Jika khasiat susu lipas dikatakan bernilai lebih tiga kali ganda daripada susu lembu, adakah anda berani minumnya?
Kebiasaan lipas bagi pandangan kebanyakan orang adalah sesuatu benda yang bersifat kotor.
Manusia yang normal sekiranya terlihat lipas, sudah pasti akan cuba mengelaknya atau membunuhnya dengan menggunakan penyembur serangga.
Namun kini sekumpulan saintis sedang giat menggunakan lipas untuk menghasilkan 'susu lipas' yang mempunyai nilai khasiat yang dikatakan amat tinggi dan mungkin akan dijadikan makanan harian di pasaran pada masa akan datang.
Menurut laporan India Times Daily, para saintis dan penyelidik yang berasal dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Perancis dan India mendapati lipas jenis Diploptera punctata ususnya boleh menghasilkan penghabluran yang istimewa.
Dalam penghabluran tersebut mengandungi tenaga haba dan khasiat yang kaya termasuk protein, lemak dan karbohidrat serat mempunyai kandungan kalori yang lebih tiga kali ganda daripada susu lembu.
Difahamkan juga, lipas Diploptera Punctata jenis betina akan memberi penghabluran protein untuk dimakan oleh anak lipas yang masih kecil lagi.
Berikutan protein penghabluran itu, ianya menyebabkan khasiat daripada susu lipas akan terserlah secara pelahan-lahan yang mampu menjana tenaga haba kepada badan manusia.
Disebabkan industri penternakan haiwan telah merosakan persekitaran pada tahap yang semakin hari semakin serius, lipas mungkin menjadi pengganti terbaik berbanding dengan susu lembu.
Kini para pegawai penyelidikan sedang merancang menggunakan genetik bersiri yang terkandung dalam protein susu lipas dan dengan cara artificial untuk menghasilkan susu lipas yang baik untuk kesihatan badan manusia.
Namun secara teknikal, usaha mengeluarkan susu daripada lipas bukannya mudah, para saintis sedang berusaha mendapatkan yis untuk diproses dan menghasilkan susu lipas.
Namun demikian, sama ada masyarakat boleh terima atau tidak susu lipas, itu boleh dikatakan cerita lain pula.- CARI