CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

~ KaSiH kItA ~ TAMAT

[Copy link]
 Author| Post time 9-3-2016 07:48 AM | Show all posts
Mansor muncul di muka pintu. Terkejut dia melihat Raisya ada di dalam bilik tersebut.

“Maaf, encik.”

“It’s ok.” Mukriz mempelawa Mansor duduk di sofa.

Raisya mengundur diri kembali ke tempat duduknya. Pintu di tutup semula. Semasa duduk, dia curi pandang ke dalam bilik Mukriz. Mukriz senyum padanya yang ketika itu Mansor sibuk menunjuk beberapa surat kepadanya. Raisya membalas senyuman itu.



*************************



Alif yang tengah bersiap untuk mesyuarat tiba-tiba mendapat panggilan dari isterinya, Sarah.

“Ya, Sarah.”

“Busy ke?”

“Tengah bersiap nak gi meeting. Nape?” Alif kepitkan handphone antara telinga dan bahu kirinya sambil dia membetulkan tali leher.

“Dengar cerita U jumpa balik dengan bekas tunang U tu.”

“Siapa pula yang buat cerita ni?”

“U tak payah tanya I balik. Betul la erk U jumpa balik si Raisya tu?”

“Jumpa je pun. Bukan ada apa.”

“Eleh, yeke? Ntah-ntah ada hati lagi.”

“Kalau call setakat nak cari gaduh tak payah. I busy ni.”

“Kita dinner malam ni.” Tiba-tiba Sarah pujuk.

Alif terkejut. Selama ini selalunya dia yang akan pelawa Sarah ke sana ke mari. Dan memang selalunya pelawaan darinya itu akan ditolak. Tapi kali ini seperti mimpi.



*************************



Pada malam dinner itu..

Sarah yang duduk bertentangan dengan suaminya itu perlahan-lahan memegang tangan Alif.

“I sedar kelemahan I selama ni. I berjanji I akan berubah demi kebahagiaan kita.”

Alif tersenyum. Genggaman semakin erat.

“I nak U tahu yang I sayang dan cintakan U.”

“I tahu.”

Sarah senyum.

“Terima kasih kerana U banyak bersabar melayan karenah I. Selama ni I tak nampak U, I abaikan U, I pentingkan kawan-kawan I.”

Alif pula yang tersenyum. Dia tahu isterinya kini tercabar tetapi dia bersyukur isterinya itu telah sedar akan kesilapannya.

“U bagi I peluang sekali lagi untuk I betulkan kesilapan I?”

Alif angguk dan tangannya masih setia memegang erat.

“I masih sayang dan cintakan U.”

“Me too.”

Mereka sama-sama membalas senyuman.

“Eh, I nak ke washroom jap.”

“Ok.”

Sarah berlalu ke tandas meninggalkan Alif sendirian termenung sambil memandang meja makan yang belum dihidangkan itu.

Tiba-tiba dia ternampak Mukriz dan Raisya masuk ke dalam restoran itu. Masing-masing kelihatan ceria sambil berjalan diiringi penyambut tetamu.

Mukriz menarik kerusi untuk Raisya. Lalu Mukriz duduk bertentangan dengan Raisya sambil masih sambung berborak dengan diselangi gelak tawa Raisya yang manja itu.

Alif tersenyum dari jauh. Ini adalah takdir. Semuanya sudah tertulis, jodoh, rezeki, ajal, maut semuanya Allah yang tentukan.

Alif bangun lalu ke meja Mukriz.

“Assalammualaikum.”

Mukriz dan Raisya terkejut dengan salaman dari Alif itu.

“Eh, bro. Waalaikummussalam.” Mukriz bangun lalu berjabat tangan dengan Alif.

“Mana..”

“Dia ke washroom jap.”

“Owh. Nampaknya kita makan malam di tempat yang sama malam ni.”

“Itulah..” Alif tersenyum memandang Raisya.

Raisya membalas senyuman itu.

“Raisya sihat?”

“Alhamdulillah sihat.” Raisya jawab pertanyaan Alif itu.

“Sayang..” panggil Sarah yang baru datang itu.

Sarah ternampak Raisya. Raisya bangun lalu tersenyum dan mula menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.

“Tak sangka kita berjumpa juga setelah sekian lama.” Kata Sarah sambil berjabat tangan dengan Raisya.

“Kan? Aku kenalkan ni tunang aku, Mukriz.” Kata Raisya sekali sekala bangga dapat lelaki lebih macho dan handsome dari Alif walaupun Alif sebenarnya lebih putih dari Mukriz.

Sarah senyum pada Mukriz. Nampaknya susah barangkali suaminya jatuh hati pada Raisya kerana Raisya sudah ada teman hidup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2016 07:53 AM | Show all posts
Hari berganti hari, sebulan telah pun berlalu.

