CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15001|Reply: 1

10 Kebaikan Bertungku Yang Wajib Ada Tahu

[Copy link]
Post time 2-12-2015 06:25 PM | Show all posts |Read mode

Bertungku.Selain bengkung dan rawatan lain yang dilakukan untuk melegakan dan menegangkan kembali otot-otot yang longgar.
Bertungku juga penting dalam proses mengembalikan kesegaran dan mengecutkan rahim.Paling penting bagi wanita adalah ia dapat mengembalikan bentuk tubuh badan ke asal!

Apa Itu Bertungku
Amalan bertungku merupakan satu amalan tradisional yang penting ketika tempoh berpantang untuk merawat tubuh badan dengan menggunakan suatu alat yang digunakan untuk memanaskan tubuh badan seperti batu. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku.
Amalan bertungku merupakan satu amalan yang terpenting dan perlu diamalkan oleh setiap ibu bersalin kerana ia mempercepat proses penyembuhan luka diperanakan. Mereka yang bertungku akan dapat merasakan kesan positif kerana apabila sedang bertungku darah nifas akan keluar lebih banyak dari biasa dan ini akan mempercepatkan kering darah nifas serta membantu agar darah kotor tidak tertinggal di dalam rahim.

Tempoh Bertungku
Amalan ini sebaik-baiknya dijalankan selama tidak kurang dari 45 minit pagi dan petang dan berlangsung selama tempoh berpantang atau lebih.
Pada peringkat awal pantang ibu bersalin perlu mendapat bantuan orang lain untuk menyediakan tungku seperti membakar dan membalut tungku.

Peralatan Bertungku
Batu Tungku
Batu tungku ialah sebiji batu sungai dengan bentuk, saiz , struktur dan berat yang tertentu.  Berat batu lebih kurang dua kilogram dan bentuk yang paling sesuai bagi ibu lepas bersalin ialah bujur seperti bentuk telur ayam.
Batu tungku akan dipanaskan di atas api lebih kurang 15 minit dengan api yang sederhana mengikut saiz batu. Kemudiannya ia dibungkus dengan daun herba seperti daun mengkudu, kantan, lengkuas dan sebagainya serta sehelai kain atau tuala bagi mudah dipegang semasa proses bertungku dijalankan.

Golongan Yang Memerlukan Proses Bertungku
  • Wanita-wanita selepas melahirkan anak atau ketika berpantang bagi merawat serta memulihkan tubuh badannya sewaktu proses bersalin
  • Digunakan oleh warga tua dan individu untuk mengurangkan rasa sengal sengal badan.

Kebaikan Bertungku
  • Mengecutkan sistem peranakan wanita dengan cepat
  • Mengelakkan buasir
  • Memecah lemak badan
  • Menyegarkan badan
  • Membaik pulih sistem urat saraf
  • Dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin
  • Mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin
  • Memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah
  • Memecahkan lemak
  • Mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal


Bahagian Badan Yang Perlu Ditungku
  • Bahagian Peranakan
Tujuan bertungku di bahagian peranakan ini adalah untuk mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. Peranakan juga perlu dinaikkan ke atas dengan amalan bertungku  dengan menolak bahagian rahim dari bawah sehingga menghampiri bahagian pusat. Dan proses ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang mahir untuk mengelakkan kemudaratan.
Sekiranya peranakan tidak dinaikkan,ia akan menyebabkan perut menjadi buncit dan rasa tidak selesa, seolah-olah ada benda menonjol yang hendak keluar dari faraj. Lakukan proses bertungku di bahagian ini selama 25 minit.

  • Bahagian Badan
Bertungku di bahagian ini seperti  bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat hendaklah dilakukan ketika ibu dalam keadaan berbaring. Tungku diletakkan di sekitar buah dada, supaya darah mengalir dengan baik dan juga membolehkan air susu keluar dengan lancar. Selepas itu barulah beralih ke bahagian ulu hati untuk memecahkan angin di bahagian perut dan ulu hati.
Lakukan selama 5 – 10 minit sahaja.Proses bertungku diteruskan di bahagian ketiak kanan dan kiri, bahagian belikat kanan yang kemudiannya dipindahkan ke bahagian kiri selama beberapa minit.
Di bahagian tengkuk pula, proses bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti orang berbantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.

  • Bahagian Bawah
Bertungku di bahagian betis,paha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki ini memerlukan masa antara 15 – 20 minit pada setiap bahagian.
Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan ke belakang, atau dengan mengolek-golekkan tungku ke hadapan dan ke belakang sekiranya tungku itu berbentuk bujur atau bulat. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.
Kesimpulan
Sememangnya amalan bertungku ini elok diamalkan oleh si ibu semasa dalam proses berpantang untuk mengembalikan bentuk badan anda yang asal. Walaupun demikian, membakar tungku perlu dilakukan oleh orang lain kerana ia merupakan kerja berat bagi seseorang ibu yang baru bersalin.
Namun, dengan adanya tungku-tungku moden di pasaran, mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban bagi si ibu.



http://www.wom.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2015 09:24 PM | Show all posts
Edited by Elle_mujigae at 2-12-2015 09:27 PM
Sekarang ni tungku tak terhad pada jenis batu sungai je...ada tungku yg jenis kain bunjut herba tu seperti yg digunakan kat Spa Tanamera.... Hari tu pergi Safah Herbs Spa...mereka guna tungku herba juga cuma bentuk dia flat like this..



https://www.facebook.com/safahherbsspa/?fref=ts

mcm heating pad pun ye juga...Personally,kita lagi prefer tungku jenis bunjut herba.....yang bentuk flat ni,cepat sejuk dan tak panas sangat...tak puas bertungku hari tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.530026 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list