|
Oleh : TS LOO
Berkenaan persoalan yang timbul berhubung dengan halal dan haram, pada mulanya isu troli di NSK Hypermarket, diikuti air mineral dan akhirnya permohonan Keretapi Tanah Melayu Berhad untuk menjadi syarikat perkhidmatan keretapi pertama di dunia yang memiliki sijil pengiktirafan halal, jadi boleh dikatakan berita isu halal haram telah berlarutan sekian lama sehingga menimbulkan pertikaian di kalangan masyarakat umum.
Baru-baru ini, seorang netizen memuat-naikkan satu status di facebook yang mengatakan khidmat cuci kereta atau salon kereta turut melaksnakan pengasingan antara kereta halal dan kereta yang haram, keadaan tersebut amat merimaskannya.
Netizen tersebut bernama Santhosh, menurutnya beberapa hari lalu, dia menghantar keretanya ke pusat khidmat cuci kereta yang bertempat di sebuah stesen minyak, dia meminta pekerja yang bertugas menjalankan kerja-kerja vakum selepas siap mencuci keretanya.
Tanpa disangka-sangkakan, terdapat seorang pekerja berbangsa Bangla beritahu " Boss, kami tidak dapat menjalankan vakum untuk kereta tuan sebab terdapat bulu anjing di dalam nya dan kami adalah muslim."
Netizen menjawab dengan nada benggang, rupa-rupanya sekarang mencuci kereta di Malaysia, turut kena mengasingkan kereta halal dan haram.
Sehubungan itu, terdapat netizen Melayu memberi komen : " Ya betul, kami sebagai muslim memang tidak dibenarkan menyentuh anjing, apa tak lagi bulu anjing."
Sesungguhnya itu, Santhosh pula berpendapat, pemilik pusat cuci kereta tersebut sepatutnya sedar terdapat juga pelanggan yang bukan muslim yang akan datang cuci kereta, jadi kenapa hanya mengupah pekerja muslim saja?
Tapi ada juga netizen yang berpendapat, sebenarnya sebagai rakyat Malaysia, kita semua perlu lebih sensitif dengan kepercayaan dan pantang larang orang muslim.
"Contoh seperti orang India, mereka dilarang makan daging lembu kerana alasan keagamaan dan muslim menjemput kawan-kawan yang bukan muslim hadir ke majlis perkhawinan pun tidak akan sediakan sajian yang mengandungi daging babi, susulan itu kawan-kawan muslim pun tidak akan marah atau tidak senang hati kerana tiada sajian daging babi disediakan."
" Kalau mereka mencuci kereta awak dan secara tidak sengaja tersentuh bahan pembuangan anjing, muslim adalah dikehendaki membersihkannya baru dibenarkan menjalani ibadah solat atau menjamu selera."
"Yang itu semua tiada kaitan langsung berkenaan dengan isu perkauman, sebaliknya ia merupakan peraturan agama yang harus diikuti oleh setiap muslim."
"Sebagai rakyat Malaysia, awak wajib beritahu mereka bahawa kereta anda mengandungi bahan-bahan yang mungkin haram buat muslim."
Bagaimana pun, ada juga netizen yang beranggap, perkara itu tiada kaitan dengan halal atau haram. Sebagai rakyat Malaysiaa, kita semua harus saling hormat-menghormati antara satu sama lain, dan bukan sering kali mengungkitkan sentimen perkauman."
Ingat, permuafakatan membawa berkat!- CARI Infonet |
|