CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10193|Reply: 28

Tamadun Tertua Asia Tenggara ialah di Sungai Batu?

[Copy link]
Post time 25-5-2016 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Kompleks Arkeologi Sungai Batu Diisytihar Tamadun Terawal, Tertua Asia TenggaraOleh Ismail Amsyar Mohd Said & Sakini Mohd Said

SUNGAI PETANI, 23 Mei (Bernama) -- Kompleks Arkeologi Sungai Batu hari ini melakar sejarah buat negara dan Asia Tenggara apabila diisytihar secara rasmi sebagai tamadun terawal dan tertua di rantau itu.

Acara bersejarah itu diabadikan melalui penyerahan plak pengisytiharan oleh pakar arkeologi daripada Universiti Oxford, Profesor Dr Stephen Oppenheimer kepada Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global di Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Mokhtar Saidin.

Ia berlangsung pada majlis penutupan Festival Kedah Tua 2016 di sini yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya Kedah Datuk Mohd Rawi Abd Hamid yang mewakili Menteri Besar Kedah.

Lima pakar arkeologi mewakili lima tamadun utama dunia iaitu Mesopotamia, Indus, Mesoamerica, China dan Greek-Rome menandatangani plak pengisytiharan itu, kata Mokhtar kepada Bernama.

"Malangnya pakar arkeologi Mesir, Dr Zahi Hawas, tidak hadir ke Persidangan Antarabangsa Kedah Tua menyebabkan kita tidak berjaya mendapatkan beliau untuk menandatangani plak itu," katanya.

"Beliau sepatutnya hadir sebagai pakar tamadun Mesir tetapi tidak dapat dihubungi pada saat akhir. Sekiranya ada keperluan untuk kita ke Mesir dan dapatkan tandatangannya, kita akan ke sana," kata Mokhtar.

Menurutnya, pengisytiharan itu akan membantu melancarkan usaha mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) ke arah menjadikan Kompleks Arkeologi Sungai Batu sebagai Tapak Warisan Dunia.

Selain itu, ia juga akan membantu membangunkan tapak arkeologi itu sebagai produk arkeopelancongan, katanya.

"Tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana kita hendak menjalankan usaha pemuliharaan tapak ini pada masa akan datang," tambahnya.

Persidangan Antarabangsa Kedah Tua (KTIC) yang berakhir semalam dianjurkan bersempena Festival Kedah Tua 2016 bagi mengetengahkan tamadun Kedah Tua serta kepentingannya di rantau Asia Tenggara.

-- BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2016 05:19 PM | Show all posts
Hari tu tak sempat bawa anak2 pegi...
Anak aku suka sangat sejarah2 nie...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tmpat die dekat area merbok 2 ke?dkat dgn uitm?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 10:01 PM | Show all posts
MONUMEN TERTUA di Asia Tenggara dan SATU-SATUNYA Senibina di Dunia yang ASASNYA BERBENTUK BULAT.
(Berdasarkan hasil perbincangan Seminar Antarabangsa Lembah Bujang pada Julai 2010 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur)

Monumen Sungai Batu ialah MONUMEN TERTUA DI ASIA TENGGARA yang mempunyai pentarikhan mutlak dan satu-satunya Senibina di Dunia yang ASASNYA BERBENTUK BULAT. Asas berbentuk bulat ini menunjukkan ia TIDAK MELAMBANGKAN  bangunan upacara Agama/fahaman Buddha atau Hindu (bermula dengan empat segi kemudian di atasnya baru bentuk bulat).  Bata daripada senibina dasar yang berbentuk bulat tersebut telah memberikan tarikh 1,900-1,800 tahun dahulu (dengan kaedah OSL- pendar kilau optik- yang memberikan tarikh bata dibuat).  Berdasarkan industri besi yang digunakan sejak abad pertama hingga ke-13 Masihi, maka bangunan yang diekskavasi se dalam 1.5 m ini sudah tentu digunakan daripada semasa ke semasa sepanjang tempoh tersebut.




Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 10:11 PM | Show all posts
Sekitar FESTIVAL KEDAH TUA  pada 19-24 Mei 2016

Sejarah kuno mengenai tinggalan-tinggalan artifak dari tamadun 2600 tahun yg lampau di Kedah Tua. Iaitu kira-kira zaman 500-600 tahun sebelum zaman Nabi Isa alaihissalam tanahair kita sudah ada kilang melebur besi di Kedah Tua.  Peleburan besi adalah peringkat yang paling tinggi didalam industri berat di seluruh dunia. Memerlukan suhu sekitar 1600 darjah celcius baru bijih besi tu mampu terlebur.. Dan cuba bayangkan pada zaman itu cuma ada ketuhar yang diperbuat daripada tanah liat dan kayu bakau. Berapa lama perlu menunggu suhu 1600 darjah celcius tu tercapai dan bagaimana proses mengekalkan suhu pada 1600 darjah celcius sehingga semua bijih besi mencair untuk dijadikan jongkong?. Dari situ kita boleh fikir, tanpa kepakaran dan ilmu, kesemua ini tak akan mampu dilakukan.








Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 10:20 PM | Show all posts
Penemuan beratus-ratus tuyere di Tapak Arkeologi Sungai Batu membuktikan satu misteri kira-kira 500 tahun Sebelum Masehi; satu perindustrian berat dalam sektor perkilangan logam telah berjalan dalam skala besar di Sungai Batu pada suatu ketika dahulu. Ini telah mengubah tipikal gambaran tentang kehidupan sosio-ekonomi orang-orang di rantau ini terutamanya orang Melayu pada zaman silam. Suasana revolusi perindustrian, dengan berpuluh-puluh relau dan ratusan pekerja pengeluaran, pembungkusan dan logistik, material yang telah siap, dibawa ke kapal-kapal dan akhirnya dieksport ke luarnegara.

Ikuti kajian ringkas ini.

Tamadun Sungai Batu dikenali dengan industri logamnya berdasarkan penemuan relau-relau atau ‘gok’ (dalam keadaan tidak lengkap) serta bijih besi, sisa besi, tuyere (alat peniup angin) dan sisa relau.

Menurut Iklil Izzati Zakaria, pelajar Kedoktoran (PhD) yang dipetik dari Berita Kampus USM, kaedah yang digunakan untuk mendapatkan besi pada ketika itu, ialah dengan meleburkan bahan mentah besi bercampur pasir, arang dan kapur.

Setelah semuanya cair, ianya akan mengalir keluar daripada relau. Relau juga dipecahkan untuk mendapat besi di dalamnya. Hasil kajian mendapati usia perusahaan besi lama ini telah mencecah 380 tahun Sebelum Masihi. Hasil dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa masyarakat tempatan pada ketika itu memiliki teknologi dan kemahiran yang tinggi dalam perindustrian besi.

Gok atau relau peleburan boleh dijumpai di Jeniang dan di Sungai Batu sendiri. Tahap peleburan besi murni ialah 1540°C, bayangkan penggunaan teknologi dalam industri berat yang telah dicapai oleh orang-orang Melayu pada masa itu. Di bawah ini adalah relau-relau purba yang ditemui di Jeniang dan gambar Prof. Dr. Mokhtar Saidin  memberi penerangan bersebelahan sebuah relau yang ditempatkan di Tapak Arkeologi Sungai Batu.

Tuyere.
Salah satu objek penting yang ditemui adalah tuyere, yang merupakan salah satu perkakas penting dalam proses peleburan dan pemprosesan besi.


contoh Tuyere zaman Kedah Tua (500-600 tahun sebelum Nabi Isa)




Ini adalah longgokan artifak tuyere yang ditemui di Tapak Arkeologi Sungai Batu.



Tuyere adalah satu istilah ilmu logam yang merujuk kepada alat pembukaan yang boleh ditiup di mana oksigen atau udara dihantar ke bahagian dalam relau untuk membantu meningkatkan suhu untuk mencairkan pelbagai jenis logam. Peranti ini sering berbentuk seperti tiub atau muncung yang melekat ke dalam relau dari luar dan biasanya diperbuat daripada tembaga atau besi tuang.


Biasanya satu set peniup atau enjin letupan disambungkan ke tuyere, memaksa udara atau oksigen melalui dan masuk ke dalam peranti peleburan. Jenis yang lebih kuno daripada relau seringkali hanya mempunyai satu tuyere, manakala relau perindustrian moden boleh mempunyai lebih daripada 40 tuyere yang berfungsi untuk membantu membuatkan suhu yang lebih tinggi. Perkataan tuyere berasal dari perkataan Jerman Kuno ‘tuyau’, yang bermaksud ‘paip’ dan alat ini juga boleh dipanggil tu-iron, twyer atau twire-pipe.



