View: 1056|Reply: 10
|
Lelaki Diculik, Dipaksa Kahwin Dengan Budak Bawah Umur
[Copy link]
|
|
New Delhi: Seorang lelaki di India diculik dan dipaksa berkahwin dengan remaja bawah umur, jika gagal membayar wang tebusan.
Suspek iaitu Sujata bersengkongkol bersama bapanya; dua abangnya, Kamlesh Singh dan Shaivesh Singh dan abang iparnya, Vijendra Kumar menculik dan memeras ugut mangsa, Ganesh Shankar.
Shankar ialah Pengurus Kanan Google cawangan Bengaluru dan pernah berhubung dengan Sujata yang menetap di Bhopal semasa pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di IIM Shillong.
Gambar Hiasan
Polis berkata, mangsa dibawa ke Bhopal dengan cara disembunyikan dalam gelap dan dipaksa minum
Ketika itu, Sujata dan keluarganya merakam beberapa gambar mangsa sebagai ugutan meminta wang tebusan bernilai 40 lakh (kira-kira RM229,500).
Mereka turut mengancam mengaitkan Shankar dengan kes palsu, jika gagal membayar wang tuntutan itu.
Jurucakap Balai Polis Kamla Nagar, Anil Kumar Vajpai berkata, usaha digerakkan bagi memburu empat suspek itu.
Katanya, kes di siasat di bawah Seksyen 294, 323, 342, 384, 506 dan 34 Kanun Keseksaan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Mooverine: https://de.linkedin.com/in/gan ... wow helok jugak hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
mak datuk dia punya background. no wonder lah orang paksa jadi menantu, nak kaut duit
dulu aku selalu baca trend diorang culik doktor bujang, paksa kahwin dengan budak umo 12-13 tahun
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat India ni jadik laki pun tak selamat, pompuan apetah lagi
Jadi kaya pun tak selamat, yg miskin macam nyawa lalat je
Besar sangat negara kot susah nak manage |
|
|
|
|
|
|
|
Mooverine replied at 19-10-2022 02:35 PM
https://de.linkedin.com/in/ganeshshankar
ini ke si mangsa yg kena paksa kawin tu? Hensem jugak oran ...
Eh tak ni. Mamat linkedin ni rasanya tak pernah pun jejak kaki ke banglore. Tengok uni dia NSW lepas tu kerja manade kat india langsung. Rasajya dia australian. Mamat yg kena kidnap ni belajar kat indian inst of management bhopal. Katanya google sr mgr abis kena kidnap sekali kuliletip jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
oh ye ke.. seramnya .. jadi kat sana jadi pompuan, kena gorol.. jadi laki kena kidnap ..tak selamat rasanya kan
|
|
|
|
|
|
|
|
hahah ohh salah orang ya? ingat kan ni sebab nama sama pastu keje google jugak hahahhaa
|
|
|
|
|
|
|
|
terbayang kat kyrgystan
culik anak dara orang pastu paksa kawin dengan laki yang culik tu
masa tu benda ni legal
mungkin sekarang dah tak lagi |
|
|
|
|
|
|
|
nohhhh rokiah laki pon kenA PAKSA |
|
|
|
|
|
|
| |
|