CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1286|Reply: 17

Kaka Azraff Dedah Pernah Dapatkan Bantuan Pakar Terapi – ‘Kena Sayang Diri Kita…’

[Copy link]
Post time 12-8-2026 11:57 AM | Show all posts |Read mode





Penyanyi, Kaka Azraff mendedahkan pernah mendapatkan bantuan pakar terapi ketika berdepan detik sukar dalam kehidupannya apabila sering meletakkan kesalahan pada diri sendiri atas apa yang berlaku.

Ketika ditemui OhBulan!, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 37, berkata keputusan tersebut dibuat atas dorongan dirinya sendiri ketika berdepan kemelut rumah tangga

Kata penyanyi lagu Gila itu, selepas menghadiri sesi terapi, fikirannya menjadi lebih terbuka dalam memahami masalah yang selama ini menyelubungi dirinya.






Saya pergi tahun lepas ketika bulan puasa. Keluarga saya tidak mengetahui mengenai perkara ini tetapi kawan baik saya, Shalma Ainaa tahu.

Saya pergi ke sesi terapi itu sebanyak tiga kali kerana saya rasa saya banyak menyalahkan diri sendiri seperti merasakan diri saya seorang wanita yang kurang bersyukur sebab itu yang ‘disuapkan’ kepada saya.

Kaka berkata demikian ketika ditemui selepas pertunjukan fesyen KLFW X Tomei Collection bersempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026, pada petang Jumaat.

Bercerita mengenai itu, Kaka berkata sebelum ini dia terlalu mengutamakan anak-anaknya sehingga dirinya sendiri sering diletakkan di tempat terakhir.

Bagaimanapun, Kaka menyedari cara itu tidak sihat dan mula memahami pentingnya menjaga diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengutamakan orang lain, lebih-lebih lagi sebagai seorang ibu.

Bila dah jumpa pakar terapi itu, dia nasihatkan untuk ubah lifestyle, kena sihat, dapatkan tidur yang cukup.

Dulu ketika saya berada di fasa sedih itu, saya hanya berfikir tentang anak, tidak pernah fikir tentang diri saya.

Saya sedar perkara itu tidak sihat dan sebenarnya kita kena sayang diri kita. Itu yang saya belajar.

Kata Kaka, dia menemukan ketenangan menerusi nyanyian malah menjadi salah satu cara yang membantunya keluar daripada zon kesedihan.

Kalau menyanyi, saya suka sebab bagi saya, itulah tempat untuk saya menyalurkan apa yang saya rasa selain ketika saya bersendirian.

Bila saya menyanyi, saya rasa macam keluar sekejap daripada zon kemurungan itu.

Terdahulu, Kaka dan bekas suaminya, Adam Azriff sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Jun lalu.

Untuk rekod, sebelum ini Kaka pernah bercerai pada Oktober 2024 namuan kembali rujuk pada awal tahun 2025 semasa tempoh iddah.

Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2026 12:15 PM | Show all posts
lain beno gambar atas dgn bawah
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2026 12:21 PM | Show all posts
Saja je kan letak gambar tak edit dengan gambar edit sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2026 12:32 PM | Show all posts
ingatkan azharina azhar gambar she yang tak edit tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2026 12:48 PM | Show all posts
Kejamnya letak gambar edit dgn tak edit
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2026 02:18 PM | Show all posts
Gambar atas tu orang lain kan? Sebab yg atas pakai rantai.. yg bawah takde
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2026 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla sertakan pic before and after
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2026 05:00 PM | Show all posts
lain nau muka kaka...seriouslah dia baru late 30s kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2026 05:49 PM | Show all posts
gambar atas tu maskulin benor rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2026 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde yang komen pasal dia pergi terapi ke?
Semua komen pasal gambar.
(termasuklah iolss )
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2026 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2026 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm papau pun ada gambo yg atas tu
sakan belanja bahu dompot
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2026 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Exlaki dia ada sakit mental kan tak silap bipolar ke skizo entah. Takpala jodoh setakat tu, yg penting healthy parent to raise healthy kid. Kesian anak2 kalau dapat makpak problem
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2026 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
So jgn tinggal serumah dgn org mental verbal abuse kaki pukul mulut jahat bebel dgn korang sekali kena penyakit yg sama dgn mereka tapi jaga2 mungkin ada anak mewarisi penyakit bawaan genetik dah tua masalah dgn anak pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2026 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat pakai nampak bahu nak cari boyfriend ka
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2026 09:35 AM | Show all posts
ninja boy replied at 12-8-2026 06:41 AM
So jgn tinggal serumah dgn org mental verbal abuse kaki pukul mulut jahat bebel dgn korang sekali ke ...

One of my sister pernah dapat laki narsis, dia tak memukul, tapi mulut dia jenis tajam, perli/sindir, pekik-pekik tengking-tengking, ada je benda tak kena, over perfectionist, semua benda salahkan my sister, aku yang pernah lah duduk sekejap-sekejap rumah dia pun rengsek.
Mind you, kakak aku pun kerja, kerja bank pulak, time balik kadang tak menentu ikut daily closing, tapi tak pernah cecah 7.30pm gitulah..sebab dia cari bank yg paling hampir kat rumah dia, masa tu ada anak 2, toddlers selang setahun umur, memang sangat kesian dia kena handle budak, balik masak, kemas, layankan budak2. Laki dia? balik normal office hours kul4-5, balik terus ke rumah, tak ambil anak kat pengasuh, terus tukar baju gi main bola lah, gi gym lah, gi jogging lah. Selagi akak aku x balik keja, dia takkan balik rumah. Bila balik, terus mandi, dah selesa, dah boleh main2 phone baring2 kat sofa while kakak aku struggle masak, layan anak, sambil2 basuh baju. Dia memekak kalau rumah tak kemas, tak ikut 'order' susunan dia, baju tak susun sebaris pun memekak, padahal boleh je kau betulkan.

Lama-lama akak aku burnout, sampai sakit2, kitorg adik beradik ni dtg rumah dia paksa ikut balik kampung rehat. Laki dia baru kena tinggal sehari dah merentan2 sebab semua benda tak reti nak uruskan esp anak. Anak-anak pulak nakal mcm apa hahahahaha.

After 8-10 years gitu diorg divorce, tu pun susah barua tu nak lepaskan sebab nak jadikan kakak aku babu. Nasib baik rumah & kereta tu harta dia beli sebelum kahwin, barua tu ada motor je masa tu... anak-anak dia amik. Kakak aku tak kisah pun sebab budak2 tu ikut perangai ex-laki dia mengarah-arah, cakap kasar, kuat tengking2...sampai aku pernah lempang budak2 tu sebab kurang ajar ngan mak dia.

Sekarang dah bahagia dia dengan laki baru, totally 180 darjah berbeza ngan ex-laki. Anak-anak pun kitorg ignore je sebab memang photostat bapak dia.. hahahaha.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2026 04:41 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 13-8-2026 09:35 AM
One of my sister pernah dapat laki narsis, dia tak memukul, tapi mulut dia jenis tajam, perli/sind ...



Syabas & bravo to kakak uols. lelaki mcm ex BIL uols mmg harus diajar mcm tu. bagi je hak jagaan anak2 kt bapak. sbb tu pompuan kena bekerja. kena ada income & saving sendiri. kalo bergantung kt laki 100% mmg kena buli je jadi babu takleh nak lari
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2026 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
maharani_gebu replied at 12-8-2026 02:18 PM
Gambar atas tu orang lain kan? Sebab yg atas pakai rantai.. yg bawah takde

Betul jugak. Jadi, mana satu Kaka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.047798 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list