Saya baru melihat hebahan forum anjuran IKIM di atas pada laman sesawangnya hari ni , tapi ada sesiapa yg boleh memberikan intipati forum tersebut?
i think pihak IKIM rasanya boleh siarkan jugak dalam you tube ke atau web TV diake ( tak terhad pada ahli je lah ye ) sebab ini saya consider sebahagian dari public engagement jugak.
Post time 4-3-2016 04:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku nk buat program masjid boleh kongsi mana2 badan yg boleh bagi dana tak???....sebab Mesjid Allah kat sini kurang sangat tetamu...nak kene Yahudi gerakkan pulak....yg Meleis pandai propa jah ,dakwah malas.
Institusi Islam berperanan dalam pembangunan negara
04 Mac 2016 1:19 AM
Ahmad Sarji Abdul Hamid
KUALA LUMPUR 3 Mac – Setiap institusi Islam tempatan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bertanggungjawab bagi memelihara kedudukan dan kesucian agama Islam di negara ini.
Pengerusi Permodalan Nasional berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, terdapat empat kategori institusi Islam yang ditubuhkan di negara ini iaitu institusi dan pihak berkuasa Islam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan dan kefahaman Islam serta institusi ekonomi dan kewangan Islam.
“Keempat-empat institusi Islam ini mempunyai tanggungjawab dan peranan mereka masing-masing, antara peranannya adalah untuk melaksanakan undang-undang bagi mengawal sebarang usaha mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama yang bertentangan dengan ajaran Islam dalam kalangan orang Islam sendiri.
“Peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan lain-lain institusi dalam mengurus hal ehwal masyarakat Islam misalnya dilihat semakin mencabar, tanpa institusi-institusi ini kemungkinan masyarakat Islam boleh berpecah,” katanya dalam ucaptama sempena perasmian Forum Peranan Institusi Islam Dalam Pembinaan Negara, di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Datin Dr. Azizan Baharuddin.
Jelas Ahmad Sarji, kejayaan institusi berkaitan pendidikan dan kefahaman Islam dalam meningkatkan bilangan profesional muslim juga dapat dilihat dengan jelas.
Beliau berkata, laporan audit Kajian Awal Pembangunan Sosio­ekonomi Bumiputera 2015 oleh KPMG, ternyata memperlihatkan kejayaan dan peningkatan penglibatan golongan bumiputera dalam kerjaya profesional antaranya jurutera sebanyak 74 peratus iaitu seramai 6,109 pekerja, juruukur 55 peratus (5,578) dan doktor gigi 51 peratus (2,169).
Bukan itu sahaja katanya, institusi ekonomi dan kewangan Islam juga telah membuktikan negara ini merupakan antara pemain industri terbesar dalam sektor kewangan Islam dengan pegangan aset kewangan Islamik secara ke­seluruhan sebanyak 25.5 peratus atau nilainya sebanyak RM1,749.7 bilion dan aset takaful di Malaysia bernilai RM35.5 bilion.
“Secara keseluruhannya, penglibatan Malaysia sebagai pe­neraju dunia dalam melonjakkan institusi-institusi berlandaskan Islam dalam arena kewangan antarabangsa telah diiktiraf dengan sewajarnya.
“Dengan kejayaan ini, kita lihat bahawa negara kita berkemam­puan untuk menerapkan prinsip-prinsip ekonomi dan kewangan Islam menerusi institusi yang berkenaan untuk pembangunan ummah dan pembinaan negara,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.8cktHBba.dpuf
pada saya lebihkan public engagement dan educate public tentang peri pentingnya institusi ini
rasanya lebih penting dalam menangani isu isu yg umat islam berkepentingan - dalam pelbagai aspek :
perundangan, perubatan, pendidikan, sosial dan ekonomi
so biarkan mereka yg suka mencari perpecahan , suke mencetuskan benda yg khilaf yg tak ada masalah pun pada dasarnya tapi biarkan mereka imuwan islam, sarjana islam aliran ASWJ / para mufti yg lebih serious dalam memokuskan hal yg lebih relevan atau profesional berfikrah Islam menjadikan platform institusi ini untuk berdiskusi , atau melakar polisi benda yg manfaat islam dan umat serta sejagat dalam aspek di atas berpadu fikiran untuk fokus pada benda yg relevan dan kritikal dan tidak bawa perpecahan dalam hal yg dasarnya tak ada masalah pun, sebab Islam itu aman, cantik , mesra , selamat dan universal actually.
i guess depa punya kerja lebih relevan dari membicarakan hal khilaf atau mencetuskan hal khilaf yg good for academics tapi sekarang ini menuntut pegetahuan fiqh yg superb dalam kalangan pakar pakar profesional berfikrah islam dalam menangani isu dan aspek aspek yg saya nyatakan di atas.
well...now they are talking about akta tukar agama dan ini melibatkan kes kes penceraian parents yg berlainan agama tang penentuan hak penjagaan...etc
aa dalam web berita ni - semalam seorg forumner bawa topik tu then topik tu hilang.
that means - sekarang ni those institusi islam ngos etc dok teliti
tapi tulah kan..
pentingnya institsui islam
tapi di samping itu think tank nya. radio ikim pernah discuss isu ini though - tapi si lady prof yg cakap tu adalah dari family law i rasa cuma bagi surface understanding aje. yg menariknya dia sentuh pasal topik penjagaan anak - hak anak tu jatuh pada so and so tapi tak sentuh dalam bab pengurusan akidah. she always quote how good the western block in ensuring the best interest of a child tapi bend ayg this lady tak sentuh ialah pengurusan akidah. May be barat or UK is good in other bab tapi kita tak leh lari dari bab sistem nilai dan ini critical , sebab tu sometimes i wonder , to engage public dalam hal hal macam ni i hope janganlah diberi hanya surface info sebab apa yg diberika too surface dan bila dr Shamrayahu utarakan siapan yg juga bermain di benak saya , in response tu this lady nyer pernyataan tang bab penetuan agama anak tu - di quote sirah or sumber ( tu pun perlukan lebih banyak penjelasan dan isi supaya kelihatan konkrot dan seemed perepared ) - i just surprised yg dijawab tu bersifat terlalu ' apologetic' - yups..ini bukan kritikan pada si lady prof tu tapi the content of the statement tu.