Peleburan besi dan lain-lain logam seperti timah dan tembaga telah diamalkan oleh manusia sejak beribu-ribu tahun. Jenis teknik atau sistem peleburan yang paling awal yang mampu meleburkan besi adalah jenis yang dipanggil ‘bloomery‘. Bloomery biasanya terdiri daripada struktur pit atau cerobong, dengan tuyere logam mahupun diperbuat dari tembikar akan menyalurkan udara melaluinya. Pelebur ini menghasilkan ‘bloom‘ , yang bermaksud jisim terdiri daripada kerak dan bijih besi yang mana boleh menghasilkan besi tempa.


KESIMPULAN

Mereka yang memiliki pengetahuan dalam ilmu perkilangan logam tahu bahawa tamadun purba ini begitu menakjubkan, berdasarkan artifak puing-puing yang ditinggalkan.

Penemuan beratus-ratus ribu (ada yang mengatakan jutaan) alat tuyere ini adalah luarbiasa; ini menimbulkan persoalan, adakah ia memang digunakan untuk aplikasi sistem relau bagi kegunaan industri sendiri ataupun, ia adalah material business-to-business  yang mana ia dihasilkan untuk keperluan industri logam di tempat-tempat lain? Ini sama misteri dengan penemuan alat-alat batu yang begitu banyak di Lembah Lenggong, mengacu kepada hipotesis bahawa Lembah Lenggong adalah pusat pengeluaran alat-alat batu untuk pasaran sekitar.

teknologi Tuyere zaman industri hari ini






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2016 10:24 PM | Show all posts
Tapak peleburan besi di Sungai Batu - Bukti Kedah sudah mengeksport besi sejak lebih 2000 tahun lalu!


Tamadun kuno yang dijumpai di Sungai Batu sudah disahkan berusia 500-600 tahun sebelum masihi (sebelum Nabi Isa). Pengesahan dibuat melalui  pengesahan pentarikhan artifak2 Sg Batu yg dihantar ke Korea Selatan utk ujian carbon dating. Kalaulah  artifak2 ini (setakat hari ini beribu2 sudah ditemui) ditemui di negara lain, dah tentu pemimpin negara itu berusaha sedaya upaya untuk pertahankan peninggalan sejarah yang ada & seluruh media mrk akan membuat publisiti hingga ke peringkat antarabangsa. Malah pembikin2 filem mrk akan menjadikan tapak ini sebagai story line filem2 sejarah mereka yg hebat.





Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 09:02 AM | Show all posts
TAMADUN MELAYU KEDAH, YG JAUH LEBIH LAMA DARI TAMADUN ZAMAN NABI ISA, TAMADUN BOROBUDUR & TAMADUN ANGKOR WAT

Bercerita mengenai kegemilangan pensejarahan bangsa Melayu dahulunya, perkara tersebut sering kali dipertikaikan oleh pelbagai pihak. Lebih menambahkan kebingungan, apabila terdapat pihak yang mengatakan bahawa ketika bangsa Melayu ditemui pada suatu ketika dahulu, mereka digambarkan cukup daif dengan hanya mengenakan cawat.
Namun kini, penemuan di Lembah Bujang amnya dan kawasan Sungai Batu khususnya telah membawa satu kejayaan dalam usaha memartabatkan kajian dan penyelidikan pensejarahan bangsa Melayu di Asia Tenggara.

Kajian terhadap Lembah Bujang telah dimulakan H.G. Ouaritch-Wales sejak tahun 1840-an lagi. Terdapat 29 tapak candi yang ditemui di kawasan Lembah Bujang pada ketika itu seperti Candi Bukit Batu Pahat,dan Candi Kampung Pangkalan Bujang. Penemuan-penemuan tersebut telah membuktikan bahawa, wujud sebuah kerajaan masyhur yang menerima pedagang dari seluruh Asia.

