View: 7912|Reply: 54
|
Tak solat tapi Berjaya..
[Copy link]
|
|
Tak solat tapi Berjaya..
Dalam ceramah selalu kita mendengar kalimat "sesiapa yang bertakwa kepada Allah dia akan berjaya dan dipermudahkan hidupnya".
Pernahkah kita lihat kawan2 kita yang berjaya dalam peperiksaan, mendapat anugerah keputusan cemerlang, dan mendapat pekerjaan yang baik sedangkan kita walaupun sudah berusaha dengan bersungguh2 tetapi hasilnya mengecewakan.
Sering kita lihat ada rakan kita yang bukan Islam lebih berjaya berbanding kita bahkan kita sendiri tertindas dalam kehidupan yang sempit dan derita.
Sampaikan terkadang terdetik dalam hati dengan kata2 "dia tak solat, buat maksiat lagi tapi berjaya dalam peperiksaaan. Betul ke solat bawa kejayaan?"..Nauzubillah
Istidraj
Apakah makna istidraj?
Ia adalah satu kalimah yang menunjukkan seseorang itu terus dilimpahkan rezeki dan keupayaan melimpah ruah dalam kehidupannya walhal ia munafik,kafir, dan sebagainya.
Ia sebenarnya adalah harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah, dan segala kejayaan kepada manusia kurniaan oleh Allah bertujuan supaya manusia lebih jauh dari-Nya!
Golongan2 ini selalunya tidak berusaha menjalankan Islam dalam kehidupan mahupun untuk mendekati diri kepada Allah SWT, sangat mudah dilihat pada hari ini.
Contoh mudah ada pada Qarun, siapa tidak kenal Qarun, yang memiliki harta yang tersangat banyak seperti dinyatakan di dalam Al- Quran namun apabila diingatkan oleh Nabi Musa A.S akan rezeki2 adalah kurniaan Allah. Dengan angkuh dijawabnya "tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku".
Semakin jauh dia dari Allah walaupun kekayaan melimpah ruah berbanding kaum nabi Musa A.S yang miskin dan hamba kerana ketinggian "ilmu" yang dimiliki Qarun. Dan "ilmu" itulah yang dibawanya sekali ketika ditenggelamkan Allah ke dalam bumi beserta seluruh hartanya.
Janganlah gusar jika tidak berjaya, peluang masih ada. Jaga hubungan dengan Allah adalah perkara paling penting yang perlu dititikkan, insyaAllah segala apa yang mendatang kita mampu melaluinya.
Diceritakan dua nelayan, seorang menyembah berhala manakala seorang lagi muslim yang taat kepada Allah SWT. Ketika menebar jala, penyembah berhala menyebut nama berhalanya manakala yang muslim membaca Bismillah. Bila jala diangkat, banyak ikan diperoleh penyembah berhala tetapi hampir sahaja tiada ikan bagi orang muslim itu.
Bertanya kepada Allah akan Malaikat diatas kejadian itu "Ya Allah, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, Kau berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hamba yang menyebut namaMu, Kau tidak memberikan dia apa2".
Allah menjawab "Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti Neraka. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadanya? Tetapi hambaKu yang beriman itu, Aku hendak mengganjarkannya Syurga, maka aku suka mengujinya untuk melihat kebenaran imannya."
Setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah ujian baik berupa kesenangan atau sebaliknya. Allah menguji hanya untuk mereka dikasihi seperti firman Allah,
"Apakah kamu mengira Kami akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?.."
Gagal sekali bukanlah bermakna selamanya, yang penting kita berusaha selagi hayat dikandung badan. Segalanya akan diperkira oleh Allah diakhir nanti, bersangka baiklah kita kepada satu2nya penolong kita.
Sebenarnya, bila kita menghadapi ujian, bersyukurlah kerana itu tanda Allah masih lagi dekat dengan kita dan itu adalh tanda kasih sayang-Nya pada kita.
Sentiasalah bermuhasabah diri akan dosa2 kita dan hubungan kita dengan Allah SWT.
Sesungguhnya Allah sangat suka menguji hamba2-Nya yang beriman...=)
forward email dr kawan2...semoga kita sama bermuhasabah diri...delete klo dah ade ye...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apakah definisi BERJAYA?
Kalau boleh takrifkan berjaya, maka akan terjawab persoalan tu dalam perspektif Islam
Ukuran kejayaan...
-keduniaan semata-mata?
-peperiksaan semata-mata?
atau
-Taat Allah dan Rasul?
-Masuk syurga tanpa hisab (orang yang jaga Solat)?
