CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11811|Reply: 1

[Dunia] Saintis Jepun hasilkan 'robot tersenyum' guna kulit hidup​

[Copy link]
Post time 28-6-2024 04:04 AM | Show all posts |Read mode



Saintis Jepun hasilkan 'robot tersenyum' guna kulit hidup​Jun 27, 2024 @ 2:23pm



Bahan mirip kepada kulit hidup dan boleh dilekapkan pada permukaan robotik serta mampu mempamerkan senyuman. - Foto AFP


TOKYO: Sepasukan saintis Jepun menggunakan sel manusia sebagai asas bagi mencipta bahan mirip kepada kulit hidup dan boleh dilekapkan pada permukaan robotik serta mampu mempamerkan senyuman.

Pasukan penyelidik dari Universiti Tokyo menerbitkan penemuan mereka minggu ini, bersama video menunjukkan sekeping bahan leper warna merah jambu yang melekit, dengan apa yang nampak sebagai senyuman, namun kelihatan agak menyeramkan.

Berdasarkan kajian yang dimuat naik dalam jurnal Cell Reports Physical Science, pakar robot biohibrid itu berharap satu hari nanti teknologi terbabit akan dimanfaatkan dalam penciptaan android dengan keupayaan dan penampilan seperti manusia.
Mereka menggunakan 'lapisan gel sel pembentuk kulit' untuk mencipta 'robot yang diliputi kulit hidup'.


"Kami juga berharap ini akan membantu memberi penerangan lebih baik mengenai pembentukan kedutan kulit dan fisiologi riak muka serta membantu membangunkan bahan pemindahan dan kosmetik," kata pasukan diketuai oleh Prof Shoji Takeuchi.

Bahan baharu itu boleh merekodkan peralihan daripada robot humanoid tradisional ditutup dengan kulit kelihatan tulen, yang selalunya diperbuat daripada getah silikon, tetapi ia tidak boleh berpeluh atau menyembuhkan dirinya sendiri.

Matlamat saintis adalah 'memberikan robot keupayaan menyembuhkan diri yang wujud dalam kulit biologi', tetapi pada masa ini ia belum ada lagi.

Dalam kajian terdahulu, mereka mencantumkan luka dengan kolagen pada kulit yang tumbuh di makmal bagi meliputi jari robot, untuk menunjukkan cara ia boleh diperbaiki.

Bagaimanapun, pasukan saintis itu berkata, usaha mereka menjalankan ujian pembaikan serupa pada kulit robotik yang tersenyum 'adalah cabaran masa depan'.

Oleh itu, bagi mencipta apa digambarkan mereka sebagai 'senyuman semulajadi' yang nampak normal, mereka mencampurkan gelatin pada tisu umpama kulit dan meletakkannya dalam rongga robot bagi tumbuh sendiri.

Pendekatan yang digunakan itu diilhamkan daripada kaedah bagaimana ligamen pada kulit sebenar manusia menyembuhkan luka yang dialami. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2024/06/1264173/saintis-jepun-hasilkan-robot-tersenyum-guna-kulit-hidup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2024 05:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.043185 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list