View: 9129|Reply: 68
|
Naik LRT Lebih Mahal Daripada Memandu Kereta, Setuju Tak?
[Copy link]
|
|
sumber foto: website rapidKL
Jun lalu, pembukaan sambungan jajaran LRT laluan Kelana Jaya sememangnya merupakan mod pengangkutan awam alternatif buat penduduk di sekitar kawasan Puchong, Subang dan Shah Alam.
Laluan asal hanya 24 stesen bertambah menjadi 37 stesen, keadaan ini menyebabkan ramai pemandu kereta yang duduk di kawasan berhampiran stesen LRT mengambil keputusn cuba guna pengangkutan awam untuk pergi ke pejabat.
Namun, adakah menaiki pengangkutan awam lebih menyenangkan berbanding dengan memandu kereta?
Seorang warga kerja telah menulis satu rencana dalam akhbar The Star untuk berkongsi pengalamannya bahawa sebenarnya menaiki pengangkutan awam sedikit pun tidak berbaloi.
" Sebagai penduduk Puchong, saya rasa amat gembira kerana laluan baru LRT disambung sehingga ke bandar saya dan hampir 500,000 penduduk di bandar tersebut akan memperolehi manfaatnya. "
" Saya amat gembira, selain memandu kereta, akhirnya saya terdapat alternatif lain untuk pergi bekerja."
sumber foto: internet
Warga kerja yang tinggal di Puchong tersebut difahamkan bertugas di Bandar Sungai Way dan dia mengambil keputusan menggunakan laluan LRT yang baru itu pergi bekerja. Minggu lepas, percubaan hanya untuk satu hari sahaja sudah memberi satu kejutan buat dirinya.
Pada masa yang sama penulis tersebut turut tekad tidak akan menaiki LRT.
Kenapa individu terbabit becakap begitu? Anda akan faham sebabnya selepas membaca penjelasannya seperti berikut.
Kalau Naik LRT pergi kerja
* Puchong LRT- Sunway BRT- Tempat kerja di Sunway = RM9 (pergi dan balik RM18)
* Bayaran parkir di LRT = RM4
* Kos minyak memandu kereta ke stesen LRT = RM3
Purata sehari : RM25
20 hari kerja : (RM25X 20=RM500)
sumber foto: internet
Kalau pandu kereta pergi kerja
*kos minyak = RM7.50 ( sebulan : RM150 )
* Kos parkir = percuma ( kawasan parkir di syarikat penulis adalah percuma)
* kos laluan tol = RM4
Purata sehari : RM11.50
Kerja 20 hari : RM11.50X20 = RM230
Kesimpulan pertama : Naik LRT lebih mahal daripada pandu kereta pergi kerja
Setelah membuat perbandingan, warga kerja tersebut beranggapan perbelanjaan harian untuk naik LRT lebih mahal daripada pandu kereta.
Bagi dia situasi ini sangat melampau! "Saya benar-benar tidak faham kenapa dalam dunia ini pandu kereta lebih murah daripada menggunakan pengangkutan awam!"
Menurutnya, sesetengah penduduk Puchong mengadu, perjalanan dari Puchong ke Subang Jaya, harus menghabiskan perbelanjaan sebanyak RM12.
Tambahnya, Puchong dan Subang Jaya memang dikenali sebagai kawasan kesesakan trafik yang teruk dan pengangkutan awam pula begitu mahal.
Keadaan macam ini siapa lagi ingin guna perkhidmatan LRT? Tegasnya, kos perjalanan sehala bagi LRT seharusnya RM3 sahaja.
2) Masa Perjalanan - LRT : Satu jam , Memandu kereta : 30minit
sumber foto: internet
Manakala satu lagi yang boleh dibuat perbandingan, sudah semestinya berapa lama masa diperlukan untuk sampai ke destinasi yang ditujukan.
Kalau naik LRT pergi kerja
* LRT Puchong - BRT Sunway - Tempat kerja di Sunway - masa diperlukan melebihi satu jam
Kalau memandu kereta pergi kerja
* waktu kemuncak yang sesak dengan kereta: 30 minit, waktu perjalanan lancar: 10 minit
Kesimpulan kedua : Naik LRT mengambil masa lebih lama untuk sampai di pejabat
Jarak perjalanan daripada Puchong sampai ke Subang hanya perlu 10km, kecuali kesesakan trafik, kalau tidak pandu kereta sekejap sudah sampai.
Sebaliknya kalau naik LRT, masa yang diperlukan kira-kira satu jam, ini kerana ada berhenti di setiap stesen.
Penulis juga menegaskan, ada kala LRT dipenuhi orang dan terpaksa menunggu LRT yang satu lagi, keadaan ini juga membazir banyak masa.
Selain itu, perkhidmatan LRT negara kita juga sering mengalami masalah kerosakan sehinggakan ramai warga kerja lambat sampai ofis, gejala tersebut juga mengakibatkan penulis tidak jadi tetapkan niatnya untuk menaiki LRT dan tidak memandu kereta.
Kesimpulan ketiga: Menaiki LRT mungkin akan mengalami masalah kerosakan
sumber foto: twitter rapidKL
Menurut penulis lagi, ramai menghadapi masalah semasa memohon kad diskaun untuk pelajar dan warga emas.
