan pelbagai jenis barangan dengan harga yang jauh lebih murah.
Selain pelbagai jenis makanan yang menarik pengunjung datang ke sini, negeri yang diberi jolokan Serambi Mekah ini juga mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati.
Terbaru, tarikan pelancongan baru di sini ialah Souk Fil Madinatul Jadid yang terletak di Jalan Dato Pati, Kota Bharu Kelantan.
Sumber Foto: FB Hanya di Kelate
Menarik sungguh lukisan yang bertemakan Arab dan Timur Tengah ini, sekaligus memberi peluang kepada para pengunjung untuk mengabadikan gambar dan kenangan mereka di sini.
Bukan itu sahaja, banyak penjual yang kebanyakannya wanita berniaga di sekitar kawasan ini dengan pelbagai jenis barangan ditawarkan.
Jadi, tunggu apa lagi, kemas bag dan jom kita menjelajah ke sana, jangan lupa bawa yang tersayang okay? -CARI |
|