View: 1452|Reply: 5
|
renung renungkanlah ini ...
[Copy link]
|
|
Perpaduan Umat, Persaudaraan Ulama
Ditulis oleh Dr. Mohd Sani Badron. Posted in Sinar Harian
Perpaduan umat terjamin apabila ada kesatuan pemikiran, bahawa para mujtahid boleh berbeza kesimpulan dalam masalah rantingan (juz’iyyat) dalam bidang fiqh dan usul fiqh yang sah. Ini mencerminkan hikmah Tuhan Yang Esa yang mentadbir hal-ehwal manusia, zaman, dan negara yang berbilang.
Perbezaan antara-mazhab dan intra-mazhab telah wujud ribuan tahun, di seantero dunia Islam. Secara keseluruhannya ia adalah dalam keadaan terkawal dan beradab, di mana ahli-ahli ilmu bersetuju untuk tidak bersetuju, atau rela untuk berbeza. Iaitu agree to disagree dan agree to differ; dalam perkara-perkara rantingan.
Semua pihak perlu insaf bahawa berkelahi dalam hal rantingan bukan dari ajaran agama. Sebaliknya Islam adalah Agama Persaudaraan, Agama yang Ramah, bahkan Agama Dialog antara para sarjana.
Imam al-Ghazali pernah menggagaskan bahawa, para alim ulama’ yang hakiki itu ketika berjumpa, seharusnya saling sayang-menyayangi dan cinta-mencintai. Ulama-ulama’ yang terdahulu diriwayatkan sarat dengan sifat persaudaraan, bertolong-tolongan dan saling senasib-sepenanggungan pada waktu suka dan duka.
Imam al-Shafi‘i pernah mengemukakan manifesto berikut: “Ilmu pengetahuan di kalangan tokoh-tokoh yang istimewa dan berfikiran tinggi itu, adalah dalam bersilaturrahim yang sambung-menyambung.”
Ilmu pengetahuan tidak seharusnya dijadikan alat permusuhan yang merosakkan silaturrahim. Hasan al-Basri pernah menyatakan, “Faqih itu tidak mengejek-ngejek dan tidak bermusuh-musuhan.”
Bahkan dalam al-Qur’an sendiri ada peringatan: “Dia telah menshari‘atkan bagi kamu mengenai al-Din...bahawa kamu tegakkan al-Din dan jangan kamu bersalah-salahan dalamnya” (al-Shura, 42:13). Jelas bahawa dari zaman awal lagi, Agama bukanlah faktor untuk berpecah-belah dan saling bertentangan.
Kajian secara menyeluruh menunjukkan bahawa empat mazhab Ahlus Sunnah memiliki kesimpulan yang sama dalam sekitar 75 % rumusan fiqh mereka. Ditambah lagi dengan unsur-unsur utama “pandangan-alam” Islam, kita sebenarnya memiliki “titik-pertemuan” yang cukup ampuh yang sedia menyatu-padukan kesemua mazhab.
Kesemua mazhab bersatu dalam mentawhidkan Allah, menegakkan undang-undangNya, dan mengabdikan diri kepadaNya. Tidak ada langsung sebarang perselisihan yang tidak sefaham dalam perkara-perkara usul tersebut.
Malangnya tuduhan bid‘ah dan sesat terhadap perkara-perkara furu‘ yang sah — telah, sedang dan akan terus memecah-belahkan masyarakat Islam. Kata-kata celaan, cacian dan ejekan juga telah membawa kepada permusuhan sesama Islam.
Sebenarnya perpaduan umat Islam dalam shari‘ah yang satu amatlah mengagumkan para pengkaji Barat yang membandingkannya dengan nasib sekta-sekta agama Kristian yang saling bercanggah antara satu sama lain.
Kekaguman mereka semakin meningkat kerana perpaduan shari‘ah tercapai sedangkan dalam masa yang sama berlaku banyak pergolakan politik seperti pemberontakan terhadap saidina ‘Uthman, perlawanan antara Ali dan Talhah dan Mu‘awiyah, peperangan oleh puak Khawarij, penaklukan Mongol, dan penjajahan Barat.
Tanpa adab kepada pelbagai aliran pemikiran yang sah, akan terdapat lebih banyak perpecahan dan perbantahan. Kajian Abdal Hakim Murad merakamkan bagaimana al-Tuwayjiri yang berasal dari satu aliran Salafi dengan al-Albani, telah mengeluarkan kata-kata celaan dan cacian terhadap al-Albani kerana perselisihan faham dalam soal hijab. Tanpa adab dalam berbeza pandangan, timbullah penindasan terhadap hak sarjana lain—iaitu sikap totalitarian, kebiadaban, dendam, iri hati, dan dengki.
sumber :
http://www.ikim.gov.my/index.php ... -persaudaraan-ulama
|
|
|
|
|
|
|
|
Malangnya tuduhan bid‘ah dan sesat terhadap perkara-perkara furu‘ yang sah — telah, sedang dan akan terus memecah-belahkan masyarakat Islam. Kata-kata celaan, cacian dan ejekan juga telah membawa kepada permusuhan sesama Islam.
ni - siapa yang memulakannya dulu dan mula bersuara dan kesannya berpecah ?
sapa ?
|
|
|
|
|
|
|
|
salam 
candu bagi orang yang ada ilmu .. errmm
adab dalam berbeza pandangan, timbullah penindasan terhadap hak sarjana lain— iaitu sikap totalitarian, kebiadaban, dendam, iri hati, dan dengki. sepatut nya cari persamaan ..
bukan cari perbedaan ..
persamaan ini dapat merapatkan jurang perbedaan ..
dengan pendidikan persamaan itu .. dapat memahami ..
sesuatu masaalah yang d'hadapi ..
bukan cara menindas ..
wassalam

|
|
|
|
|
|
|
|
candu bagi orang yang ada ilmu...eerrmm
sepatut nya cari persamaan ..
bukan cari perbedaan ..
persamaan ini dapat merapatkan jurang perbedaan ..
dengan pendidikan persamaan itu .. dapat memahami ..
sesuatu masaalah yang d'hadapi ..
bukan cara menindas ..
laaaaa kata nak cari persamaan, dah elok kata persamaan
tapi samakan candu bg org yg berilmu????
dah terbelitlah gitu mamat ooiiiii
dan
tak sepatutnya perkataan CANDU ni keluar dr manusia yg kononnya MENGENAL ALLAH
dan bagi pendidikan
seiringkan IMAN, ISLAM EKHSAN tuuuu
bukan belajar feqah sahaja, atau usul sahaja atau tauhid sahaja
macam NABI dah terangkan kepada manusia yg mahu menjadi umatnya kan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|