Pagi yang nyaman, Hujan menitis lambat, Matahari malas menunjuk diri, Lindungi diri disebalik awan gelap, Dedaun basah bercampur hujan dan juga embun.
Nun di atas, Terpancar pelangi di pagi hari, Warna mengamit burung-burung beterbangan girang, Bentuknya menawan setiap yang memandang, Mata bak di hadiahkan keindahan alam, Hati bak disedarkan keajaiban duniawi, Minda seolah mendapat terapi semulajadi.
Tersedar akan kehidupan ini, Ada banyak warnanya, Ada warna yang ceria, Dan ada juga warna yang pudar, Setiap sesuatu pasti ada hikmahnya, Lalui hidup dengan penuh warna-warni, Kebahagian pasti dikecapi.
|