Namun, kerajaan yang pada awalnya dikatakan wujud pada kurun ke-5 Masihi ini telah menerima satu dimensi baru dalam pensejarahannya setelah kawasan Sungai Batu ditemui.
Penemuan tapak ekskavasi Sungai Batu yang berkeluasan 4 kilometer (km) persegi bermula apabila Jabatan Warisan Negara (JWN) meminta agar Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM) untuk melengkapkan data kawasan Lembah Bujang.

“Walaupun kami telah menerima arahan untuk melengkapkan data Lembah Bujang pada tahun 2007 namun, kerja-kerja ekskavasi oleh PPAG hanya bermula pada tahun 2009 setelah menerima geran penyelidikan di kawasan tersebut daripada JWN dan USM”, terang pengarah PPAG, Profesor Dato Dr Mokhtar Saidin,

Tambah beliau lagi, sewaktu PPAG diberikan kepercayaan untuk melengkapkan data Lembah Bujang, banyak persoalan yang timbul terutamanya mengenai usia artifak, monumen dan struktur yang ditemui. Setelah meneliti kajian dan penyelidikan sebelum ini, timbul persoalan mengenai tarikh-tarikh kewujudan kerajaan Kedah Tua yang dikatakan pada ketika itu wujud paling awal pun pada kurun ke-4 atau kurun ke-5 Masihi.

Melihat kepada kawasan kajian sebelum ini, beliau dapat merasakan masih ada yang belum diterokai mengenai Kerajaan Kedah Tua ini sedangkan Selat Melaka telah lama wujud dan tidak mustahil kerajaan Kedah Tua juga mungkin telah lama wujud.

“Saya mula melakukan pemetaan semula kawasan tersebut bagi mengenalpasti bentuk muka bumi di kawasan tersebut dan paras air laut sekurang-kurangnya pada kurun pertama Masihi. Hasil pemetaan mendapati, paras air pada kurun pertama berbeza dan penemuan yang telah dijumpai sebelum ini sebenarnya berada di bawah paras air pada ketika itu”, jelas prof.

Menurut beliau lagi, setelah keputusan pemetaan siap, beliau telah meninjau kawasan Sungai Batu yang berada jauh ke dalam berbanding kawasan-kawasan tapak ekskavasi sebelum ini. Tinjauan pertama beliau di kawasan ladang kelapa sawit tersebut ternyata tepat apabila kelihatan bongkahan bata telah timbul di permukaan tanah akibat daripada hakisan.
Setelah lima tahun menjalankan kerja-kerja ekskavasi di Sungai Batu sebanyak 49 buah tapak telah dibuka daripada 97 buah tapak yang ditemui. Tapak-tapak ini memainkan fungsi-fungsi yang berlainan. Sehingga ke hari ini, terdapat empat fungsi-fungsi yang telah dikenalpasti iaitu tapak ritual, tapak pelabuhan, tapak peleburan besi dan tapak pentadbiran.
Misalnya, tapak ritual yang ditemui ialah sebuah struktur bulatan yang dilihat mempunyai ciri-ciri animisme yang mungkin digunakan oleh masyarakat terdahulu untuk menyembah Gunung Jerai yang terletak ke utara kawasan tersebut.

Struktur bongkahan bata yang bersifat setempat jelas membuktikan bahawa senibina tersebut adalah hasil orang tempatan yang mungkin pernah tinggal di kawasan tersebut.
Penemuan tersebut juga membuktikan bahawa bangsa Melayu pada ketika itu, sebenarnya telah memiliki kemahiran yang tinggi untuk menghasilkan bongkahan bata. Di samping itu, penemuan tersebut telah membuktikan bahawa kepercayaan animisme diamalkan sebelum pengaruh agama Hindu- Buddha tiba di Kedah pada kurun ke-5 Masihi yang kemudiannya disusuli dengan agama Islam pada kurun ke-12 Masihi.

Selain itu, di kawasan tapak peleburan jelas kelihatan bijih besi, sisa besi, tuyere (alat peniup angin) dan sisa relau. Menurut Iklil Izzati Zakaria, pelajar Kedoktoran (PhD), kaedah yang digunakan untuk mendapatkan besi pada ketika itu, ialah dengan meleburkan bahan mentah besi bercampur pasir, arang dan kapur.
Setelah semuanya cair, ianya akan mengalir keluar daripada relau. Realau juga dipecahkan untuk mendapat besi di dalamnya. Hasil kajian mendapati usia perusahaan besi lama ini telah mencecah 380 tahun Sebelum Masihi. Hasil dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa masyarakat tempatan pada ketika itu memiliki teknologi dan kemahiran yang tinggi dalam perindustrian besi.

