CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3805|Reply: 9

Tukarkan 'Pampers' Pakai Basuh Untuk Bayi, Jimat Belanja

[Copy link]
Post time 4-2-2016 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

*Ini bukan iklan promosi atau review

Tak pernah dengar? Jarang dengar? Tahu, tapi tak ambil tahu? Anda rugi ibu-ibu, umi-umi, mama-mama sekalian.

'Pampers' Moden merupakan lampin moden yang dikenali dengan Cloth Diaper (CD) ini adalah 'pampers' yang boleh dibasuh. Tidak seperti pampers biasa yang dipakai buang. Secara tidak langsung, menyamai dengan membuang duit. Betul tak?



Jika anak-anak dipakaikan dengan pampers biasa, sering kali kulit merah-merah dan gatal. Kesian kan? Tetapi dengan Cloth Diaper (CD) ini, ia lebih lembut dan tidak panas. Si manja juga pasti selesa.



Umum mengetahui, ekonomi hari ini sangat tidak stabil. Harga barang semuanya naik. Sebab itulah, ibu bapa moden kini perlu tukarkan pampers biasa kepada CD ini kerana ia sangat menjimatkan wang, anak kecil juga akan cepat belajar membuang air di tandas, bayi akan selesa, mengurangkan masalah kesihatan si manja dan boleh digunakan daripada bayi sehingga anak kecil berusia 5 tahun.






Terdapat pelbagai corak Cloth Diaper (lampin moden) ini seakan seluar pendek. - CARI Infonet



Apa itu Cloth Diaper (CD)?

Cloth Diaper terdiri daripada Pocket Pants dan Insert

1) Pocket Pants atau dipanggil CD sahaja

2) Bahagian Luar daripada kain PUL atau fabric polyurethane laminate yang tahan lasak dan waterproof

3) Bahagian dalam daripada Soft Inner Layer atau fabric microfleece/suede berfungsi memastikan punggung bayi berada dalam keadaan kering dan mudah untuk dibersihkan.

4) Snap Buttons (Butang Katup) : Untuk dilaraskan saiz daripada S, M dan L.




5) Pocket Opening : Ruang untuk memasukkan insert/soaker

6) Insert/Soaker : Berfungsi menyerap basahan daripada bayi anda. Sehelai boleh bertahan 3-4 jam.




Cara Penjagaan

Bagi CD yang baru dibeli ;

1. Basuh 3-4 kali sebelum guna (Untuk membuang bahan kilang dan penyerapan yang lebih baik).

2. Rendam dalam air suam/panas semalaman.

3. Cuci dengan sedikit sabun dan cuci macam biasa atau menggunakan mesin basuh.

4. Jika menggunakan mesin basuh, pastikan menggunakan laundry bag (untuk menjamin jangka hayat CD).

5. Pastikan serbuk pencuci yang digunakan tiada peluntur, pelembut dan bahan kimia.

6. Jemur dibawah cahaya matahari.





Selepas Penggunaan Cloth Diaper (CD)


1. Buang semua najis ke dalam mangkuk tandas, bilas sehingga hilang bau dan masukkan ke dalam baldi.

2. Masukkan kesemua CD ke dalam mesin basuh.

3. Jika cuci dengan tangan, cuma bilas hingga tiada kesan serbuk pencuci.

4. Gunakan Laundry Bag untuk menjamin jangka hayat CD anda.

5. Jemur (seeloknya di bawah cahaya mentari untuk menghilangkan kesan najis)






Kredit : Google






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2016 05:06 PM | Show all posts
tengah consider nak tukar my 2year old pakai cloth diaper nie.. anyone ada experience pakai CD nie?? camne kalau dengan pengasuh? kalau jenjalan still kena pakai pampers gak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 08:28 AM | Show all posts
siapa yg dah guna boleh share tak... berminat juga nak try
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 01:32 PM | Show all posts
ninjago: tengah consider nak tukar my 2year old pakai cloth diaper nie.. anyone ada experience pakai CD nie?? camne kalau dengan pengasuh? kalau jenjalan still ...


My sister pernah pakai 3 years ago.
Review dia :-

Jimat - memang menjimatkan, sebab dah xpayah susah2 beli pampers
Practical - yup, if anda seoorg housewife yg ada bnyk masa untuk selalu tukar and bersihkan CD
Leceh - Every hr kena check, if penuh kena tukar, and then yg part yg lembap tu kena rendamkan dalam air nak basuh.
Lagi leceh kalau anak berak, sebab nak kena basuh. Huhu.

Kalau dengan pengasuh, my sister still pakaikan pampers. siapa sanggup nak basuhkan..,
Jenjalan pon pakai pampers...
My sis akan gunakan CD untuk weekend je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 02:20 PM | Show all posts
byk keja, lagipun CD mahal..kena beli banyak2 atleast dalam 10 pcs utk 1 saiz.. 1 CD aku rs dalam puluhan jugak rega sekeping tu

kalo jenis org byk anak digalakkan la beli CD dari 1st born..tapi utk org yang target hanya sorang 2 anak tu guna ajer pampers pakai buang...

diapers classics murah jer skrg... blh dapat dalam 27rm 84 pcs free 4 pcs utk saiz S, M72

lagipun baby cepat membesar..3 thn dah blh tak pakai pampers..

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2016 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakaikan sahaja napkin. Setelah napkin dilipat untuk dipakaikan alaskan dengan napkin liner. Kegunaannya napkin liner itu untuk membuang najis baby. Jimat dan murah. Diluar napkin selepas dipakaikan ada plastik untuk balut napkin daripada kena tembus kencing/najis. Kemudian baru pakaikan panty for baby girl, briefe for baby boy. Lagi bertahun tahun boleh digunapakai. Diapers yang dijual mengarut mahalnya. Tak sanggup nak bazir duit beli diapers. Lebih baik beli susu mahal dan makanan yang bagus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2016 12:14 AM | Show all posts
leylapple replied at 5-2-2016 01:20 AM
byk keja, lagipun CD mahal..kena beli banyak2 atleast dalam 10 pcs utk 1 saiz.. 1 CD aku rs dalam pu ...

tanya my friend yang guna CD ni,
dia kata kalau dari baby cam tak bagus juga guna
sebab tahi cair lagikan... kalau dah tahi keras tu ok juga...

dia ada liner letak kat CD tu, liner tu pula
boleh terus buang kat toilet aje...

tapi tulah, selepas dibincang, me guna diaper ajelah..
malas banyak kerja nak dibuat bersih bagai,
lebih rela ngadap anak gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
CD ni mmg rimas byk bila guna especially utk parent yg bkerja. Kalau suri rumah ok lah kot. Tp sama jgk kena guna byk air sabun nak cuci jg

Skrg lampin pakai buang byk dh yg murah. Ada yg murah n kualiti pun ok...
Paling baik umur anak dlm setahun boleh ajar dia utk toilet train... Ada berbagai cara thats what my family ajar kn pada budak2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2016 05:39 PM | Show all posts
Berminat jugak nk try.tp kat mana ye nk dptkan cd ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 07:56 AM | Show all posts
cloth diapers... kena rajin membasuh ... recommended esp if anak ada sensitif skin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.044961 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list