CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2556|Reply: 5

"Tolong Henti Fitnah Bekas Suami Saya"

[Copy link]
Post time 15-2-2016 05:06 PM | Show all posts |Read mode





Seorang ibu kepada dua anak dari Kampung Durian Burung disini merayu agar masyarakat berhenti dari melemparkan tohmahan liar kepada bekas suaminya yang baru sahaja meninggal dunia bulan lepas dalam satu kemalangan maut di sini.


Dalam kemalangan yang bertarikh 28 Januari itu, mangsa, Mohd Fandy Harunarshid, 31, maut setelah kereta yang dipandu oleh Harunarshid terbabas sebelum memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori ikan.


Di dalam insiden terbabit, seorang penumpang di dalam lori ikan tersebut parah manakala seorang lagi cedera ringan. Sementara itu seorang lagi penumpang yang berada di dalam kereta yang dipandu oleh Harunrashid turut cedera parah.


Bekas isterinya, Siti Aisyah Muhamad Razli, 26, berkata dia terkilan dengan tindakan segelintir pihak yang masih memburuk-burukkan arwah berikutan kemalangan tersebut.


Menurutnya, antara tuduhan yang dilemparkan adalah bekas suaminya berada di bawah pengaruh dadah selain tuduhan liar yang lain.


Saya rasa sedih dengan tuduhan sebegini sebab dah 10 tahun kenal hati budi arwah. Mengenai perceraian kami itu kerana suratan dari ALLAH, jodoh kami tidak panjang
.


Peribadi arwah juga sangat baik, mudah tolong orang. Dia juga tak lepas tangan membantu saya besarkan anak-anak kami
,” katanya.


Tambah Siti Aisyah lagi, kedua-dua anaknya, Muhammad Afif Qayyum, 8, dan Muhammad Qusyairi, 6, masih lagi merindu pemergian bapa kandung mereka sehinggakan selalu mengalami demam panas sejak Allahyarham dikebumikan.


Anak sulung Alhamdulillah dah sihat, tapi anak kedua masih lagi demam. Anak kedua ni kalau teringat kat arwah cepat-cepat baca doa ibu bapa yang diajar guru di tadika
,” katanya.

Menurut Aisyah lagi, sebelum ini tanggungan untuk membesarkan anak-anak dibantu bekas suaminya namun kini dia terpaksa melakukannya sendiri.


"
Saya ambil upah menoreh dengan ibu dan ayah. Harap-harap dapatlah bantuan daripada mana-mana pihak
," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.


Tambahnya juga, anak sulungnya itu menderita kecacatan otak di sebelah kiri sejak lahir dan tidak boleh melakukan aktiviti berat seperti kanak-kanak lain.




sumber : siakapkeli / sinar harian





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2016 05:15 PM | Show all posts
artikel ni rasanya dah 2kali kuar.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Saudaraku, sibukkan dirimu dengan ilmu, amal dan dakwah. Jangan terjerumus dalam kubangan fitnah politik atau fitnah tahdzir sesama ahli sunnah
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 03:12 PM | Show all posts
berita kitar semula..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 04:37 PM | Show all posts
terselit disitu ayat mohon bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 05:19 PM | Show all posts
hohoho apa apa jelah dh mampuii punnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.055718 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list