CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2433|Reply: 2

Perkara Ini Memang Ibu Anda 'Champion', Tak Boleh Lawan Punya

[Copy link]
Post time 7-3-2016 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZA

Siapa yang boleh lawan kebolehan ibu memasak dan menyediakan makanan seisi keluarga. Setuju?


Anda mungkin lebih handal bermain teknologi, komputer, Facebook dan Whatsaps, namun ada beberapa perkara lain lagi yang anda tak boleh lawan kehebatan ibu, selain kemahiran memasak.


1. Memikat rakan anda


Pelik tak, anda selalu rasa hairan bila rakan terasa obses untuk datang dan bertemu ibu anda. Ini kerana ibu sangat pandai melayan tetamu, kelakar dan suka bercerita.


Oleh itu, kawan-kawan pun sukakan teletah ibu anda.



2. Kerja rumah


Ibu anda telah menghabiskan lebih 20 tahun buat pelbagai kerja rumah dalam masa yang sama, setiap hari.


Jangan ingat anda yang lebih muda, lebih pandai menyiapkan kerja rumah. Ibu anda boleh memasak kari di dapur sambil 'settle' kain berlambak di laundry room.








3. Menggosok baju


Tak tahu nak cakap apa, setiap kali anak dara dan bujang yang menggosok baju, ada sahaja yang tak.


Cuba lihat ibu yang menggosok baju, bukan main tajam lagi bucunya! Memang kemas!








4. Masih bekerja semasa sakit


Mengaku sahaja, kalau anda sakit mesti merengek sana sini dan tak mahu buat apa-apa.


Tapi jika ibu yang sakit demam, dia juga yang ke dapur, kalau tidak tak berasaplah dapur. Betul tak?








5. Tidur dua jam pun cukup


Kalau anda tak cukup tidur, mulalah pening sana, sakit sini.


Namun, lihatlah ibu anda, walaupun hanya tidur 2 hingga 3 jam sahaja pada waktu malam, namun esoknya tetap segar bugar. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2016 05:17 PM | Show all posts
Ibu mmg superwoman!!!wat keje spt lipas kudung tp ttp tiptop
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 07:57 AM | Show all posts
alamak statement no 5 tu doesnt apply to me

kalau tido 2 jam aje confirm eskonya I migraine
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.043148 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list