CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 20497|Reply: 24

Etok Nampak Pelik Tapi Memang Sedap!

[Copy link]
Post time 10-10-2016 05:55 PM | Show all posts |Read mode


Kredit Foto: Sejarahkelantan.wordpress.com


Pertama kali dengar Etok mesti ramai yang tidak pernah makan atau dengar tentangnya, tapi Etok sebenarnya memang sangat popular di Negeri Kelantan. Ia dijadikan penambah selera untuk dimakan bersama nasi kerabu.


Rasanya yang lemak-lemak manis serta boleh diratah macam makan keropok menjadikannya antara kudapan pilihan masyarakat di sana dan kalau nak dapatkannya adalah di kawasan air yang bersempadan antara air tawar dan masin.


Nak cuba makan Etok kenalah tahu macam mana cara nak masak dan biasanya ia boleh disediakan dengan pelbagai cara termasuk masak singgang, gulai lemak putih atau goreng berempah tapi yang paling sedap adalah secara salai.


Kredit Foto: Kosmo


Cara Salai:
1. Bersihkan Etok dan perapkannya bersama bawang putih, halia, serai, ketumbar dan halia.
2. Salai di atas alat penyalai Etok dan tunggu sehingga betul-betul masak.


Jangan pandang rendah dengan khasiat yang ada pada Etok kerana ianya mampu membantu menambahkan darah dalam badan.


Cara Makan:
Buka kulit Etok menggunakan gigi tapi awas sebab agak bahaya jika terkena serpihan cengkerangnya.


Kebiasaannya orang Kelantan memang menggunakan cara ini untuk merasai lebih kelazatan rempah dari Etok yang disalai. Bagi anda yang baru pertama kali nak mencuba boleh gunakan mata pisau sahaja.


Peringatan penting: Elakkan minum air sejuk selepas makan Etak sebab akan menyebabkan sakit perut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2016 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap if mkn sikit2
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tak leh masuk - muall - maybe sebab tak biasa
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapppppppnya lazat mjilat jari
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa ini? KL da tak?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
apa benda etok nie? sejenis binatang kah?#jgnkecam #seriustaktau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2016 05:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh serius teringin!
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 09:13 AM | Show all posts
hmmm... tak pernah dengar pun psl Etok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2016 10:58 AM | Show all posts
Miming2 replied at 11-10-2016 01:12 AM
apa benda etok nie? sejenis binatang kah?#jgnkecam #seriustaktau

Yup, macam siput sedut. boleh masak macam-macam selalunya famous di Kelantan. Generasi sekarang memang tak familiar sangat dgn makanan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 02:14 PM | Show all posts
tak pernah makan lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah makan masak rendang...sedap gila baq hang...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
CARI-MRO replied at 11-10-2016 10:58 AM
Yup, macam siput sedut. boleh masak macam-macam selalunya famous di Kelantan. Generasi sekarang me ...

owh... bru tau.. thanks @CARI-MRO
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Wpun aku klatenis tp xpenah pun mkn etok msk lemak n rendang..penah mkn yg salai je..mmg sedap.
Baca artikel ni bru tau ada etok msk lemak n rendang. Sedeyy
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 11:25 AM | Show all posts
sedapnya...
etok salai makan dengan nasi kerabu
kat area bangi ada jual etok salai ni..
hilanh la juga kempunan nak makan
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 01:22 PM | Show all posts
teok salai jer yg sdp..rendang bagai tu xsdp pn..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 02:30 PM | Show all posts
Kat pantai remis selangor ada jual etok ni...aku rebus je sb tak tau nak masak apa. Manis isinya cuma halus2 nak kopek satu2...perlu kesabaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2016 03:48 PM | Show all posts
aku failed betul  makan etok ni. Ada budak kelantan bagi. Sudahnya aku buang sorok-sorok  je
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 04:18 PM | Show all posts
tak pernah tengok...mcm kepah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 04:38 PM | Show all posts
Ipo replied at 12-10-2016 11:25 AM
sedapnya...
etok salai makan dengan nasi kerabu
kat area bangi ada jual etok salai ni..

Area bangii kat mana ada jual?
Tolongggg... mengidam sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 05:35 PM | Show all posts
girlfridayz replied at 13-10-2016 03:38 PM
Area bangii kat mana ada jual?
Tolongggg... mengidam sangat...

Cuba cari area seksyen 9, dekat simpang 4 jalan tu (dekat bangunan baru) berdekatan jugak area restoran wong solo),
jalan reko pun
seksyen 7 pun ada, selalu jugak saya nampak kat depan sekolah di seksyen 7 tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.052835 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list