Artikel Oleh Vincent Loo | Video Oleh Desmond Ling | Suntingan Visual Oleh Yen Jean Siang
Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad kini dilihat semakin jarang "melawak" dan lebih berminat pada bidang pengacaraan.
Dia kini mengacara satu rancangan hiburan "MeleTOP" terbitan ASTRO, bersama Neelofa. Awal tahun ini, dia turut bergandingan bersama pelawak dan pengacara, Jehan Musa mengacara satu rancangan realiti nyayian, Gegar Vaganza musim ke-2.
Dalam satu majlis pelancaran minyak wangi jenamanya sendiri baru-baru ini, wartawan CARI berkesempatan menemubual Nabil Ahmad berkenaan "perubahan kariernya" itu.
Diakhir temubual, Nabil menzahirkan rasa syukur kerana masih diberi peluang berganding dengan pelakon Neelofa, Datuk AC Mizal dan Jihan Muse untuk mengendalikan Anugerah MeletOP ERA 2016 selama tiga tahun berturut-turut.- CARI Infonet.
|