|
Kalau dah terlampau minat dekat sesuatu barang atau seseorang, buat apa sahaja pun sanggup untuk mendapatkannya.
Itu lah yang dilakukan oleh seorang lelaki berusia 19 tahun berasal dari United Kingdom. Lelaki yang dikenali sebagai Jack Johnson sanggup melakukan pembedahan yang menelan belanja sebanyak £20,000 (RM107,221) untuk kelihatan seperti bintang bola sepak terkenal David Beckham.
Lelaki tersebut yang juga tidak bekerja dan kini dibebani hutang kerana membelanjakan wang itu untuk melakukan pembedahan pada pipi, dagu, kening, bibir, gigi dan suntikan lain untuk mendapatkan wajah seperti Beckham.
Dianggarkan, dia memerlukan lagi kos pembedahan sebanyak £30,000 (RM160,000) untuk mencapai matlamat miliki wajah Beckham.
“Jelas sekali saya tahu saya tidak kelihatan seperti dia, Saya tidak bodoh tetapi saya tahu masih jauh lagi perjalanan untuk miliki wajah seperti dia.” kata Johnson.
Tambahnya lagi, dalam masa terdekat dia akan membuat tatu di leher sama seperti bintang bola sepak terkenal itu.
Jika dilihat dari gambar, secara jujurnya penulis rasa masih banyak pembedahan perlu dilakukan untuk mendapatkan wajah sama seperti Beckham. Namun di zaman kini, asal ada duit semua boleh jadi. Lihat saja lah banyak pembedahan plastik telah berjaya dilakukan terutamanya di Korea Selatan. - CARI
Jack Johnson |
|