Last edited by mnm77 on 7-8-2012 12:54 PM \n\n |
|
|
|
|
|
|
|
kalau manusia dia tentu cuba fahamkan maksud istidraj,wahn,ghurur,
tp kalau lembu dunia...dia akan minta org dtg sembah pada dia. |
|
|
|
|
|
|
|
ini juga sebahagian dari apa yg dikatakan 'sabar'
adakah kita apabila senang : kita lupa solat etc etc
sabar dengan ujian kesenangan tu amat payah selalunya kita pelupa , insan kan?
ada yg kata i tak solat , tapi i baik ...
well...
jejaga istidraj... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik-baik manusia ialah orang yang diberi panjang umur dan umur yang panjang itu dia gunakan untuk membuat kebaikan sebanyak-banyaknya dan sejahat-jahat manusia ialah orang yang diberi Tuhan umur panjang tetapi umur panjang itu digunakan untuk melakukan kejahatan dan kerusuhan saja.” (Hadis riwayat Ahmad)
ataupun dgn bahasa yg mudah,kalau nak senang pun jgn sampai menyusahkan org lain
sepatutnya lebih lama hidup lebih pandai... |
|
|
|
|
|
|
|
Good article... Thanks for sharing..
|
|
|
|
|
|
|
|
setiap manusia Allah duga dgn berbagai dugaan..ade yg belajar sungguh2 , solat tp resultnye xseberapa...tp ade setgh yang xikut pun perintah Allah, tp boleh berjaya dlm idup..itu hanye sementara..akan dtg Allah akan beri kebahagiaan & kejayaan pada org yg sentiasa bersyukur, berusaha, bertawakal pd Allah...cuma jgn putus asa jela... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Tq for info. Semoga Allah mencurahkan rahmatNYA ke atas hamba-hambaNYA. |
|
|
|
|
|
|
|
yup...betul2..kira istidraj kan kalo xsolat tp berjaya...
aku dulu ade rumate...
cantik..pandai...tp xsolat...
still dpat result bagus dlm exam...dekan selalu...
huhuhu..kadang2 bila tuhan uji juga dia...tp yg kelakarnya...masa dia susah ingat pula pada tuhan...
solat la jugak...tp sekejap je..lepas tu dia da setel masalah mmg xde la solat tu...
and one day...her mom dtg tumpang umah sewa...
dan terkejutnya her mom pun xsolat mcm dia jugak...
hmmm...so cemna nak cakap ye...like mom like daughter ke..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku penah jumpa orang lebey kurg camni.
tak solat.
dari luar mmg nampak baik, dgn kawan2, mmg okla, easy going.
tapi bile rapat, bole nampak pe yg die lack.
well, istidraj ke ape ke,
aku takde hak nak judge.
semoga Allah bagi hidayah untuk die. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena selalu ingat (utk diri sendiri) - segala kejayaan yg Allah beri - kesihatan, ilmu, harta - tu sumer hak Allah, - kita yg diberi kesihatan, ilmu, rumah, kereta - kita pinjam jer tu dari Allah - dan anytime Dia bole ambik balik - mungkin sbb ada benda yg lebih besar Dia nak bagi kita. |
|
|
|
|
|
|
|
kejayaan sebenar kat akhirat sana.. ape sangat la dunia ni, tak lebih dari sebelah sayap nyamuk je nilainya.. tapi nak tunggu ganjaran kat akhirat tu..lamanya... patut lah sabar itu iman.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam 
tak solat tapi berjaya .. dunia
solat tapi tak berjaya .. akhirat
solat dan berjaya .. dunia akhirat
siapa hendak dunia dengan ilmu
siapa hendak akhirat dengan ilmu
siapa hendak dunia dan akhirat dengan ilmu
wassalam
 |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 7-8-2012 01:44 PM 
ini juga sebahagian dari apa yg dikatakan 'sabar'
adakah kita apabila senang : kita lupa solat ...
Assalamualaikum mbhcsf,
"Dan demi sesungguhnya . Jika kami tangguhkan azab dpd menimpa mrk hingga ke suatu masa yg tertentu, tentulah mrk akan berkata (secara mengejek) :Apakah yg menghalangnya? Ketahuilah. Pada hari datangnya azab itu kpd mereka, tidak akan dapat di tolak dpd menimpa mrk dan tentulah mrk akan di liputi olih azab yg mrk telah ejek ejek itu." Hud Ayat 8
"Dan demi sesungguhnya. Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dan Kami kemudian tarik balik pemberian itu dpdnya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur." Hud Ayat 9
"Dan demi sesungguhnya. Kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah dia menderita kesusahan, tentulah dia akan berkata: Telah hilang lenyaplah dari ku segala kesusahan yg menimpaku. Sesunggnya dia (dgn kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah megah.(kpd orang ramai)" Hud Ayat 10
""Kecuali orang2 yg sabar dan mengerjakan amal soleh maka mrk itu akan beroleh keampunan dan pahala yg besar." Hud Ayat 11
Ini lah di antara jenih jenih manusia yg ada di muka bumi.
