CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2032|Reply: 6

Anna Jobling cuci lumpur dengan Dafi??

[Copy link]
Post time 30-12-2021 10:20 PM | Show all posts |Read mode
Anna tak kisah 'comot', berlumpur


Anna dan Dafi sedangkan membersihkan kotoran dan lumpur ketika misi bantuan banjir di Hulu Langat. - Foto IG Anna Jobling

KUALA LUMPUR: Pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Anna Jobling tidak mempedulikan penampilan diri, sebaliknya sanggup meredah lumpur tebal bagi membantu penduduk sekitar Hulu Langat yang terjejas teruk akibat musibah banjir.

Berada di Kampung Jawa, Batu 18 bersama beberapa selebriti seperti Aman Aziz, Dafi, Amirul Asyhwad dan Datin Nina Juren, Anna berkongsi, tidak dapat melupakan pengalaman berharganya itu.

Pelakon drama Shah Alam 40000 itu melihat sendiri kemusnahan dan menyifatkan kawasan banjir yang dilihat depan mata lebih menyedihkan daripada perkongsian dalam media sosial.

"Hati sayu setiap kali melihat kejadian banjir dalam media sosial. Apabila berpeluang turun padang dan meninjau sendiri ke kawasan bencana hati tambah tersentuh lagi.

"Jujurnya, saya bertuah dapat mencurahkan tenaga dengan membantu mengagihkan bantuan makanan dan barang keperluan seperti tilam, tuala wanita dan banyak lagi kepada mangsa banjir.

"Selain itu, kami membantu membersihkan rumah mangsa yang ditenggelami banjir. Namun, tidak banyak yang dapat dilakukan.

"Ini kerana masa yang diperuntukkan dari pagi hingga petang sebenarnya tidak mencukupi. Tetapi, saya puas dapat melihat mangsa mengukir senyuman pada saat bantuan dihulurkan," katanya kepada BH Online.


Anna menyifatkan kawasan banjir yang dilihat depan mata lebih menyedihkan daripada perkongsian dalam media sosial. - Foto IG Anna Jobling

Melihat mangsa banjir masih mampu tersenyum dan bersikap positif biarpun ditimpa musibah membuatkan Anna kagum dan terharu.

"Apabila ditanya apa yang membuatkan masih mampu mengukir senyuman, mereka jawab takkan selama-lamanya hendak bersedih. Lagipun, perkara sudah berlaku.

"Melihat semangat positif secara tidak langsung memberikan inspirasi buat saya," katanya.

Selain gembira dapat membantu mangsa banjir, Anna berkesempatan memberi makanan kepada kucing yang terselamat daripada musibah banjir.

Sebagai pencinta haiwan, Anna berkata, dia amat sedih melihat bulu kucing dipenuhi lumpur.

Mengulas adakah akan terus menyertai misi bantuan banjir dalam masa terdekat, Anna berkata, dia tidak dapat berbuat demikian kerana bakal sibuk dengan kerjaya lakonan.

"Untuk masa terdekat rasanya tidak dapat kerana saya akan kembali sibuk dengan penggambaran.

"Tetapi, jika ada masa, saya akan mengajak rakan-rakan lain untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... sah-comot-berlumpur

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2021 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurus dah dafi tp muka dah mcm pian cecupak

Akhirnya tcapai impian pian cecupak buat hidung nak bagi sama mcm dafi katanya
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2021 04:18 AM | Show all posts
antara dewi remaja yang kurang kontroversi di kala era dia yang penuh kontroversi...

ok la theyols tolong saling membantu rakyat... banyak pahala tu k...
tak main la pakcik2 tua yang bau2 tanah kubo tapi masih gila kuasa tak nak letak jawatan... datang menyemakkan jalan lepastu sejam lepastu balik sebab kaki letih nak berdiri dengan panas... dah tau diri tu bau2 tanah kubo dan liang lahad suruh la orang2 muda pulak ganti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2021 06:15 PM | Show all posts
makin menyampah org n dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2022 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Anna jobling ni mak sheols org asli je?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2022 10:21 AM | Show all posts
Pergila rumah Yusuf Haslam,nampak macam dia perlu bantuan,tengok dari luar rumah dia pun terjejas teruk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2022 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
personaliti boringggggggg
muka pan asian mcm ni pun dh berlambak dlm industry
dia mmg kapel.ke dgn fadzlan hashim tu? akak rs lg bagus la fadzlan stick je dgn julie dulu..lawa,matang, pandai berdikari,x clingy
anna ni? menguappp je laaaa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.066472 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list