|
|
oleh Adib ZA
Pelakon Ainul Aishah dilaporkan terpaksa berpindah rumah kerana sering diganggu oleh individu misteri sejak kebelakangan ini.
Ainul Aishah, 30 menerusi Berita Harian berkata dia telah menerima kira-kira empat nota kecil yang tertera nombor telefon yang tak dikenali di keretanya dan perkara itu benar-benar membuatkan dirinya berasa tak selamat.
"Mungkin ada yang memandang remeh mengenai perkara ini. Tetapi, saya kerap mendapat nota kecil dan ia menunjukkan individu berkenaan tahu gerak-geri saya. Dia juga tahu adakah saya sudah berada di rumah atau tidak.
"Malah, sebelum ini beberapa rakan yang mahu pulang selepas melepak di rumah saya turut diekori individu tidak dikenali di sekitar kondominium saya.
" erkara itu membuatkan saya nekad mahu berpindah ke kediaman lebih selamat," katanya.
Dalam pada itu katanya kini sibuk dengan penggambaran drama Lara Aishah sehingga hujung tahun ini. - CARI
Sumber: Berita Harian
 Foto: IG Ainul
|
|