CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2861|Reply: 25

Bukan Mudah Tun Mahathir, Pembangkang Nak Tumbangkan BN - TPM

[Copy link]
Post time 10-9-2016 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ


Zahid berkata beliau yakin cadangan itu tidak mungkin diterima oleh parti-parti pembangkang.





BAGAN DATOH: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba menyatukan semua parti pembangkang bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN), bukanlah semudah yang disangkakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


"Walaupun sifat pemaaf itu harus ada pada seseorang yang berjiwa besar, yang dikatakan luka lama telah sembuh, tetapi mustahil tidak ada parut yang tertinggal.


"Jadi, atas parut itulah saya yakin cadangan berkenaan sukar diterima bagi menyatukan semua parti dalam satu wadah... ini kerana tokoh berkenaan juga menyebabkan parti-parti berkenaan masih berduka dan ada parut politik," katanya pada sidang media.


Menurutnya walaupun 'perkahwinan' politik bakal dijalinkan, ia hanyalah berbentuk sementara bagi mencapai tujuan pemimpin berkenaan.


"Janganlah ia dijadikan sebagai kuda tunggangan untuk mencapai sesuatu tujuan kerana keikhlasan politik itu jelas dari tindakan yang dilakukannya.


"Ramai yang melihat tindakan tersebut semata-mata untuk mencapai tujuan seseorang dan diuruskan oleh orang lain, seolah-olah memperlihat adanya kesatuan dalam kalangan pimpinan parti berkenaan,"katanya.


Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh, menyerahkan 130 ekor lembu korban sempena Aidiladha untuk diagihkan kepada masjid, surau serta agensi kerajaan dalam Bagan Datoh.


Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan pada Isnin apabila buat pertama kali bersemuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas lebih 18 tahun tidak bertemu. Pertemuan bersejarah itu berlaku apabila Dr Mahathir hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi memberi sokongan permohonan injuksi sementara yang difailkan oleh Anwar bagi menghalang pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara. - CARI











Sumber - AstroAwani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2016 10:46 AM | Show all posts
Inilah DOA & HARAPAN Zahid Komidi, AGAR PEMBANGKANG
TIDAK BERSATU dan bergadohan, jadi untunglah UMNGOK.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
klu ikut undi bn ni tk popular dh pun. bn still a gov dgn plbagai tipu daya. bolehlah
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 11:41 AM | Show all posts
Ade betul zahid ckp..pemusnah kesatuan pembgkg skrg ni adalah pas dn dap jah..2 2 parti x guna..elok dihumban ke tong taik
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 02:53 PM | Show all posts
if it's not easy then why you shat your pants bitch?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan hidup macam tak berTuhan.....jangan berangan menongkat langit macam diri tak kan mati...

Dan jangan ingat sejarah ditempat lain tak kan terjadi di tempat sendiri..

Mana dominan parti di Indonesia sekarang?? Mana Golkar?
Tu hanya sedikit contoh buat renungan. Kalau majoriti rakyat dah membenci...dan kalau Allah swt izinkan....tiada yg boleh menghalang kejatuhan UMNO nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2016 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun BN kalah undi popular tp UMNO mendapat undi paling tinggi....yg kalah tu MCA , Gerakan ; MIC
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Asalkan tak jd negara terkorup no 1 dunia, my vote goes to that party.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2016 07:48 PM | Show all posts
iyo la wak jahid. apa2 je la. ke statement nak sedapkan hati je
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tsunami cina masa pru13 siap tny "Apa Lagi Cina Mahu?", pru14 mampos la ko sbb ramai Melayu sakit ati dgn Najib dan sokong Tun...

Dan Cina mmg x akan sokong Najib dah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Zahid salah pilih kapal....Najib x akan bagi dia jadi PM pun....berangan jelah ko Zahid oiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 01:57 AM | Show all posts
Next PRU... Rasanya tinggal bangla dan bangsa2 pemakan dedak UMNO je
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
btw letih dengar statement perasan dri org2 bn. tolonglah bertapak di bumi yg nyata
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2016 03:24 PM | Show all posts
bangun lah dr alam fantasi..
bangun...bangun harimau bangun.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2016 07:00 PM | Show all posts

Hey bro! Hi kawan2!!


100% Welcome Deposit Bonus hanya untuk anda!!!


Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2016 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Timbangan syok sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2016 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Iyo lah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2016 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Skang menjilat laa.. Dh kena pecat nnti, mcm2 rahsia pecah
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2016 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayatnak sedaphati  sebab  dah  ramai  lari  dari    umno
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 02:15 PM | Show all posts
Edited by doubleeleven at 13-9-2016 02:17 PM

Bukan Mudah Tun Mahathir, Pembangkang Nak Tumbangkan BN saya setujukk tu Dato TPM kerana punca utama kejatuhan BN adalah menteri2 rakus dan politikus cam korang le...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.062788 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list