Menurut penulisan I-Ching, seorang pengembara daripada tamadun China mengatakan bahawa beliau telah singgah di Chiah-cha pada ketika itu dan mengambarkan kerajaan Kedah Tua sebagai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan yang teragung di rantau Asia.

Berdasarkan rekod saintis Islam, Al-Biruni dan Al-Kindi, besi di Kedah Tua (Kalah) adalah besi yang terbaik di dunia.

Penemuan Relau Jeniang misalnya, telah membuktikan bahawa masyarakat tempatan pada ketika itu telah memiliki kemahiran yang tinggi dalam pengawalan suhu dan pembuatan relau.

Penemuan 12 buah tinggalan struktur lama berdekatan dengan kawasan pelabuhan Sungai Batu kuno membuktikan bahawa terdapat urusan pentadbiran yang dilakukan untuk membantu sistem perdagangan Kedah Tua yang mengurus dan mengawal selia kerajaan Kedah Tua yang dikatakan sedang berkembang pesat pada waktu itu.
Terdapat lapan tapak pelabuhan yang telah ditemui dan berjaya diekskavasi di kawasan Sungai Batu kuno. Walaupun keadaan Sungai Batu kuno sudah tidak seperti dahulu lagi namun, masih terdapat laluan air dan tumbuhan paya yang masih boleh dilihat di kawasan tersebut. Tambahan pula, penemuan beberapa lantai jeti di tapak-tapak berhampiran Sungai Batu kuno memberikan gambaran bahawa kawasan tersebut pernah menjadi sebuah kawasan pelabuhan yang pesat. Penemuan tiang layar dan paku di kawasan tasik kuno pula memperkukuhkan lagi bukti bahawa kawasan tersebut sememangnya sebuah pelabuhan lama yang menerima kunjungan banyak kapal-kapal dagang.
Tambah Iklil Izzati bagi memastikan setiap pentarikhan artifak, struktur dan monumen adalah tepat. Kaedah Optically Stimulated Luminescene (OSL) dan radiokarbon telah digunapakai. Kaedah OSL adalah sebuah kaedah yang digunakan bagi mengkaji usia bongkahan bata dan struktur sesuatu monumen.
Melalui kaedah ini sampel bata akan diambil untuk menentukan tarikh terakhir kuarza di dalam bata tersebut terdedah kepada cahaya matahari yang secara langsung memberikan tarikh bila bata dibuat.

Manakala kaedah radiokarbon pula melibatkan kajian terhadap usia sisa-sisa arang atau abu dengan mengesan tahap karbon yang ada pada sisa-sisa arang atau abu tersebut. Walau bagaimanapun, kaedah kajian melalui teknologi ini masih belum terdapat di Malaysia dan pentarikhan kawasan Sungai Batu kuno ini dilakukan oleh beberapa makmal di Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan. Misalnya, makmal Radiocarbon Beta, Florida Amerika Syarikat yang melakukan kajian melalui kaedah Radiokarbon.
Sehingga hari ini tapak kerajaan Kedah Tua dianggarkan telah mencapai keluasan sehingga 1,000 km persegi dan melibatkan hampir sebahagian besar kawasan di utara Kedah.
Kronologi pensejarahan Kedah Tua sekarang ini jelas bermula di Sungai Batu.

Ketamadunan kedah Tua sememangnya masih banyak yang perlu dirungkai. Masih terdapat sebanyak 51 tapak yang masih belum diekskavasi dan dibuka serta tidak mustahil pelbagai penemuan dapat diterokai pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, penemuan pada hari ini sudah cukup membuktikan bahawa ketamadunan kerajaan Melayu telah lama wujud di Asia Tenggara lantas menolak fakta kajian sebelum ini yang mendakwa bahawa kerajaan Kedah Tua hanya wujud pada kurun ke-4 dan kurun ke-5 Masihi.
Jelaslah bahawa penyelidikan yang dilakukan oleh pihak PPAG, USM telah berjaya untuk membuktikan bahawa pensejarahan ketamadunan bangsa Melayu telah bermula lebih awal, iaitu pada 487 tahun Sebelum Masihi berbanding tarikh yang telah diuar-uarkan sebelum ini

Kejayaan ini telah membawa satu titik tolak baharu kepada pensejarahan bangsa Melayu dan ketamadunan terawal di Asia Tenggara iaitu kerajaan Kedah Tua yang sebenarnya telah mencecah usia sejak 2,200 tahun dahulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2016 09:13 AM | Show all posts
Penemuan tamadun 500 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa di Sungai Batu Kedah adalah amat mengejutkan ramai ahli sejarah tempatan & antarabangsa.











Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 09:18 AM | Show all posts
Penemuan kajian Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia tentang zaman besi di Asia Tenggara.

Kesemua tempat tamadun lain (seperti dalam gambar) yang mempunyai hasil besi ini tidak dijumpai fungsi lain selain berkaitan besi. Ada yang ditemui tapak peleburan besi tetapi tidak mempunyai fungsi yang banyak sebagaimana di Sungai Batu Kedah. Sungai Batu hampir melengkapi fungsi sebuah pusat tamadun kerana adanya pelabuhan, ekonomi yang sangat jelas, tapak ritual keagamaan atau kepercayaan dan pembinaan bangunan pentadbiran. Di setiap tempat yang bertanda di dalam gambar tidak dijumpai sebagaimana dijumpai di tapak arkeologi Sungai Batu Kedah.


Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 09:21 AM | Show all posts
Tamadun Kedah Tua perlu segera dimasukkan dalam buku teks Sejarah



-Bernama

ALOR SETAR, Selasa – Fakta baharu mengenai Kedah Tua, yang diisytihar sebagai tamadun terawal dan tertua di Asia Tenggara perlu segera dimasukkan dalam buku teks sejarah yang digunakan di sekolah.

Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Prof Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusof berkata, ia bagi memastikan generasi muda tahu tentang kewujudan khazanah berusia lebih 2,000 tahun yang terletak di Kompleks Arkeologi Sungai Batu.

“Sejarah ini bukannya mitos, atau lagenda semata-mata tetapi ia sesuatu yang perlu menjadi kebanggaan kita rakyat negara ini bahawa kita punya tamadun tertua di Asia Tenggara,” katanya kepada Bernama.

Pada 23 Mei lalu, kompleks arkeologi Sungai Batu diisytihar sebagai tamadun terawal dan tertua di rantau ini dan lima pakar arkeologi mewakili lima tamadun utama dunia iaitu Mesopotamia, Indus, Mesoamerica, China dan Greek-Rome menandatangani plak pengisytiharan itu.

Acara bersejarah itu diabadikan melalui penyerahan plak pengisytiharan oleh pakar arkeologi dari Universiti Oxford, Profesor Dr Stephen Oppenheimer kepada Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global di Universiti Sains Malaysia, Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin.

Sementara itu, Penyelaras Program Mencari Kedah Tua, Nur Dini Mohd Noh turut berpendapat penggubalan buku teks sejarah bagi memasukkan fakta baharu berhubung Kedah Tua adalah penting bagi memberi pemahaman dan penerangan kepada masyarakat yang kebanyakannnya tidak mengetahui tentang sejarah Kedah Tua.

“Perlu diletakkan Kedah Tua bukannya milik Kedah tetapi milik negara, maka penerangan adalah perlu dengan membawa maksud pemilikan tamadun bukan bersifat kenegerian. Ia milik negara. Apabila dikatakan milik negara maka tumpuan hebahan adalah meluas,” katanya.

Sementara itu, Dr Mokhtar berkata, perkara penting yang perlu dilakukan ketika ini ialah melengkapkan data-data tamadun bagi membolehkan data sedia ada dikemas kini.

“Kajian tapak penginapan, perkuburan, pentadbiran, kilang bata dan lain-lain perlu dilengkapkan terlebih dahulu,” katanya.

Sebelum ini, beliau memberitahu bahawa sejak tamadun Kedah Tua ditemui pada 2007, pihaknya telah melakukan pengumpulan data yang lebih holistik bagi membolehkan ia dimasukkan dalam silibus pembelajaran sedia ada.