Masih belum ada mana-mana staf yang tahu akan pertunangan antara Mukriz dan Raisya. Cuma mereka tahu Raisya sudah bertunang sahaja.  Pandai Mukriz dan Raisya main peranan antara satu sama lain.

Harraz baru-baru ini di masukkan ke hospital akibat bergaduh besar dengan Syazwan kerana berebutkan Marissa. Dan Syazwan akhirnya tumpas di tangan polis. Marissa dan kakak Harraz, Syakilla sekarang berada di hospital sepanjang Harraz di rawat di situ.

Alif? Sarah telah pun mengandung 2 minggu. Mereka berdua bersyukur ke atas rezeki itu dan mereka semakin lama semakin kuat mempertahankan cinta mereka.

Auni telah pun selamat melahirkan anak lelaki. Karim telah menjadi seorang ayah dan dia telah memberitahu hal tersebut pada Harraz. Harraz bagaimanapun tidak dapat melawat kerana dia pun sekarang masih belum sihat sepenuhnya dan masih di dalam pemantauan doktor. Namun dia tetap bersyukur, dua sahabatnya itu masih bersama dengannya walaupun dia pernah membenci suatu ketika dahulu.



*************************



Sehari sebelum majlis akad nikah.

Jam 8.30 malam, di rumah Haji Azman.

Riuh rendah dengan suara anak-anak buah sedang bermain dan bersuka ria sesama sendiri. Raisya pula sibuk di pakaikan inai oleh dua sepupunya. Sekali sekali diusik oleh mak-mak sedara memang agak malu dan terpaksa menjadi sporting pada malam berinai tersebut. Tapi Raisya ni gila-gila juga orangnya. Kalau dia nak balas cakap, dia hentam je.

“Along!!!” jerit Adam sambil membawa handphone Raisya.

“Nape?”

“Ni.. my honey call.”

Semua terdiam apabila terdengar perkataan yang terkeluar dari mulut Adam itu. Lepas itu apa lagi, kena bahan lagi la si Raisya tu dengan mak-mak sedaranya. Raisya punyala tak tahan, terus dia bangun dan menjawab panggilan Mukriz itu di dalam bilik.

“Hello.”

“Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam.”

“Tengah buat ape?” tersengih Mukriz sambil terbaring di atas katil.

“Tengah pakai inai.”

Mukriz senyum.

“Oklah. Nak tanya tu je.”

“Itu je? Baik tak yah call.” Raisya mencebik.

“Lepas ni nak sembang lama mana pun tak pe.”

Raisya pula tersenyum.

“Jaga diri baik-baik. Esok kita jumpa. Assalammualaikum.”

“Walaalaikummussalam.”

Panggilan dimatikan. Raisya tersenyum sendiri. Dia bersyukur sangat-sangat kerana berkat kesabaran dan kesungguhan dalam berdoa, akhirnya jodoh di depan mata. Dan lelaki itu adalah menantu pilihan ayah dan juga pilihan dirinya sendiri. Restu keluarga penting demi membina sebuah keluarga.

Raisya juga telah dua minggu berhenti kerja dan sama-sama membuka sebuah kedai jagung di pinggar bandar bersama ayahnya. Memang perkhabaran berita perkahwinan antara Raisya dan Mukriz mengejutkan semua staf di pejabat Mukriz tersebut. namun semuanya dijemput hadir memeriahkan suasana. Tetapi memang Raisya layak menjadi permaisuri di dalam hati Mukriz kerana dia banyak memahami karenah dan kemahuan Mukriz sepanjang dia bekerja di syarikat itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2016 08:02 AM | Show all posts
Alhamdulillah..

Dengan sekali lafaz Raisya sah menjadi milik Mukriz.

Majlis di sebelah pihak perempuan dan lelaki di gabungkan menjadi satu dan di buat di hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Suasana sepanjang majlis persandingan itu cukup meriah dengan tetamu pelbagai agama dan bangsa. Alif, Sarah, Marissa serta hampir keseluruhan staf Mukriz itu turut hadir kemajlis tersebut kecuali Harraz yang masih di hospital. Namun dia sempat berborak dengan Mukriz dan Raisya seketika melalui telefon.

Di pelamin, Mukriz menjerling memandang isterinya Raisya yang cantik memakai baju pengantin dari songket itu.

“Aipp!” Pak Teh yang baru hendak merenjis itu sempat kenakan Mukriz yang sedang asyik memandang isterinya disisi.

“Malam ni pandang la puas-puas.”

“Hahaha..”

Mereka berdua gelak besar di atas pelamin tersebut. Raisya sempat senyum pada suaminya. Sebaik sahaja Pak Teh turun dari pelamin…

“Love u, sayang.” Ucap Mukriz lalu mengenyit sebelah mata kirinya.

“Love u, too”

Pengapit pula yang tersenyum malu.



