CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14191|Reply: 4

Dah kenapa lelaki suka cari sangat gaduh dengan perempuan?

[Copy link]
Post time 6-4-2016 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Siapa dah baca buku Men From Mars, Women From Venus? Kalau korang baca buku tu mesti korang tahu kenapa lelaki dengan perempuan asyik bergaduh, kenapa lelaki ego dan perempuan sedikit emo. Agak-agak yang perempuan,betul ke korang faham semuanya pasal lelaki? Ini bukan topik gender bias, yelah ada orang sensitif sikit pasal isu gender ni. Hahaha. Tapi saje nak kongsi fakta tentang seorang lelaki.


1. Lelaki tertarik dengan wanita bukan dari rupa paras,tetapi dari segi kekemasan penampilan dan kematangannya.

2. Bila lelaki cakap,”saya tak faham lah dengan awak ni camane” maksud cara wanita berfikir tak sama seperti lelaki.

3. Lelaki boleh angau dengan senyuman seorang wanita. Ohhh~

4. Perkara sensitif bagi lelaki adalah bila teman wanitanya selalu menceritakan perihal bekas kekasihnya.

5. Jangan provok lelaki atau cabar dia dengan mengapi-apikan tentang sesuatu,mesti dia buat punya. Kalau provok benda buruk,lain jadinya.

6. Bila lelaki berkata,”tinggalkan saya seorang diri” itu bermaksud “saya harap awak boleh ada disisi dan menenangkan saya”

7. Lelaki tak suka perempuan gedik!

8. Bagi lelaki, sayang itu tak diluahkan dengan kata-kata tetapi lebih kepada memberi perhatian dan ambil berat terhadap wanita itu.

9. Kadang-kadang lelaki tiada keputusan yang muktamad. Hahaha.

10. Lelaki sukakan wanita yang pandai memasak dan buat kek.

11. Jangan prejudis dan berprasangka terhadap lelaki berkenaan cinta. Bila dia tahu wanita percayakan dia,lelaki akan menjadi begitu serius dalam perhubungan.

12. Lelaki pun menangis. Erkkkk !

13. Bila lelaki menelefon wanita atau ingin memulakan perbualan, soalan pertama yang akan ditanya “ tengah buat apa? sibuk ke?” atau “ awak dah makan?”

14. Sebelum mempercayai seorang lelaki,uji lah dia dulu. Tapi jangan berpanjangan,confirm dia bosan dan anggap wanita tak percayakan dia. Lepas tu, say good bye lerr.

15. Lelaki benci kekotoran dibajunya walaupun kotor tu kecik je. Bagi lelaki,penampilan adalah segalanya.

16. Lelaki akan cuba membelikan barang yang selalunya wanita suka,tapi biasanya mesti tersalah beli. Tak sama jiwa kot. Hahaha.

17. Bila lelaki katakan “awak nampak cantik” bermaksud dia sukakan wanita itu.

18. Bila lelaki minta peluang kedua untuk betulkan kesilapan,berilah ia ruang.Tapi kalau sekali lagi dia buat perangai boleh lupakan je.

19. Lelaki punya banyak masalah tersimpan yang tidak terlihat dari pandangan mata kasar.

20. Bila berbual lelaki tiba-tiba terdiam,wanita perlu katakan sesuatu.

21. Lelaki juga sukakan wanita yang penyayang.

22. Bila betul-betul serius dalam perhubungan,seorang lelaki akan  menyayangi wanita lebih daripada apa yang anda jangkakan. Dan juga lebih dari cara anda menyayangi lelaki tersebut.

http://sweetswavesimple.blogspot.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2016 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
no 14 aku x setuju.jgn cya lelaki sehingga dia jdi somi. especially,bila dia nk klua berdua dgn.kau. Sebb cya lelaki,blh jdi kes rogol.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 03:34 PM | Show all posts
hmmmm...bolehla
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 03:47 PM | Show all posts
6. Bila lelaki berkata,”tinggalkan saya seorang diri” itu bermaksud “saya harap awak boleh ada disisi dan menenangkan saya”

yeke? nanti kita stay.. dia lagi upset pula..

papepun gud info.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik tak purchaya chinta!

Semua penipu! Pembohong! Phuii!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.040228 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list