View: 1299|Reply: 6
|
Perihal Nilai dan Memanfaatkan rezeki - di mana NILAI ?
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 31-3-2016 05:23 AM
Baucar buku, beli bukulah ...
FAUZIAH AROF |
30 Mac 2016 6:25 PM
Ketika ini, ada istilah ‘jadi kaya sekejap’ dalam kalangan pelajar universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT). Ini kerana bila sudah menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang bernilai RM250 setiap seorang, ada segelintir mereka merasakan seolah-olah ‘duit sudah masuk’.
Perasaan gembira itu kepada sesetengah pelajar ini, lebih kurang macam dapat duit pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Cuma jumlahnya sajalah yang sedikit tetapi kegirang-annya tetap sama.
Seorang kawan memberitahu saya, anaknya yang baharu pertama kali menerima baucar buku, sudah menanyakan kepadanya macam mana hendak menukar baucar itu kepada cash. Kata anaknya, pelajar-pelajar di IPT-nya sebelum ini sudah biasa menukar baucar buku berkenaan dengan wang. Tambah anak itu, dia tidak tahu apa hendak buat dengan baucar tersebut kerana dalam kursusnya tidak memerlukan banyak buku dan buku-buku berkaitan pengajiannya telah dibeli pada permulaan masuk semester baharu lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sememangnya, bukan rahsia lagi sesetengah pelajar ini menukar BB1M dengan wang atau menjualnya dengan harga murah. Ada juga yang boleh membeli benda-benda lain yang tiada kaitannya dengan hal-hal pengajian mereka dengan baucar buku tersebut. Perkara ini sudah banyak kali didedahkan, setiap kali BB1M diagihkan sejak 2012.
Sebenarnya, jika kursus mereka tidak memerlukan banyak buku, banyak lagi buku lain boleh dibeli dengan BB1M. Baucar itu bukan terhad kepada buku-buku pengajian atau teks dalam universiti dan IPT saja. Mereka boleh membeli novel, buku-buku motivasi, agama dan lain-lain yang sudah tentu memberikan mereka banyak ilmu. Kepada pencinta buku, pemberian baucar ini amat dinanti-nantikan.
Ini secara tidak langsung menunjukkan, pelajar yang menjual atau menukarkan baucar tersebut dengan wang, tidak berminat untuk membaca. Mereka lebih suka membeli barang-barang lain, kecuali buku. Ada yang kata, jika mereka beli buku pun tidak dibaca, jadi buat apa beli? Membazir saja. Lebih baik jual baucar itu, dapat duit dan beli barangan lain. Agak menghairankan, jadi pelajar tetapi tidak suka baca buku!
Penyalahgunaan baucar ini boleh dilihat dilakukan secara terang-terangan di gerai-gerai jualan yang dibuka di IPT awam dan swasta. Di sini, dapat dilihat banyak gerai yang menawarkan barangan seperti pakaian, tudung, aksesori komputer dan pelbagai barangan lain yang boleh ditebus menggunakan BB1M.
Dalam pada itu, ada juga pelajar yang tidak segan-silu bertanyakan dalam laman beli-belah secara online sama ada mereka menerima baucar buku. Ada juga yang secara terang-terangan bertanyakan siapa yang mahu beli baucar buku dalam media sosial kerana mahu menjualnya dengan harga murah. Tidak kurang juga menceritakan bahawa mereka sudah membeli aksesori gajet, tudung dan dapat menonton wayang dengan duit BB1M dan bertanyakan kepada kawan-kawan, anda bila lagi?
Maka, tercapaikah matlamat pemberian baucar itu untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan membeli buku di samping menggalakkan pelajar-pelajar ini membaca? Ini sudah tentu tidak adil kepada pelajar-pelajar yang benar-benar memerlukan baucar buku itu dan menjadi satu pembaziran pula, sedangkan duit itu boleh disalurkan untuk membantu orang susah lain.