Golongan tersebut perlu hadir ke kaunter yang terletak di stesen LRT Pasar Seni, barulah dapat mendaftar dan membuat permohonan, serta perlu tunggu selama dua minggu untuk kelulusan.
Tambahnya syarikat LRT sepatutnya buka lebih banyak kaunter berkaitan bagi meudahkan orang ramai membuat permohonan kad diskaun.
Berkenaan pembukaan tiga laluan baru LRT, penulis itu rasa amat kesal dan sedih, tetapi juga disebabkan adanya faktor tersebut di atas, menurutnya dia buat sementara waktu ini akan cuba elak menaiki LRT lagi.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
patut kena ada contoh belanja jika menunggang motor. barangkali RM2 minyak sehari pergi dan balik kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi sy rasa extension line ni a blessing gak la.. kalau nak balik dari uia tu, naik lrt gombak straight sampai alam megah tak payah tukar naik ktm dh.. ktm tunggu lama ya ampun |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tambang lrt mahal sepatut nye parking kat lrt tu free lah. Kerajaan kan nak galakkkan naik pengangkutan awam.
Tapi i parking kt lrt star free je sbb dah kamcing dgn penjaga parking |
|
|
|
|
|
|
|
Itu le kenyataannya sebab tu masih ramai yang memilih untuk memandu kereta untuk ke tempat kerja |
|
|
|
|
|
|
|
Makin mahal sejak dia naikkan tambang..sebelum ni agak reasonable juga |
|
|
|
|
|
|
|
lrt ni masalah nye lambat. end up ko kene kuar awal, lebih awal dari orng yg bawak kete.
nak tukar2 station lagi, penat woo sebenar nya. |
|
|
|
|
|
|
|
rate dulu klu naik sikit pun masih ok
tapi kenaikan yang lalu ada yg sampai 100% dan lebih |
|
|
|
|
|
|
|
Long term kalau harga mahal mcm ni lrt x rugi ke.. maintenance lg, electricity lg. |
|
|
|
|
|
|
|
Fed up la pengangkutan awam malaysia..camne laa diorg ni ..xbuat kajian dr pelbagai aspek ke before stat satu2 project...suppose project tu kena la achieve objective project...tul dak?! |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 30-9-2016 07:52 PM
rate dulu klu naik sikit pun masih ok
tapi kenaikan yang lalu ada yg sampai 100% dan lebih
Haah. Klau rate dlu serius jimat. Aku smpai tpksa mnyewa mhal n dekat dgn tmpt kerja sb klau sewa jauh yg mana rumah murah dlm 200-300, tp jd 2x5 sb tmbang mhal. Bygkn, pegi shaja dah rm6 mcm tu. Pegi balik rm12, masa sejam. Skg, naik bus je pegi balik rm2.
Ni mmg dasar kroni. Nk untung cpt sb tu mhal. Ptotnya benda2 mcm ni mkin lama makin murah sb kuantiti byk, teknologi pon mkin maju |
|
|
|
|
|
|
|
fly allocate RM 300 untuk tambang KTM (Klang - Kuala Lumpur - Klang) and LRT ... dulu RM 250
masa 1 jam lebih travelling ...
|
|
|
|
|
|
|
|
yg berkereta blh la buat pilihan. golongan yg tak mampu beli kereta yg nak guna patutnya harga munasabah la sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama tak naik lrt... da mahal upanya... ekekew |
|
|
|
|
|
|
|
It depends..kwn aku kj kat hicom duk kt gombak..since ade lrt mmg jimat masa n wet.die naek sblm kui 7 dpt sparuh harga.so bg die mmg beshh... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan semua opis bagi parkir percuma dekk.
Akak sebulan dah RM200 parkir saje.
Dengan jem yg maha hazab. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang lah murah kalau parking free..
Tempat aku sekali masuk 8 ringgit..mana mampu..
Lagipun dari puchong nak ke sunway boleh saja dia naik bas 1 ringgit sampai di depan piramid.. cuma masa menunggu saja lama..
Pendek kata propa sangat brader yang menulis tu |
|
|
|
|
|
|
|
ciwi1166 replied at 30-9-2016 07:36 PM
lrt ni masalah nye lambat. end up ko kene kuar awal, lebih awal dari orng yg bawak kete.
nak tuka ...
Lrt tak lambat.. yang lambat tu selalunya ktm : kesabaran memang tercabar kalau menuggu ktm :
Tapi tukar2 tren itu biasa saja hatta di luar negara..
Orang kita saja yang terlebih manja nak menapak 5 minit tukar tren pun sudah merungut... |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 30-9-2016 09:15 PM
Fed up la pengangkutan awam malaysia..camne laa diorg ni ..xbuat kajian dr pelbagai aspek ke before ...
Lihat jaringan mrt dan lrt sebenarnya banyak sangat peningkatan...
Untuk mereka yang jarang naik, memang tak nampak perubahan tu..untuk aku yang sudah 10 tahun jadi warga lrt aku boleh nampak kemajuannya..
Selalu yang merungut ni kadang kala aku tertanya juga selalu ke naik pengangkutan awam.. |
|
|
|
|
|
|
|
min tk duk kl... tp bila skali skala dtg kl mesti nk naik lrt... sbb nk rase n tgk improvement nye... mcm jakun pun ade kdg2... heheh..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|