Oleh Izzah Abbasy
Perusahaan cendol yang dikenali Wahab’s The Best Cendol In Town yang juga dipanggil Cendol Wahab pada mulanya bermula di pasar malam, kini sudah berusia 27 Tahun!
Restoran Wahab terletak di Taman Sri Rampai, Setapak Kuala Lumpur.
Konsep restoran ini lebih kurang seperti Old Town Cafe, anda hanya perlu menulis pesanan melalui kertas. Tapi, kena tunggu pelayan berikan kertas kepada anda terlebih dahulu. Kemudian, anda tunggulah pesanan itu dengan penuh kesabaran ya.
Menu popular di sini sudah tentu cendol pulut dicampur bersama kacang merah dan jagung. Terdapat juga Char Kuey Teow Udang dan Kerang.
Memang sedap cendol di sini. Manis dan tapi kurang berlemak. Walaupun begitu, kuantiti jagung, kacang merah dan pulut boleh dikatakan agak banyak. Ini baru betul cendol!
Jenuh juga nak menghabiskan satu mangkuk sebab banyak bahan-bahan. Tapi bila dah habis memang kenyang!
Jika anda ingin ke sini, alamat dan info seperti di bawah ini ya.
Restoran Wahab's The Best Cendol In Town
No. 43, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, 53300 Setapak, Kuala Lumpur.
Telefon : 03-4143 5578 / 016-252 8005
Waktu operasi : 10 pagi – 12 malam
Wahab's The Best Cendol In Town Cendol Tersedap Hampir 30 Dekad

Sumber : MySelera
|