CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4676|Reply: 84

[Tempatan] Maut dipatuk ular berbisa

[Copy link]
Post time 8-5-2022 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Maut dipatuk ular berbisa
Rosli Zakaria
[email protected]

Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang membantu rakannya penjaga haiwan peliharaan eksotik maut selepas dipatuk ular berbisa puff adder yang dibawa masuk dari Afrika, Jumaat lalu.

Profesor Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Madya Dr Ahmad Khaldun Ismail berkata, ini adalah kes pertama direkodkan membabitkan ular spesis itu di Malaysia.

"Terdapat dua kes gigitan ular eksotik sebelum ini yang kita ketahui," katanya.

Mangsa lelaki berusia 30-an berasal dari Selangor maut selepas digigit pada kedua-dua tangan kanan dan kirinya.

"Mangsa meninggal dunia 23 jam selepas kejadian ketika antivenom (Antivipmyn-Africa) sedang diperoleh dari Zoo Singapura.

"Doktor dimaklumkan pemiliknya sedang sibuk menyelamatkan mangsa dan tidak tahu ke mana pergi ular terbabit.

"Insiden ini menyerlahkan bahaya memelihara haiwan berbisa eksotik tanpa dokumentasi dan pendaftaran yang betul dengan pihak berkuasa," katanya kepada akhbar New Straits Times.

Dianggarkan kes seumpama ini menyebabkan lebih 40,000 kematian setiap tahun di Afrika dan tanpa pengurusan klinikal dan anti racun yang sesuai, kesannya amat teruk.

"Insiden tragis ini menjadi peringatan mengenai keperluan penting bagi sesiapa yang memelihara (secara sah atau tidak) spesies penting dari segi perubatan supaya mempunyai rancangan termasuk akses kepada anti racun yang sesuai dan mencukupi.

"Bagaimanapun adalah tidak wajar untuk mengharapkan mana-mana kemudahan perubatan di negara ini menyimpan stok anti racun haiwan eksotik atau mendapatkannya dari zoo.

"Menjadi tanggungjawab pihak yang membawa masuk spesies berbisa eksotik untuk membawa masuk anti racun yang sesuai dan mencukupi," katanya.

Beliau berkata, akta perlindungan, pemeliharaan dan pengurusan hidupan liar untuk mengekalkan ekosistem yang sihat dan menjaga keselamatan serta kesihatan awam perlu diperkenalkan.

Pensyarah kanan Universiti Malaya, Dr Teo Eng Wah yang juga pengarang bersama buku mengenai ular di Malaysia berkata, ular itu boleh berada di mana-mana selepas dua hari kejadian berkenaan.

Disiarkan pada: Mei 8, 2022 @ 4:44pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ular tu mampu membiak ke?

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Uisshh...dah la baru je dibawa masuk and jd kes pertama kt msia ni
Patutnya ular tu patuk je pemilik dia.
Ni x pasal2 org lain jd mangsa.
Pastu skang pemilik pun x tahu mana pegi ular tu..ahh sudah
Abih la rosak ekosistem lokal lps ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
dh lari hutan jmpa ular sawa betina..terus membiakkkkkkkk ramai2..serammm..
i plg takut binatang ini banding harimau..
harimau tu tkt lain..kalau ular dia punya seram n geli xblh bawak berbincang..omgggg...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Puff adder ni yg kedua paling bisa lepas Black Mamba di Afrika kan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
X phm aku yg minat kt binatang ni..aku paling takottt..nauzubillah..knp tx patuk tuannye..org lain pulak yg jd mangsa!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2022 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Abes ular tu dh jumpa ke belom...jgn membiak2 plak kat Malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana ni weii..bodo gak wartawan ni apesal tak release je info mana kejadian berlaku..org nak berjaga2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lah ular tu hilang plak dah
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 05:50 PM | Show all posts
pening kepala doktor nak cari penawar....kalau uar lokal mmg antivenom dah tersedia ada
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 05:50 PM | Show all posts
Mcmana bawa masuk...dgn flight ke...musykil kalau flight takda declare ke binatang berbisa...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduh dah la area selangor,boleh kat mana2 je ular ni kalau dia sudah ikut moonsoon drain.  Tak pasal2 nanti org lain pulak yg kena gigit mati budak2 ke.  Doa2 lah supaya ular ni sampai kat highway ke lori kereta lanyak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsamz replied at 8-5-2022 05:44 PM
Kat mana ni weii..bodo gak wartawan ni apesal tak release je info mana kejadian berlaku..org nak ber ...

Wartawan mmg bodoh pun
Tp akak harap ular tu singgah la masuk memana rumah politicians lahanat mcm jemin ali,rinaceros,zuraida mak lampir, wak yidin, najibun,kayjay,wak zahid,taki taki rumba,istana kera-bat...boleh la ular tu serang penghuni dlm rumah tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 8-5-2022 06:01 PM
Wartawan mmg bodoh pun
Tp akak harap ular tu singgah la masuk memana rumah politicians lahanat m ...

ular sekor tu boleh patuk smpi mti brp org sehari???
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
immi replied at 8-5-2022 05:40 PM
Abes ular tu dh jumpa ke belom...jgn membiak2 plak kat Malaysia ni

belum
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 8-5-2022 05:33 PM
dh lari hutan jmpa ular sawa betina..terus membiakkkkkkkk ramai2..serammm..
i plg takut binatang ini ...

Klau dia mengawan dgn king cobra betina jd spesis baru lg ganas sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 8-5-2022 06:04 PM
ular sekor tu boleh patuk smpi mti brp org sehari???

Taktau la sisthur
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Persoalan..cmne blh bela?mmg dpt lesen ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
elnor_81 replied at 8-5-2022 06:08 PM
Persoalan..cmne blh bela?mmg dpt lesen ke?

belum bela lagi. baru masuk dari afrika… baru nak apply ler tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
elnor_81 replied at 8-5-2022 06:08 PM
Persoalan..cmne blh bela?mmg dpt lesen ke?

Ekau nak macik tibai montot kiri ke kanan

Kan ditulis ate ateh itu
Tiada dokumentasi

Hiapppp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.155551 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list