Namun, katanya ia mengambil masa yang agak lama memandangkan masih banyak lagi tapak-tapak arkeologi yang belum diekskavasi kerana masalah kewangan, selain penemuan-penemuan baharu sepanjang kajian dilakukan.  – Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 09:25 AM | Show all posts
Persiapan contoh replika relau pembakaran bata dan melebur besi untuk Festival Kedah Tua 2016 pada 20 hingga 23 mei 2016 di Tapak Arkeologi Sungai Batu, Kedah, Malaysia.





Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 09:29 AM | Show all posts
Sidang media Festival Kedah Tua 2016 bersama pakar-pakar sejarah dan pakar-pakar arkeologi dari dalam dan luar negara yang terlibat dalam Kedah Tua International Conference baru-baru ini.













Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 09:45 AM | Show all posts
LOKASI TAPAK TAMADUN KEDAH TUA DI SUNGAI BATU, KEDAH

Tamadun Kedah Tua di Sungai Batu tidak jauh jaraknya dgn Tamadun Rom. Kedah Tua menjadi pengeksport jongkong besi ke seluruh dunia pada zamannya. Sungai Merbok dan sekitar pernah menjadi pusat pelabuhan purba yang sangat sibuk pada zamannya. Bukti-bukti tapak pelabuhan dan peleburan besi yang bertarikh 500-600 tahun sebelum Masehi adalah suatu penemuan yang mengejutkan.


Zoom dan lihat sendiri perbanding masa antara peradaban tamadun KEDAH TUA di Sungai Batu dengan peradaban utama dunia lain. Anda akan sedar betapa hebatnya tamadun KEDAH TUA!


Kompleks purba Sungai Batu yang paling mendapat perhatian, iaitu tapak ritual agama. Di atas itu ialah cermin yg diletak bagi menunjukkan kpd pengunjung (secara refleksi) bulatan di tengah2 bangunan ritual agama. Di dapati melayu kedah tua pada zaman itu bukan beragama buddha mahu pun hindu tetapi beragama anamisme kerana pusat ritual yang menghadap ke Gunung Jerai ('semangat gunung').














Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 09:55 AM | Show all posts


Tapak sungai kuno. Disinilah tertanamnya kapal purba yg berjaya di scan mengguna teknologi mesin scan arkeologi oleh team Prof. Dr Mokhtar Saidin


Antara mesin scanner arkeologi yang dipamerkan kepada pengunjung.



Antara tapak yg diekskavasi. Ditemui ribuan tuyere (lubang angin bagi relau peleburan besi). Ini membuktikan betapa mega & rancaknya industri peleburan besi bertaraf dunia yg dijalankan di sini oleh bangsa melayu KEDAH TUA. Teknologi pembuatan besi kita adalah yg terbaik di dunia pada zaman itu.



Relau peleburan besi purba yg ditemui di Jeniang, Kedah. Lebih kurang sebesar 3 pemeluk dan 4 kaki tinggi


Replika relau. Replika ini terlalu kecil berbanding relau purba yang asal.


Replika relau peleburan besi untuk pameran di Sungai Batu


kerja-kerja di tapak arkeologi yang sedang berjalan

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 09:57 AM | Show all posts
TerompahMerah replied at 7-6-2016 08:01 PM
Tmpat die dekat area merbok 2 ke?dkat dgn uitm?

ya. dekat saja dgn uitm merbok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2016 09:59 AM | Show all posts
zameyla replied at 25-5-2016 05:19 PM
Hari tu tak sempat bawa anak2 pegi...
Anak aku suka sangat sejarah2 nie...

blh melawat tapak arkeologi ni anytime..  buka 7 hari seminggu dari pukul 9am-5pm. kecuali Hari Raya Puasa & Hari Raya Haji.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul tuh. Teknologi melayu amat tinggi sejak zaman purba ketika orang Eropah masih lagi memakai cawat
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2016 11:42 AM | Show all posts
teknologi tanah melayu dah tinggi katanya... tapi omputeh siap bole wat kapal menjajah kat negara kita...choi
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 10:50 AM | Show all posts
jetonkepoh replied at 13-8-2016 11:42 AM
teknologi tanah melayu dah tinggi katanya... tapi omputeh siap bole wat kapal menjajah kat negara ki ...

Setakat negara bejuta juta penduduk menang lawan  negara berpuluh ribu penduduk pun lu heran ka? Hahahahaaaarkptuih
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.184932 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list