View: 1583|Reply: 1
|
Putih Telur Untuk Atasi Wajah berminyak
[Copy link]
|
|
Kulit berminyak disebabkan oleh kalenjar yang menghasilkan terlalu banyak minyak atau sebum. Perubahan hormon (terutama semasa baligh, kehamilan dan menopaus) memainkan peranan menghasilkan sebum yang berlebihan, terutama dalam kawasan T-zon (kawasan dahi, hidung, dan dagu).
Ini bukan sahaja membuatkan kulit nampak minyak dan bersinar, tetapi juga boleh menyekat liang roma dan menyebabkan jerawat. Wajah berminyak akan membuat kulit anda mudah terdedah kepada jerawat, selain itu akan membuat kosmetik di wajah tidak sempurna.
Banyak produk kecantikan yang dipercayai dapat menghilangkan minyak yang degil pada kulit wajah. Malangnya, tidak semua produk kecantikan tersebut baik untuk kulit wajah. Jika salah pilih produk, bukan wajah yang bersih dan cantik yang anda dapat tetapi wajah yang bermasalah.
Jadi, nak buat macam mana? Cara tradisional mungkin boleh membantu? Anda boleh menggunakan putih telur untuk menghilangkan minyak berlebihan di wajah.
Bahan:
1 butir telur
Caranya:
Ambil 1 butir telur, kemudian pisahkan antara putih dan kuning telur.
Letakkan putih telur dalam mangkuk yang berbeza, lalu oles secara merata di kawasan wajah yang berminyak
Biarkan hingga kering, kemudian basuh dengan air hangat.
Lakukan dua kali dalam seminggu, untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
aku selalu guna dgn kapas muka, untuk hilangkan blackhead |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|