Oleh Izzah Abbasy
Memetik sumber daripada Astro Awani, 10 tangga popular yang sering dilakukan rakyat Malaysia di ibu kota majoritinya gaya hidup yang kurang sihat. Aspek pemakanan yang disebabkan kegemukan dan obesiti dilihat daripada pengambilan makanan yang sangat tidak sihat.
Trend lepak dan makan di luar juga boleh mengurangkan nilai kasih sayang sesama ahli keluarga dan masa bersama dibazirkan begitu sahaja.
Tidak kurang juga yang menjadikan aktiviti di gimnasium sebagai aktiviti sihat sehinggakan ramai yang menjadikan ia sebagai hobi dalam membentuk tubuh badan yang cantik dan 'sado'.
Jom, lihat gambar yang telah dirakamkan sekitar Selangor. - CARI Infonet
Seorang lelaki muda menikmati minuman kopi manis di sebuah restoran Mamak di Shah Alam, Selangor
Kesan dari gaya hidup tidak sihat warga Malaysia ini, jelas kelihatan
Fenomena 'kaki gym' satu perkembangan sihat di kalangan warga Malaysia. Beberapa individu kelihatan sibuk menjalani latihan di Klang, Selangor
Santapan kurang sihat sedang disediakan di sebuah pasar malam di Klang, Selangor
Orang ramai menjamu selera pada tengah malam, di sebuah restoran Mamak di Shah Alam, Selangor
Warga kota menjalankan senaman Tai Chi pada awal pagi di Ampang, Kuala Lumpur
Nasi Kandar, pilihan popular di kalangan warga Malaysia
Orang ramai beratur pada waktu makan tengah hari untuk menjamu selera di sebuah restoran nasi kandar di Kuala Lumpur
Orang ramai beratur mendapatkan satay di sebuah pasar malam di Klang, Selangor
|