Waallahua'lam
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 8-8-2012 01:02 PM 
salam
tak solat tapi berjaya .. dunia
Salam NorAdin,
"Sesiapa yg keadaan usahanya semata mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dgn tidak di saksikan sama olih Al Quran ttg sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mrk di dunia dan mrk tidak dikurangkan sedikit pun pada nya" Hud Ayat 15
"Merekalah orang2 yg tidak ada baginya pada Hari Akhirat kelak selain dpd azab Neraka dan pada hari itu gugurlah apa yg mereka lakukan di dunia dan batallah apa yg mereka telah kerjakan." Hud Ayat 16
Waallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
kan tuhan tu adil
kalau dia kasi semua kaya........teruk jadinya
dijadikan semua org pandai..............punah jadinya
dijadikan semua KHALIFAH.........berserabut
kalau semua jadi MOD.......sapa yg nak discuss  
senyum kambing di petang nan syahdu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berjaya sebenarnya bukan pada material.....
Imam Salahudin al-Ayubi meninggal dunia dgn harta pusaka beberapa dirham,kain kafan dibelikan seorang menteri....
sdgkan beliau rahimullah adalah tokoh berjaya membebaskan palestin..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tajuk ni menarik sebab?
ia berkisar tentang sifat sabar dalam mengecai ujian kesenangan tu.
tapi sekadar berkongsi - best tengok golongan yg berjaya dan berada ye, didik anak anak depa tak bazir makanan - anak tu dididik dengan soal jimat cermat dan bila depa dok sendiri di seberang laut kan, boleh kira budget lagi, nak makan spaghetti berapa kali dan fikir pulak implikasi kalau belanja lebih tang ni nanti over budgeting walhal berada tu ,...dan yg best dan yg paling tersentuh hati bila oh lupa nak cakap depa ni self sponsored ye bukan biasiswa what not ye.... bila solat tak tinggal ....bila mak ayah ada , especially mak ada , ada solat jemaah ...semua anak join solat ... that is cool man...really cool ..anak anak pandai, sekolah agama, fluent in second language.
bless them ...
berjaya? well ...that is for me picture perfect  |
|
|
|
|
|
|
|
GuaAnakMelaka posted on 8-8-2012 11:26 PM 
Berjaya sebenarnya bukan pada material.....
Imam Salahudin al-Ayubi meninggal dunia dgn harta pus ...
hmm...mengingatkan saya pada film - the kingdom of heaven by ridley scott
bila nama tu dibaca - Salahuddin al ayubi ...
ada satu ciri padanya yg menarik ustazah saya ada cerita yg semua angkatan tenteranya mmg solat tak tinggal...
dan suatu ketika adakan seorang kafir yg pijak makam ? kubur dia bilamana dalam peperangan salib umat islam tewas?
i lupa sapa nama dia ... |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 9-8-2012 12:43 AM 
tajuk ni menarik sebab?
ia berkisar tentang sifat sabar dalam mengecai ujian kesenangan tu.
Ketika bersahur,anak ke 3 aku yg berusia 6 tahun bertanya "Lauk ni je ayah..."
Ada kangkung goreng,telor goreng,Ikan talapia bakar.
Lantas ku jawab " Bersyukurlah..masa ayah sebaya kamu,ayah hanya bersahur dengan telor goreng cicah garam...."
Bila mengingat kisah lampau ,mata ini merembes.Betapa anak-anak hidup zaman ini sungguh mewah ............
aku didik anak2 aku agar sentiasa bersyukur namun aku x bagi mereka makan apa yg aku makan masa aku umo 6 tahun...
anak bongsu aku usia 4 tahun pun dah tahu guna laptop...itulah kemajuan..
sbnrnya perbincangan kebahagiaan amat luas...kalu nak ulas,99 malam pun x habis...
bagus TT utrakan ttg istidraj..sb ramai org Islam x faham apa itu istidraj...
kawan2 aku pun ramai pakai BMW,zakat x pernah bayau,solat Jumaat jerr..
Imam Nawawi kata dalam Riadussalihin kalu mengumpat x sebut nama xpa,untuk pengajaran kpd org lain...
semoga kita semua mendapat ilmu dlm ramadhan....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|