*************************



Kemudian pengantin di arak ke meja makan untuk sesi suap menyuap pula. Seperti biasa Mukriz sendiri akan tarik kerusi untuk Raisya duduk.

Masing-masing posing suap menyuap antara satu sama lain untuk bergambar dibuat kenang-kenangan. Setelah beberapa keping gambar diambil. Pengantin meneruskan makan beberapa suap sebelum sesi bertemu mesra dengan para tetamu.

“Abang..”lembut panggilan Raisya.

“Ya.” Mukriz terus memasukkan sesudu nasi minyak ke dalam mulut. Bayangkan pagi tadi hanya makan roti kering sekeping sahaja. Lapar tak payah cakap la tapi macam mana pun bukan boleh makan banyak ketika itu.

“Mak abang memang confirm tak datang?”

Raisya telah tahu segalanya tentang Mukriz setelah Mukriz berterus terang sebelum mereka hidup bersama demi kebahagiaan mereka.

“Abang mengharap. Tapi kalau mak tak datang apa abang boleh buat kan? Melainkan abang bawa Raisya ke Korea la jawabnya.”

“Hah??”

Raisya terlopong. Kau bayangkan manusia yang tak pernah jejak ke negara luar bagaimana perasaannya? Mulalah dia terbayangkan dirinya tengah naik kapal terbang dengan memakai spek mata hitam jenama Gucci.

“Hamboi dia.. jauh termenung.” Perli Mukriz sambil tersengih.

Raisya tersedar dari lamunan. Dia malu sendiri. Mukriz tersenyum sambil mengambil sebutir nasi di bibir Raisya.

"Makan macam baby. Comot!" sindir Mukriz.

"Eleh..kita tengok sape baby lepas ni."

Mukriz terus membeliakkan matanya sambil tersengih.

"Eh, eh dia.. pikir ape lah tu.." Raisya mula malu sendiri.



*************************



Setengah jam kemudian, pengantin mula beramah mesra dengan para tetamu. Mereka ke meja Ana dan rakan-rakan yang lain. Ana macam biasalah, dia bangun dan terus peluk cium Raisya.

“Kan aku dah cakap, jodoh kau depan mata je.” Ucap Ana terharu dengan kebahagiaan sahabatnya itu.

“Itulah. Terima kasih beb sebab sentiasa bersama dengan aku.”

“Encik Mukriz honeymoon mane?” tanya Mansor sambil yang lain mula tersengih-sengih.

Mukriz memandang Raisya lalu tersenyum.

“I serah semuanya pada Raisya. Dia pilih je mana-mana tempat dia nak.”

“Wahhhh jelesnya aku Raisya oii!” jerit Ana sambil yang lain pun turut bersorak memeriahkan lagi suasana.

Raisya macam biasa, bila diusik mulalah mukanya berubah menjadi merah. Malu!

“Assalammualaikum..”

Masing-masing yang masih berbalas gelak terus semuanya diam dan fokus pada salam itu. Mereka semua toleh dan mengadap seorang wanita berusia bersama seorang lelaki yang bermata sepet dan berkulit cerah itu.

Mukriz seperti tak percaya apa yang berada di depan matanya ketika itu.

“Waalaikummussalam. Mak..” Mukriz sebak.

Wanita berusia itu terus menangis dan menarik tubuh anak lelakinya itu dan memeluk dengan seerat-eratnya. Adik beradik yang lain mula perasan akan kedatangan mak Mukriz yang lama menghilangkan diri itu.

Masing-masing datang dengan penuh perasaan hiba dan kerinduan yang mendalam. Mereka berpeluk sambil masing-masing menangis meluahkan perasaan yang sudah lama tidak berjumpa.

Mukriz memegang tangan Raisya lalu di bawa ke depan ibunya.

“Mak, isteri Mukriz.. Raisya.”

Raisya senyum. Dia menghulurkan tangan untuk berjabat. Ibu Mukriz menghulurkan pelukkannya. Raisya terus memeluk tanpa paksaan.

“Jaga anak mak baik-baik.” Ucap Ibu Mukriz dengan penuh sebak dan gembira.

“Insyaallah mak..” Raisya terharu. Dia sekarang sudah dapat kasih sayang seorang ibu walaupun itu ibu mertuanya. Ibu mertua seperti ibu kandung kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2016 08:03 AM | Show all posts
jom habiskan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2016 08:07 AM | Show all posts
Di dalam bilik hotel.

Jam 5.30 petang..

Masing-masing kelihatan sedikit letih namun tetap bersyukur kerana semuanya telah dipermudahkan oleh-Nya. Raisya dan Mukriz perlu menyiapkan diri untuk sesi bergambar outdoor pula. Mereka berdua masuk ke dalam bilik solat Asar dan bersiap untuk memakai pakaian seterusnya.

