Edited by cik_sssara at 24-8-2016 09:49 AM
Baru ada kesempatan tengok cerita ni.
Ringkasan:
Tentang komuniti ikan duyung yang mendiami sebuah kepulauan (The Green Gulf) yang terpencil sedang diancam kepupusan dek pembangunan. Teknologi sonar yang digunakan untuk menghalau hidupan laut disekitar pulau ini amat berbahayas ehinggakan boleh membawa kepada kematian. Komuniti ikan duyung ini terpaksa berlindung didalam sebuah kapal buruk yang terdampar di tepi pulau ini. Mereka telah bersepakat untuk membalas dendam ke atas manusia, dengan membunuh Liu (hartawan pemilik pulau ni). Mereka memilih untuk menghantar Shan, seorang gadis yang dianggap paling cantik dikalangan mereka untuk memikat Liu lalu membunuhnya.
Namunapa yang berlaku – Liu yang pada awalnya sekadar ingin menggunakan Shan dengan niat supaya Ruolan (rakan kongsinya) cemburu namun beliau telah jatuh hati pada Shan. Shan seorang wanita lurus, Liu mengintainya kerana kejujurannya yang tidak pandang pada wang ringgit. Semasa Liu mendapati bahawa Shan tu rupa-rupanya seekor duyung, dia panik dan menceritakan penemuanya itu namun semua tak percaya. Kecuali Ruolan, wanita ini merupakan rakan kongsinya, tapi mempunyai niat jahat. Ruolan percaya Liu benar-benar bertemu komuniti duyung, lalu terus menghantar pekerjanya pergi ke tempat persembunyian duyung itu. Babak ni memang sedih, banyak duyung dicederakan dengan kejam. Hampir kalah, namun muncul lah nenek duyung. Nenek ini bertindak sebagai duyung terhormat, paling tua dikalangan mereka. Nenek duyung mempunyai ekor yang sangat besar. Sekali libas semua tewas. Liu akhirnya sedar bahawa dia sudah tersilap langkah – lalu dengan segera cuba selamatkan Shan. Setelah bertarung dah reban hampir mati, Shan berjaya diselamatkan oleh Liu. Ruolan pula ditangkap polis. Liu berkahwin dengan Shan dan tinggal bersama-sama di rumah agam Liu, ditepi laut.
Mesej cerita ni, untuk menunjukkan betapa manusia sangat tamak dengan kekayaan tanpa peduli hidupan semulajadi yang tak ternilai. Mungkin Stephen Chow nak sindir bangsa dia sendiri yang suka bunuh & siksa binatang eksotik untuk jual.
Antara part kelakar:
- Masa pameran muzium eksotik. Tauke ni tipu orang – dia buat sendiri barang2 pameran tu. Cicak tokek tu dia kata Dinosaur. Bila orang tanya, dia dengan confident cakap dia guna teknologi canggih shrink dinosaur tu kalau tak mana boleh muat bilik pameran tu. Pastu anjing pulak dia cat, kata tu Panthera Tigris. Bongok betul, kesian anjing comel dengan muka tak bersalah tu.
- Masa Shan datang pejabat Liu, nak bunuh dia. Macam2 cara dia nak bunuh, tapi sudahnya semua kena kat dia balik. Memang tak tahan ketawa part ni.
Suka sangat cerita Stephen Chow, ada identiti sendiri. Memang menggambarkan kehidupan selamba diorang.
|