|
View: 318|Reply: 6
|
Vietnam bina kapal frigat anti-kapal selam terbesar buatan sendiri
[Copy link]
|
|
|
HANOI: Vietnam memulakan pembinaan kapal frigat anti-kapal selam (ASW) yang disifatkan terbesar dan paling canggih pernah dibangunkan secara domestik, menurut akhbar milik tentera negara itu.
Kapal berkenaan dibina di Limbungan Kapal Song Thu milik Kementerian Pertahanan di Bandaraya Danang, selain sebahagian besar senjata dan peralatan ketenteraan akan dibangunkan atau dipasang di dalam negara, lapor akhbar Quan Doi Nhan Dan, semalam.
Vietnam yang sekian lama terbabit dalam pertikaian maritim dengan China dan negara lain di Laut China Selatan, kini berusaha memperluas keupayaan industri pertahanan domestik sambil mengurangkan kebergantungan terhadap perkakasan ketenteraan import yang sebahagian besarnya diperoleh dari Russia.
Projek itu menggariskan dasar Vietnam untuk membangunkan industri pertahanan yang 'autonomi, berdikari, memperkukuh keupayaan sendiri, guna sama dan moden', menurut kenyataan kerajaan.
Kumpulan telekomunikasi dan teknologi milik tentera, Viettel, bersama unit penyelidikan serta pengeluaran pertahanan lain akan bekerjasama rapat dengan tentera laut dan Song Thu sepanjang pembinaan kapal berkenaan.
Ia termasuk dalam pembangunan serta pemasangan senjata dan peralatan, lapor akhbar itu.
Tentera Laut Vietnam menjalani proses pemodenan besar-besaran sejak beberapa dekad lalu dengan pembelian kapal selam kelas Kilo dan frigat kelas Gepard buatan Russia, selain armada bot peluru berpandu dan kapal peronda yang semakin berkembang dan dibina dalam negara.
Vietnam dijadual menjadi tuan rumah Pameran Pertahanan Antarabangsa Vietnam di Hanoi pada Disember ini, iaitu edisi ketiga acara dwitahunan berkenaan.
Pada masa sama, negara itu berusaha meningkatkan pengeluaran pertahanan domestik serta mempelbagaikan sumber perolehan peralatan ketenteraan. - REUTERS |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
meanwhile kita masih tertunggu lcs walaupun kerajaan silih berganti |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Projek itu menggariskan dasar Vietnam untuk membangunkan industri pertahanan yang 'autonomi, berdikari, memperkukuh keupayaan sendiri, guna sama dan moden', menurut kenyataan kerajaan.
Yess, bravo Vietnam - elevate yourself! jangan contohi satu tempat tu, terkial-kial nak control rongok + geng asia selatan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Negara yg shortage petrol diesel akibat perang Iran usa harus check alternative energy lain pada masa sama bz majukan negara |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 12-8-2026 11:27 AM

Vinfast elec car
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Vietnam punya momentum terbantut sebab perang ja. Bangsa dorang industrious macam cina sekarang dorang dah masuk gear if we don't buck up Malaysia bakal akan kena tinggal tunggu ja lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jiran kita buat lagi banyak kapal peronda corvette sendiri, siap dulu walau mula lambat dari project kita.. sebab apa? politik letak tepilah..
diorang guna teknologi baru.. design dulu semua bahagian kapal dalam digital simulation, get the best design from AI lepas tu build by block ala 3D Printing.. takde lah susah nak dibanding KALAU buat manual, sudahlah lambat, makan kos tinggi dan kualiti mungkin tak cukup bagus nanti..
A digital twin in shipbuilding is a virtual model that mirrors a ship and its manufacturing process. It integrates 3D designs, sensor data, and real-time operational logic to simulate, test, and optimize a vessel from initial concept and shipyard construction through its active lifecycle at sea.
Design and Engineering
3D Modeling: Combines structure, systems, and equipment into a unified virtual prototype before cutting steel.
Clash Detection: Finds and fixes geometric errors or system overlaps early to prevent expensive shop floor rework.
Simulation: Tests hull hydrodynamics, stress points, and weight distribution virtually.
Shipyard Production
Process Optimization: Simulates assembly line layouts, robotic welding temperatures (like friction stir welding), and crane movements.
Resource Planning: Coordinates material flow, module pre-fabrication, and workforce scheduling to cut down build hours.
Digital Thread: Connects suppliers, engineers, and fabricators on one platform for seamless change management.
Operation and Lifecycle
Predictive Maintenance: Links onboard IoT sensors to the virtual model to track engine strain and hull fatigue before failures happen.Voyage Optimization: Runs real-time "what if" scenarios for fuel efficiency, weather routing, and carbon emissions compliance.
Retrofitting: Acts as a historical log to plan future upgrades or green technology installations safely.
Watch this video to see how a living simulation of a vessel tracks its lifecycle and aids in decarbonization:
https://www.youtube.com/watch?v=RwhTVMw8w2g&t=94s
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|