View: 5870|Reply: 50
|
[Tempatan]
Petir tidak boleh sebabkan kereta, kapal terbang meletup
[Copy link]
|
|
Petir tidak boleh sebabkan kereta meletup
Muhaamad Hafis Nawawi
Kuala Lumpur: Kereta dan kapal terbang adalah kenderaan yang dibina selamat dan tidak akan meletup akibat dipanah petir.
Pensyarah Kanan Sekolah Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Dr Jasrul Jamani Jamian berkata, berada di dalam kenderaan lebih selamat ketika hujan dan petir berbanding berlindung di bawah pokok.
"Jika duduk di bawah pokok kemungkinan untuk disambar petir adalah besar tetapi kita selamat jika duduk dalam kenderaan seperti kereta atau kapal terbang.
"Setakat ini tiada lagi kes kereta meletup disebabkan dipanah petir malah mengikut saintifik, kereta yang dipanah petir tidak akan menyebabkan berlakunya percikan api," katanya ketika dihubungi.
Beliau diminta mengulas kejadian sebuah kereta membawa mercun terbakar dan meletup dipercayai dipanah petir di Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan petang semalam.
Dr Jasrul berkata, kemungkinan besar kejadian kereta meletup itu disebabkan oleh mercun dan bukan petir.
"Jika petir menyambar kereta pun kita yang ada di dalam tidak akan terkena renjatan dan kemungkinan besar kejadian kereta meletup itu disebabkan oleh mercun itu bukan petir.
"Kejadian itu mungkin disebabkan mercun bola itu sama ada ia termampat, keadaan but kereta atau kereta itu sendiri yang menyebabkan mercun itu aktif sehingga menyebabkan berlaku letupan," katanya.
Beliau berkata, kereta juga menggunakan konsep Farady Cage di mana jika berlaku pengaliran elektrik pada permukaan luar ia tidak akan bagi apa-apa impak pada benda yang berada di dalam kereta.
Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki maut dalam keadaan anggota badan hancur selepas kereta dipandunya meletup dipercayai dipanah petir dalam kejadian di Kampung Sireh.
Kejadian jam 5.38 petang itu menyebabkan kereta Proton Iswara dipandu mangsa rentung dan terputus dua.
Lima kenderaan lain yang berada berhampiran lokasi kejadian turut terbakar susulan letupan berkenaan.
Bagaimanapun difahamkan ketika kejadian mangsa merokok dan pada masa yang sama dalam kenderaan itu mempunyai mercun bola dalam jumlah yang banyak.
Disiarkan pada: Mei 22, 2021 @ 3:07pm
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Akak pun x percaya.... mesti sebab lain akibat kecuaian sendiri.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kita belum pernah dengar org mati memandu sebab kena petir. Baik kereta kebal or bas |
|
|
|
|
|
|
|
Beliau berkata, kereta juga menggunakan konsep Farady Cage di mana jika berlaku pengaliran elektrik pada permukaan luar ia tidak akan bagi apa-apa impak pada benda yang berada di dalam kereta.
Faraday la dey. |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu memang tak pandai main merecun
Bawak merecun pun fail |
|
|
|
|
|
|
|
Kat berita kata, pemandu disyakki merokok. Berita RTM |
|
|
|
|
|
|
|
Thun2 sblum cv 19.. kita asik dgr org putus jari sb mercun.. tahun cv 19 ni lagi dasyat..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tokei mercun plak bersepai mcm mercun |
|
|
|
|
|
|
|
Sekali baca tajuk, Pelir
2x baca...owh...Petir
Anyway memey la bkn sbb petir solely yg sbbkn that guy meninggal (omg...hancur eh heols. )
Petir tu trigger mercun dlm kete die
That's why meletup sgt dahsyat smpi die dan kete jd gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 22-5-2021 05:11 PM
Sekali baca tajuk, Pelir
2x baca...owh...Petir
Hahaha!....lawak ptg hari.....Dah la kat atas ada forumer bergaduh pasal Farad..... |
|
|
|
|
|
|
|
ada saksi kata yg bersepai tu cuba lempar puntung rokok keluar dr tingkap kete, tapi ada pulak claim kata sepupu kepada arwah kata arwah bukan perokok. dlm artikel ada buat jenayah lampau dadah dan pecah rumah jd setakat merokok tak mustahil laa betul |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 22-5-2021 05:16 PM
Hahaha!....lawak ptg hari.....Dah la kat atas ada forumer bergaduh pasal Farad.....
Farad mn plk
Ke faraid
Maleh lh nk sibuk2 hal org gaduh
Kikikiki
|
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 22-5-2021 05:17 PM
ada saksi kata yg bersepai tu cuba lempar puntung rokok keluar dr tingkap kete, tapi ada pulak claim ...
X merokok tp mendadih??
Unsangkarable
|
|
|
|
|
|
|
|
notM replied at 22-5-2021 04:41 PM
Melayu memang tak pandai main merecun
Bawak merecun pun fail
Haha jahat.. Mmg melayu ke yg mati tu.. Ingtkn cino |
|
|
|
|
|
|
|
Pelikkk.. Kata petir x sambar keta.. Ke plot twist |
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 22-5-2021 05:17 PM
ada saksi kata yg bersepai tu cuba lempar puntung rokok keluar dr tingkap kete, tapi ada pulak claim ...
Ala saje kata gitu nk claim insurance lettew.. Yg polis plak nk bg case close cpt.. Since lelaki terus kata rokok.. Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 22-5-2021 05:20 PM
Farad mn plk
Ke faraid
Uols tukar D jd J |
|
|
|
|
|
|
|
sbb letupan kuat org ingat petir kot. apsal tak ckp zeus atau thor je yg turun. mcm2 la sskjp ni. mendunia dorang semenjak dua ni |
|
|
|
|
|
|
|
hang ingat reporter pernah dgr perkataan Faraday cage ka
|
|
|
|
|
|
|
| |
|