Walaupun jumlah baucar itu tidak banyak, tetapi menya-lahgunakan baucar buku adalah juga satu bentuk penyeleweng-an. Dan dalam usia muda sebegitu, mereka sudah tahu menyeleweng, kita risau apa lagi yang mereka boleh selewengkan apabila keluar dari IPT nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Perbuatan menyeleweng baucar buku adalah salah. Ia boleh didakwa di bawah Seksyen 403, Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang yang boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda. Dalam hal ini, si pembeli kena dan yang menjual pun kena.
Di peringkat masih menjadi pelajar pun sudah pandai menyeleweng, entah apa pula yang boleh dilakukan pada masa depan. Memang, sudah banyak bentuk penyelewengan berlaku di negara ini. Harap-harapnya janganlah ditambah kes penyelewengan itu, dengan mulanya ‘bertatih-tatih’ menyeleweng baucar buku!
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/baucar-buku-beli-bukulah-1.206473#sthash.bIE37APN.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang kawan memberitahu saya, anaknya yang baharu pertama kali menerima baucar buku, sudah menanyakan kepadanya macam mana hendak menukar baucar itu kepada cash. Kata anaknya, pelajar-pelajar di IPT-nya sebelum ini sudah biasa menukar baucar buku berkenaan dengan wang.
Tambah anak itu, dia tidak tahu apa hendak buat dengan baucar tersebut kerana dalam kursusnya tidak memerlukan banyak buku dan buku-buku berkaitan pengajiannya telah dibeli pada permulaan masuk semester baharu lagi.
Senario 1 :
Siapa ibu bapa atau di mana pelajar ini mendapat idea untuk melakukan hal hal ini?
Adakah beretika baucar ditukar kepada wang - baucar tu diamanahkan untuk membeli BUKU
i mean siapa mereka dan bagaimana pemikiran sebegini terbentuk ? persekitaran? didikan ? pendedahan
atau
SIKAP?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya, jika kursus mereka tidak memerlukan banyak buku, banyak lagi buku lain boleh dibeli dengan BB1M. Baucar itu bukan terhad kepada buku-buku pengajian atau teks dalam universiti dan IPT saja. Mereka boleh membeli novel, buku-buku motivasi, agama dan lain-lain yang sudah tentu memberikan mereka banyak ilmu. Kepada pencinta buku, pemberian baucar ini amat dinanti-nantikan.
Anda menerima baucar dan dengan itu dan begitu mudah anda berasa tak perlu beli apa apa buku yg relevan tapi dalam situasi ini
a) anda mahu beli NOVEL???
seriously?
b) atau anda tidak tahu buku jenis apa yg patut anda beli -
ada banyak buku bercorak ilmiah - rujukan yang relevan - buku buku agama pun tengoklah
penerbit mana
tajuk apa
kalau nak beli buku agama
patut beli - sahih Bukhari
terjemahan al quran dan tafsir if you could
dan yg jenis sirah dan sumber dari sumber yg berwibawa
buku panduan fardhu ain ke, ibadat ke
dari kedai atau toko buku yang berwibawa
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada hemat saya kita kenalah mengharagi benda yg diberi dengan begitu mudah dengan cara sebaiknya. Lumrah dan lazimnya manusia tak pernah pengharagi benda yg didapati dengan mudah sebab ada sikap ' taking things for granted'.
lebih baik bagi mereka yang tahu menghargai sumber bacaan bermutu tapi sebagai pelajar
elok ada buku teks rujukan yang penting berkaitan kursus untuk salinan sendiri
buku buku lain yang berkaitan minat contohnya falsafah , sains ke agama ke
- sila pi ke kedai buku atau cari buku yang bersifat ilah rujukan atau yg relevan dan anda akan boleh rujuk semula
bab novel ni - dia bersifat once - off - sekali pakai - so saya personally syorkan guna duit poket je untuk buku novel ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
pada sesiapa yg pernah terfikir nak convert baucar kepada cash atau menyalah gunakan baucar ini - tolong hentikanlah , sebab ini amat memalukan dan bukannya Allah tak tahu apa yg anda lakukan.
siapa yg anda cuba perdayakan?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|