CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3721|Reply: 7

Islam & Pendidikan

 Close [Copy link]
Post time 16-5-2016 01:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 6-8-2016 05:48 AM

Khutbah sentuh tugas guru kian mencabar
14 Mei 2016 1:12 AM




KUALA LUMPUR 13 Mei – Khutbah Jumaat hari ini menekankan mengenai martabat profesion guru yang bukan sahaja murni dan baik, tetapi mereka perlu menggalas cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk modal insan yang berwibawa serta berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam khutbah tersebut turut memberitahu, pera-nan guru yang merupakan ‘murabbi’ serta pendakwah diiktiraf sangat mulia di sisi agama dan masyarakat.

“Mereka mewarisi tugas-tugas para rasul dalam membimbing manusia ke jalan kebenaran dan membentuk tamadun manusia melalui pendidikan dan penyebaran ilmu. Lantaran itu, me-ngajar dan menuntut ilmu dikatakan sebaris dengan tuntutan berperang di jalan Allah SWT sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam surah at-Taubah ayat 122,” kata Jakim dalam khutbah Jumaat hari ini.

Tajuk khutbah Jumaat hari ini ialah Guru Pembina Pewaris Wibawa. Ia bersempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 16 Mei setiap tahun. Sambutan tahun ini diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.

Jakim turut berkata, guru perlu dihormati atas ketinggian martabatnya seperti yang diterangkan oleh Imam Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin yang memetik nasihat Lukman al-Hakim kepada anaknya iaitu:
“Wahai anakku, pergaulilah para guru dan rapatilah mereka dengan kedua lututmu, kerana Allah Taala menghidupkan hati dengan nur (cahaya) hikmah, sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan hujan dari langit”.

Jakim dalam khutbah Jumaat tersebut turut berpesan kepada umat Islam supaya mengenang dan menghargai jasa guru yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan hari ini.

Menurut Jakim, para guru tidak minta disanjung tetapi cukuplah masyarakat mengingati betapa besar nilainya dalam kehidupan mereka.
“Hakikatnya, di sebalik kecemerlangan sesebuah negara, masyarakat, keluarga, belia dan individu itu adalah berpunca daripada kejayaan didikan insan bernama guru,” jelas Jakim.
Jakim berkata, pihaknya yakin dengan berkat didikan dan asuhan agama yang telah diberikan secukupnya oleh para guru dapat menyerlahkan lagi sahsiah diri kalangan belia.





- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.nD2wWjp7.dpuftusan.com.my/berita/nasional/khutbah-sentuh-tugas-guru-kian-mencabar-1.325807#sthash.nD2wWjp7.dpuf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2016 01:15 AM | Show all posts
assalamualaikum,

Tema Hari Guru  : Guru Pembina Pewaris Wibawa

wow - hebat temanya ye?

Saya rasa cabaran dalam mengisi atau memaknakan nilai tema tersebut dalam sahsiah dan akhlak anak didikan dan diri sendiri , ada sesuatu yg mencabar , bukan?

anyway - saya menghormati danmenyanjungi guru guru yg ikhlas dan beriltizam untuk melakukan apa yang kita boleh katakan amal soleh.

Ini amat bernilai  apabila  hadis ada menyebut ari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Saya ucapkan selamat menyambut hari guru kepada guru yg ikhlas, memahami sistem nilai yang mantap  mencapai redha Allah , dan mendidik anak bangsa  untuk membentuk insan yg komprehensif  dan mantap nilai selaras dengan apa yg dihajati dalam Falsafah pendidikan Negara.





Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 05:07 PM | Show all posts
salam



wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 05:13 PM | Show all posts
salam







wassalam


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2016 06:32 PM | Show all posts
ucapan selamat hari guru



courtesy :

http://www.panduanmalaysia.com/2 ... 5-yang-menarik.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2016 05:41 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 6-8-2016 05:47 AM

GURU SEBAGAI PENGASUH, PENDIDIK

DR. SAODAH ABD RAHMAN  

  05 Ogos 2016 6:00 PM


- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/guru-sebagai-pengasuh-pendidik-1.366592#sthash.2tnsZfv6.dpuf

Pendidikan dan perguruan adalah tugas mulia dan dihormati oleh masyarakat. Para guru dan pendidik se-ring dianggap sebagai orang yang memiliki ilmu, mempunyai tingkah laku baik, memiliki jiwa bersih dan suci, serta penuh kasih sayang dan bertanggungjawab.

Perkara ini disebutkan oleh Allah dalam Surah 58 (al-Mujaadilah):11 yang bermaksud: “Allah akan me-ninggikan darjat orang yang beriman di antara mu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Tugas guru dalam Islam ialah sebagai mudarris (mengajar atau pengajaran), mualim (mengajar atau menyampaikan ilmu), muaddib (membentuk akhlak pelajar), murabbi (memperbaiki dan me-mimpin), dan mursyid (menunjuk jalan yang benar).

Mudaris berasal dari perkataan Arab yang bermaksud mengajar ataupun pengajaran. Pendidik atau guru perlu bertanggungjawab me-nyampaikan ilmu yang dimilikinya kepada pelajar supaya mereka mampu membina pemikiran, rohani, jasmani, emosi dan juga sosial. Guru sepatutnya memahami me-nyampaikan ilmu yang dimilikinya kepada pelajar adalah sebahagian daripada amal soleh. Cuai atau enggan menyampaikan ilmu secara sempurna kepada pelajar adalah satu kesalahan dalam Islam.


