View: 3767|Reply: 7
|
[2016]
THE MONKEY KING 2
[Copy link]
|
|
X abes2 nak sentap dgn ba.bee |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mamigonzales at 7-2-2016 09:40 AM
Saya tak berapa pandai nak terjemah tapi saya cubalah supaya jadi panduan sama ada nak gi nonton ke tidak.
The Monkey King 2
Cast: Aaron Kwok, Gong Li, William Feng, Xiao Shen Yang, Him Law, Kris Phillips, Kelly Chen
Director: Cheang Pou-soi
Music: Christopher Young
In Mandarin
Terjemahan dan ringkasan review:
Sequel ceritanya bermula dari pengakhiran Monkey King yg pertama.Jalan ceritanya mudah dan tidak berbelit2. Wukong (Aron Kwok) terlepas dari penjara gunung Five Elements, lalu diperintahkan oleh Dewi Kuan Yin mengiringi sami muda Xuanzang (William Feng) dlm pengembaraan kebarat untuk mengambil naskhah suci demi mengembalikan keamanan dunia. Wujing (Him Law) dan hantu khinzir Baije (Xiao Shenyang) turut serta sebagai pengiring.Didalam perjalanan mereka mendapat tahu bahawa ada sejenis spirit bernama White Bone yang gemar menculik kanak2 dari serata kampung2 dan memakan mereka demi kekal hidup muda selama2nya.
Oleh kerana pengarah Cheang membuat jalan ceritanya mudah maka beliau berjaya menyulam aksi2 stunt dan drama secara sederhana dan tidak keterlaluan, tampak lebih cantik dan berkesan choreography aksi2 perlawanan dan aksi ngeri (hasil kerja Sammo Hung) walaupun kadang2 nampak seperti celaru namun ada yang menonjol cemerlang, dan kita dihidangkan juga dengan naga2 dan monster2, rangka2 berpedang serta bayangan2 berganda secara digital.
Lakunan Gong Li sebagai White Bone Spirit (spirit yang separa CGI) membuktikan mengapa dia diiktiraf sebagai seniwati besar.Kwok pula nampak selesa dan enjoy dengan character monyet yg bertenaga dan nakal.Kwok yg berlatar belakangkan kebolehan menari, terkadang nampak melintuk gemalai pergelangan tangannya. Mungkin filem ini lebih terarah kepada penonton2 remaja dan bawah remaja yg menyukai cara Kwok menterjemah watak Raja Monyet yg kelakar, gila2 walaupun dlm pose yang mengancam musuh.
Sound effect dan music juga bagus seiring dengan reka bentuk pengeluaran dan lakun layar. Tiga element penting yang terdapat dlm cerita ini yg membuatkan ianya bagus ialah element drama yang jelas(genuine),watak2 yang terbina lorekannya (shading) dan element tegang (tension).Pengarah berjaya mengimbangi komedi, drama, dan fantasi.
source: The Hollywood Reporter & Sydney Morning Herald
|
|
|
|
|
|
|
|
Gong Li sebagai White Bone Spirit
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni yg smbung an filem arahan Stephen chow part 1 dlu ka? Director nma len pulk. Klu bkn s. C xbestlaaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|