CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 727|Reply: 22

Nicky Liow bukan dilepas tanpa tindakan, kompaun RM10 juta dibayar - Jabatan Peguam Negara

[Copy link]
Post time 7-8-2026 04:35 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan Liow Soon Hee atau Nicky Liow tidak pernah dilepaskan tanpa sebarang tindakan undang-undang, sebaliknya telah membayar kompaun sebanyak RM10 juta mengikut peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penjelasan itu dibuat susulan artikel bertajuk ‘30 CSOs urge AG to explain DNAA for Nicky Liow’ yang diterbitkan sebuah portal berita pada 5 Ogos lalu.

Menurut AGC, Nicky Liow didakwa dengan 26 pertuduhan pengubahan wang haram pada 12 April 2022 di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum pihak pembelaan mengemukakan representasi pada 15 Disember 2022 dan 6 April 2023 bagi memohon semua pertuduhan dikompaun di bawah Seksyen 92 Akta 613.

“Berdasarkan keseluruhan keterangan sedia ada dan berdasarkan penilaian dan pertimbangan pendakwaan, Jabatan ini bersetuju untuk menawarkan kompaun berjumlah RM10 juta.

“Jumlah tersebut telah dipersetujui oleh Nicky Liow dan telah dibayar pada 29 Mei 2023,” katanya.

Menurut AGC, selain pembayaran kompaun, penyelesaian itu turut merangkumi pelucuthakan bon bernilai RM647,366 serta pelucuthakan harta yang telah disita.

Katanya, susulan pembayaran kompaun tersebut, AGC menarik balik semua pertuduhan selaras dengan Seksyen 92 Akta 613 dan pada 15 Jun 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam memerintahkan Nicky Liow dilepaskan serta dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.

AGC menegaskan keputusan itu dibuat mengikut kuasa dan budi bicara Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang berkaitan.

“la juga telah dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang berdasarkan keterangan daripada hasil siasatan secara keseluruhan tanpa dipengaruhi tekanan luar atau sentimen awam dengan mengambil kira integriti proses pendakwaan serta keperluan untuk memastikan ketelusan dalam sistem keadilan jenayah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2026 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak bila AMLA ada compound plak
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 09:07 AM | Show all posts
rule of law madani bekerja
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 11:12 AM | Show all posts
macam tu lah, negara Malaysia duit yang diguna untuk bayar tu, duit scam orang
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 11:45 AM | Show all posts
Aku x paham.
Yang kene SCAM org kebanyakan, yang terima bayaran kompaun org lain.
So duit tipu org tu buat bayar kompaun.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 11:53 AM | Show all posts
L.U.S.M replied at 9-8-2026 07:00 PM
Sejak bila AMLA ada compound plak

Jabatan Peguam Negara tak bgtau ko ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2026 11:53 AM | Show all posts
s@s@ replied at 10-8-2026 09:07 AM
rule of law madani bekerja

kalo rule tu salah

naper x der saper yg challenge
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 12:05 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 10-8-2026 11:53 AM
kalo rule tu salah

naper x der saper yg challenge

tunggu rci la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2026 01:34 PM | Show all posts

adakah tanpa RCI x bole kena kompaun?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 01:35 PM | Show all posts

adakah wajib RCI?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 02:57 PM | Show all posts

sekarang ni sapa pegang kuasa?
sama kes tabung haji, piji bising x jadi apa pun.
tunggu jatuh, buat rci, baru tau apa jadi kat dlm....


Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 02:58 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 10-8-2026 01:34 PM
adakah tanpa RCI x bole kena kompaun?

dekat mana ckp boleh kompaun?
punca kuasa?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 05:52 PM | Show all posts
s@s@ replied at 10-8-2026 02:58 PM
dekat mana ckp boleh kompaun?
punca kuasa?

kalo x der dalam undang2 Mesia

gomen boleh kompaun?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 05:54 PM | Show all posts
s@s@ replied at 10-8-2026 02:57 PM
sekarang ni sapa pegang kuasa?
sama kes tabung haji, piji bising x jadi apa pun.
tunggu jatuh, bu ...

adakah semua kes nak buat RCI?

kes kapal bostead x siap

kes PELDA

kes kapal selam scorpene

kes Altantuya

kes MAS

kes Bank Bumiputera

kes Memali

kes Jana Wibewe

kes Bong Mukhtar

kes..

kes..

kes..





Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang je keje..bnyk duit..bayar kompaun..lepass..yeehaaaa

Tp yela bak kata walanon.. tau tak DNAA tu gapo?? Yelah sat gi kalau geng umngok naik, guna MO yg sama.. jangan merentan
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2026 08:23 AM | Show all posts
pengecatbintang replied at 10-8-2026 05:52 PM
kalo x der dalam undang2 Mesia

gomen boleh kompaun?

dia macam ni la..
ko boleh dakwa, tapi pilih untuk lepaskan.
macam banglo lge dulu, pilih untuk lepaskan..
peguam negara ada power, tapi sebab apa nk lepas?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2026 08:25 AM | Show all posts
pengecatbintang replied at 10-8-2026 05:54 PM
adakah semua kes nak buat RCI?

kes kapal bostead x siap

x perlu rci, kalau yg pegang kuasa siasat betul2....
pasal banyak sgt campurtangan la parlimen desak rci
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2026 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa tujuan AG ni?  Knp ag blh suka suki tarik balik kes, xnk teruskan kes, pendakwaan terpilih bla bla bla? Knp x blh guna loyer biasa fight dkt court?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2026 09:56 PM | Show all posts
s@s@ replied at 11-8-2026 08:23 AM
dia macam ni la..
ko boleh dakwa, tapi pilih untuk lepaskan.
macam banglo lge dulu, pilih untuk le ...

so,

naper ko tak wat report polis

pi cepat report

aku sokong ko


Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2026 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by blastoff at 12-8-2026 07:36 AM
pengecatbintang replied at 11-8-2026 09:56 PM
so,

naper ko tak wat report polis



Superman hew dap walau dah ada laporan polis terhadap ucapan nya,

dah ada siasatan polis yg dah di serah kan pd AG,

dah ada bukti video ucapannya,

sampai hari ni AG x bertindak langsung

Itu petanda kerajaan PH manipulasi undang2 agar menyebelahi kroni nya dgn salahguna kuasa AG.

So kau nk soh report polis utk apa apabila ia x bawa faedah senang2 kes NFA sampai ke tgn AG?




  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.060421 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list