Muallim ialah pendidik yang mengajar atau menyampaikan ilmu kepada pelajar dan masyarakat dan berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan. Ciri-ciri mualim itu mengikut Imam al-Ghazali memiliki kecerdasan dan kesempurnaan akal, mempunyai kekuatan fizikal dan akhlak. Dengan kesempurnaan akal beliau dapat memiliki pelbagai ilmu pengetahuan secara mendalam.

Akhlaknya yang baik itu akan menjadi contoh dan teladan kepada pelajar. Mualim juga perlu mengamalkan setiap ilmu yang disampaikan kepada pelajarnya supaya beliau dihormati. Allah memperingati perkara ini dalam Surah 61 (al-Shaff): 2-3 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.”



Murabbi ertinya memperbaiki, memimpin dan mentadbir pelajar secara kasih sayang bukan dengan bengis dan kasar. Jiwa guru disulami dengan perasaan ingin mendidik, menasihati dan membimbing pelajar dalam pembentukan akhlak dan peribadi. Guru juga menjadi kaunselor dan penyebar nilai budaya yang indah selain menjadi model kepada pelajar bukan dengan menggerun-kan mereka.
Pendidikan dan penyebaran ilmu memerlukan sikap lembut dan hikmah sepertimana Allah menyeru Nabi Musa dan Harun berdakwah kepada Firaun secara lemah-lembut. Perkara ini dijelaskan dalam Surah 20 (Thaha): 43-44 yang bermaksud: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melewati batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut mudah-mudah-an dia akan dapat pengajaran atau takut (kepada Tuhan).”


Dalam aspek pendidikan dan penyebaran ilmu guru perlu memahami psikologi dan kematangan pelajar. Dalam Islam, peringkat umur seseorang itu dijadikan ukuran kematangan dengan istilah baligh atau tidak baligh. Bagi lelaki umur balighnya bermula dari 15 tahun. Umur baligh bagi perempuan pula dari umur sembilan tahun ke atas atau ketika mula datang haid. Kanak-kanak yang belum mencapai umur kematangan atau baligh tidak boleh dididik secara keras sehingga mencederakan tubuh badan dan seumpamanya.



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-8-2016 05:43 AM | Show all posts
Rasulullah SAW amat prihatin terhadap status kematangan seseorang individu. Dikisahkan seorang budak lelaki yang belum cukup umur ingin menyertai baginda dalam peperangan Uhud tetapi disuruh pulang oleh Rasulullah dan hanya dibenarkan menyertai peperangan Khandak setelah dia mencapai umur baligh 15 tahun.>>> Rujukannya kalau tak silap dalam sahih Muslim. One of the hadith yg digunakan untuk analiis umur saidatina A'isyah RA



Dalam aspek pendidikan terutama di peringkat sekolah rendah, guru sepatutnya menunjukkan sikap mesra agar murid-murid merasai guru sebagai ibu bapa kedua mereka. Wajah guru yang sentiasa se-nyum lebih dihormati oleh pelajar daripada guru yang menunjukkan sikap bengis.
Rasulullah SAW sentiasa me-nyampaikan ilmu pengetahuan dan wahyu Allah secara lunak dan menyenangkan.


Abu Darda’ menjelaskan kelunakan baginda dengan katanya: “Tidak pernah saya melihat atau mendengar Rasulullah SAW mengatakan sesuatu perkataan kecuali sambil tersenyum”. Jabir pula menjelaskan: “Rasulullah SAW tidak pernah terpisah daripada ku sejak aku masuk Islam, dan beliau tidak pernah melihat ku kecuali sambil tersenyum.”


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2016 05:45 AM | Show all posts
Muaddib bermaksud mendidik ke arah memperelokkan akhlak pelajar. Pendidik yang muaddib adalah individu yang bertanggungjawab dan melaksanakan pendidikan dalam hal ehwal keperibadian pelajar se-perti menghargai ilmu yang dimiliki oleh rakan-rakan, kasih sayang sesama sendiri dan sebagainya. Muaddib seorang yang memberi ilmu dan mendidik mereka dalam akhlak dan adab yang baik.

Rasulullah SAW menyeru umat Islam mendidik umat secara lemah-lembut sepertimana sabda baginda: “Hendaknya kamu bersikap lemah-lembut, kasih sayang, dan hindarilah sikap keras serta keji.’’

Pendidik yang mursyid bermaksud memberi pedoman dan panduan kepada pelajar dan masyarakat jalan hidup yang benar sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Beliau mempunyai akhlak terpuji seperti zuhud, tidak fanatik dan mempunyai kewibawaan sebagai pemimpin sepertimana akhlak Rasulullah SAW.


Berdasarkan kepada penjelasan tersebut maka pendidik sama ada di peringkat rendah atau tinggi perlulah memahami dan mengikuti konsep dan peranan sebagai guru sepertimana dituntut oleh Islam.




Prof. Madya Dr. Saodah Abd. Rahman, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/guru-sebagai-pengasuh-pendidik-1.366592#sthash.2tnsZfv6.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.442842 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list