Gandingan semula Awie dan Erra
bermula di pawagan pada 31 Mac 2016.
Aura duo ini mula terasa ....
Kisah percintaan dan konflik kehidupan dunia moden yang berkisar di antara Daniel seorang Akitek dan Diana seorang Peguam menjadi nadi penceritaan. Perkahwinan Daniel dan Diana di atur oleh keluarga masing-masing dan bukan atas dasar cinta. Mereka cuba menyemai rasa cinta dalam rumah tangga mereka tetapi keegoan dan kegagalan percintaan silam masing-masing menimbulkan pelbagai konflik dalam kehidupan mereka.
Ketegangan baru pula bermula dengan kemunculan Erra, kakak angkat Daniel dari Australia yang menggamit kenangan silam cintanya bersama Awie yang kecundang lebih dua dekad dahulu. Kebetulan pula Awie adalah abang kepada Diana. Erra dan Awie akhirnya mengenepikan duka lama demi menyelamatkan perkahwinan Daniel dan Diana.
Mampukah mereka menyelamatkan rumah tangga pasangan muda ini? Adakah keegoan Daniel dan Diana akan luntur dengan sisa-sisa cinta yang masih tinggal? Mampukah cinta berputik kembali selepas kekecewaan cinta pertama?
Terbitan Unggul oleh:TOUCHTRONICS ENTERTAINMENT SDN BHD
lepas ni kalau nak bukak thread di board wayang tolong letak trailer dan serba sedikit sinopsis ye. next time bukak benang 3 ayat mcm ni saya terpaksa tolak kredit. terima kasih.