Semasa Raisya sedang memakai pelembab muka, Mukriz datang lalu terus memeluk isterinya dari belakang. Bahu kanan Raisya dicium. Raisya tak pernah rasa seperti apa yang dia rasa ketika itu. Adakah ini dinamakan cinta yang sebenar?

Raisya menoleh ke belakang lalu mengadap suaminya. Mereka berdua bertentang mata sambil masing-masing mengukir senyuman yang cukup indah. Mukriz memegang tangan Raisya lalu dikucup sambil mata masih tajam memandang anak mata Raisya.

“Terima kasih kerana sudi jadi isteri abang. Insyaallah, abang akan pikul amanah baru abang ini sepenuh hati abang. Sama-sama kita harung ujian Allah hari demi hari. Abang nak Raisya tegur abang, bantu abang, sentiasa bersama abang di kala susah senang. Abang terlalu sayangkan, Raisya.” Ucap Mukriz sepenuh hatinya.

Raisya terharu. Dia mengangguk lalu mengalirlah airmata membasahi pipi. Mukriz senyum lalu terus mencium dahi isterinya.

“Abang sayang Raisya kerana Allah.”

“Raisya pun, abang.”

Mukriz mengesat airmata Raisya.

Tok! Tok! Tok!

“Cepat pengantin oii!! Nak macam-macam pun tunggu malam weiii!!” usik Wan, sahabat Mukriz yang kerja sebagai fotografer itu.

Mukriz dan Raisya tersenyum. Mukriz sempat cuit hidung Raisya sebelum dia berlari masuk ke bilik air. Raisya menggeleng kepalanya lalu sambung make up muka yang simple dan nampak natural.

Raisya tersenyum sendiri memandang dirinya di depan cermin. Dia bersyukur kerana semuanya berakhir dengan baik dan dia harap dia kuat menempuh ujian hari demi hari bersama yang tercinta.





Sekian.    insyaallah jumpa lg dgn crita lain pulak. Moga terhibur
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 02:20 PM | Show all posts
momey replied at 9-3-2016 08:07 AM
Di dalam bilik hotel.

Jam 5.30 petang..

ending yg positive gitu
nampaknya semua watak ada disebut
bgsnya harraz nk jd imam utk marissa
well mukriz dan raisya xyah komen dok dah mmg citer ttg diaorg jer pun
tp kan momey naper x terselit watak asyraff tu, kotlah nk sebut yg asyraff bertemu minah seorg nurse pelatih

apa pun akak tunggu next story
kipidap dun gibab
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-3-2016 03:10 PM | Show all posts
Edited by momey at 9-3-2016 03:13 PM
fatehana replied at 9-3-2016 02:20 PM
ending yg positive gitu
nampaknya semua watak ada disebut
bgsnya harraz nk jd imam utk maris ...

hahaha trima kasih byk2 kak setia mmbaca smpai abih

crita br ni br nk cari nama kak hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 10:20 AM | Show all posts
Last2 bos tu kawen dgn raisya..eleh kawen pun...mna blh thn lma.haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2016 11:35 AM | Show all posts
Esmiria replied at 10-3-2016 10:20 AM
Last2 bos tu kawen dgn raisya..eleh kawen pun...mna blh thn lma.haha

kan? hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 12:51 PM | Show all posts

maaflah seme aku yg mentah bru 20 thun ni nk ckp. jgn lah beriya sgt  cite pda yg dah berkawen tu.blum tentu pnjng.aku tgok ramai blogger(facebooker) sakan cite psl laki dia setiap entry.kita x thu whats happen...... tu es ckp ...blum tntu pnjng dlm komen before ni


ps/es blum gatal nk kaweb.blum terbukok hati lgi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2016 02:12 PM | Show all posts
Esmiria replied at 10-3-2016 12:51 PM
maaflah seme aku yg mentah bru 20 thun ni nk ckp. jgn lah beriya sgt  cite pda yg dah berkawen tu. ...

laaa momey salah faham la ni hahaha
igtkan apalah yg es ckp td

biasalah tu es. manusia ni lain2 punya prangai. kita semua tak perfect pun. kalu tak, tak da la syurga dan neraka ye x?
tudia ayat aku hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 09:27 AM | Show all posts
Edited by RinIna at 11-3-2016 09:29 AM

Semua watak best ending.. cuma layla sian x smpt taubat dan mntk maaf kat ayh dia dah mninggal.. ingtkn asyraff tu yg dpat merubah sikap layla jadi baik.. xpe kak, ape pon cite best.. ending pon smue nye baik2.. yaayyy..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2016 10:47 AM | Show all posts
RinIna replied at 11-3-2016 09:27 AM
Semua watak best ending.. cuma layla sian x smpt taubat dan mntk maaf kat ayh dia dah mninggal.. ing ...

tq dear                
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.074927 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list