Kata orang, satu keluarga tak akan lengkap jika tak ada ayah. Bukan sahaja ayah, ibu juga berperanan besar dalam membentuk satu keluarga.
Sebagai menyeimbangi hubungan anak dan seisi keluarga. Peranan ayah sangat besar dalam kehidupan kerana kejayaan sesebuah keluarga bermula daripada peranan ayah.
Jom baca antara peranan ayah dalam menanamkan nilai-nilai hidup dan sosial yang baik untuk keluarga dan juga anak-anak.
1. Player (teman bermain)
Ayah harus menjadi tempat bermain bagi anak-anak. Semakin banyak masa ayah luangkan kepada anak-anak, ia akan mental anak-anak berkembang dengan kuat.
2. Guru
Seorang ayah harus tahu menjadi guru yang terbaik untuk anak. Peranan ini akan membuatkan anak hormat kepada ayah mereka. Ia juga berpenanan sebagai sumber aliran pengetahuan yang elok.
3. Pelindung
Seorang ayah seharusnya mempunyai peranan yang sama dengan seorang ibu. Ayah tak hanya boleh bergantung kepada ibu untuk hanya menjaga dan melindungi anak. Sebagai pelindung, ayah seharusnya menjadi 'spy' untuk mengenali dunia anak, ketahui apa yang disukai dan dibenci.
4. Sebagai partner
Dengan berganding bahu dengan isteri, anda perlu mempunyai suara yang sama. Jika ingin menegur anak, ibu dan ayah haruslah mempunyai suara yang sepakat. Ini kerana cinta ayah bersifat kualitatif yang akan membentuk prestasi anak-anak akan datang. -CARI Infonet.