oleh Adib Za
Pelbagai cara yang dilakukan oleh pihak yang ingin mengaut keuntungan dengan cepat termasukkan menggunakan gambar selebriti.
Yang menjadi kesalahan, apabila gambar itu digunakan secara sewenang-wenangnya dan tanpa kebenaran. Itu yang terjadi kepada pelakon Zain Saidin, 32 apabila mendapati sebuah laman web menggunakan gambarnya sebagai tarikan kepada orang ramai bekerja dalam talian.
Pihak Bernama yang menghubungi pelakon mendapati Zain sendiri tidak menyedari hal tersebut dan akan menyiasat lebih lanjut hal itu.
"Saya tidak tahu tentang perkara ini dan akan meminta pihak pengurusan saya untuk siasat dengan lebih lanjut," ujarnya.
Antara lain, laman web berkenaan memaparkan kisah bagaimana rakyat Malaysia telah berjaya meraih pendapatan puluhan ribu ringgit dengan menyertai kerja dalam talian. Ia juga memaparkan gambar Zain dan anak perempuannya. - CARI
Sumber: Bernama
Foto: Instagram Zain Saidin
|