CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 915|Reply: 6

‘Saya di rumah main squishy’ – Sherry Alhadad ‘bukan’ Sherry Ibrahim

[Copy link]
Post time 11-8-2026 11:22 AM | Show all posts |Read mode





“Sudahlah salah orang, tiba-tiba netizen ‘serang’ bentuk fizikal saya pula.”

Demikian rasa terkilan yang diluahkan selebriti versatil, Sherry Alhadad apabila bentuk badannya menjadi menjadi bahan kecaman netizen susulan isu berkaitan anjing bernama Rocky baru-baru ini.

Menurut Sherry atau Sharifah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad, 41, perkara tersebut tercetus apabila ramai menyangka dirinya ialah Sherry Ibrahim susulan memiliki nama yang sama.

“Pada awalnya, saya memang tidak mengendahkan perkara tersebut tetapi lama-kelamaan mereka lemparkan komen negatif mengenai fizikal saya,

“Memang beremosilah sedangkan saya hanya duduk di rumah main ‘squishy’ saja,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, baru-baru ini.

Katanya, serangan terhadap bentuk fizikalnya tidak sepatutnya berlaku dan dia seboleh-bolehnya enggan terjebak dengan sebarang pertelingkahan yang boleh memusnahkan kerjaya seninya.

“Saya masuk dalam industri ini bukan dengan pakej yang lengkap.

“Jadi untuk buat orang percaya dengan bakat saya itu ambil masa yang lama. Kalau boleh tak mahulah semuanya berubah hanya disebabkan isu satu malam sahaja,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia berkata, tindakan bersuara menjelaskan dirinya bukan individu terbabit bukan kerana mahu menunggang isu yang sedang panas diperkatakan sebaliknya ingin membetulkan semula salah faham ramai.

“Niat saya tulis begitu bukan mahu mengeruhkan lagi keadaan atau mahu tunjuk siapa salah, siapa betul sebaliknya mahu meleraikan salah faham.

“Situasi tersebut ibarat diserang hendap. Lainlah kalau perkara tersbeut, memang lainlah situasinya.

“Namun, pendapat orang berbeza-beza cuma saya agak terkejutlah apabila diserang sebegitu,” ujarnya.

Terdahulu, nama Sherry dipetik netizen hanya gara-gara keliru dengan Sherry Ibrahim yang lantang bersuara mengenai isu berkaitan kematian seekor anjing Rocky dalam sebuah operasi di Pelabuhan Klang baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2026 11:59 AM | Show all posts
apabenda laa news ni dah lama kot,
apsal laa hari ni baru nk upload min?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2026 03:15 PM | Show all posts
Patut le FA tak jadi ngan si Sherry  perangai puaka pencinta anjir
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2026 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadah orang tua bangka main squishy masuk news?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2026 09:18 AM | Show all posts
cm_vungtau replied at 12-8-2026 08:14 AM
Jadah orang tua bangka main squishy masuk news?

Squishy itu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2026 09:20 AM | Show all posts

mainan baru jenis jelly2 cmtu ada pelbagai bentuk.. kononnye tmpt hlg stress sbb blh picit2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2026 10:56 AM | Show all posts
BungaKencana replied at 12-8-2026 09:20 AM
mainan baru jenis jelly2 cmtu ada pelbagai bentuk.. kononnye tmpt hlg stress sbb blh picit2

O begitu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.042905 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list