CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2303|Reply: 0

Anak Tidak Pandai Bergaul, Jangan Risau, Ikuti Cara Berikut

[Copy link]
Post time 27-5-2016 05:01 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




Seperti kata perpatah, 'Melentur Aur, Biarlah Dari Rebungnya', ini bermakna kalau nak membentuk perwatakan seseorang, peringkat umur yang paling mudah adalah pada zaman kanak-kanak.


Tidak dinafikan juga, terdapat pelbagai perwatakan pada seseorang kanak-kanak. Ada yang nakal dan suka megusik orang lain sehingga tiada kawan, ada pula pendiam atau tidak minat bercampur orang dan yang paling merimaskan adalah mereka yang jenis terlalu peramah atau manis mulut.


Sebenarnya ibu bapa sendiri boleh membantu merangsangkan cara pergaulan dan perkembangan sosial anaknya, dan ini adalah langkah yang paling berkesan.


Selain kemahiran berinteraksi dengan orang untuk berkawan, bergaul atau bersosial turut merangkumi etika dan displin pergaulan setiap hari.


Berikut beberapa cara yang boleh dirujuk buat ibu bapa sekalian.







sumber foto: http://www.sehatmagz.com/



1. Berikan perhatian yang sewajarnya
Biasanya kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian ibu bapa, mereka ni akan berdepan masalah perkembangan sosial yang tidak normal.  
Kurangkan penggunaan perkataan “tidak” atau “jangan” sebaliknya cuba tambah sesi bermain bersama, berkomunikasi.  Berikan mereka peluang meneroka persekitaran.



2. Menemukan dengan anak-anak kawan kenalan
Bawa anak sekali sekiranya keluar bersantai dengan kawan supaya mewujudkan satu peluang pergaulan buat anak-anak kita dengan kawan itu. Biarkan mereka berkenalan dan bermain bersama sementara anda dan rakan dengan aktiviti orang dewasa.




sumber foto: http://www.kidhelper.com/

3. Bawa keluar, elak asyik duduk di rumah sahaja
Bawa si kecil ke majlis atau tempat yang mempunyai ramai orang. Contohnya, majlis keramaian atau perpustakaan. Kanak-kanak akan menyerap apa yang dilihat.
Bawa juga anak bermain di taman permainan. Sambil bermain, mereka akan belajar bergaul dengan kanak-kanak lain. Si kecil perlu dilatih untuk berkongsi, menyelesaikan konflik sesama rakan sebaya serta menikmati keseronokan bermain bersama.




4. Mengadakan permainan yang berbentuk lakonan
Mencipta satu permainan suasana yang berunsurkan lakonan. Misalnya anda melakonkan watak tertentu dan dia pula memegang peranan watak yang perlu berkomunikasi. Sebagai contoh, anda melakonkan watak pesakit dan anak menjadi doktor atau jururawat. Gunakan dialog yang sopan, perkataan yang mudah dan suasana yang mesra dan ceria. Ia melatih anak menjadi kreatif dan bijak bersosial.





sumber foto: http://www.atcoblueflamekitchen.com/

5. Kelas hujung minggu
Menggalakkan anak-anak menyertai kelas hobi atau kelas agama pada hujung minggu supaya mereka berpeluang berjumpa dan bergaul dengan kawan-kawan berlainan latar belakang keluarga. Pilihlah kelas yang sesuai dengan minatnya seperti kelas memasak, kelas kraf, kelas berenang dan sebagainya.


Selain belajar kemahiran berkomunikasi, mereka juga menimba ilmu yang bermanfaat.










sumber : pa&ma
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.130791 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list